Friday, June 17, 2011

Strawberry @ Aardbei

Aardbei means starwberry in Dutch...

Orang Holland tanam strawberry kat laman rumah depa macam tanam rumput je, jeles I tengok! Negara yang subur macam Holland ni tanam apapun semuanya menjadi, tengok rumput depa dah laa, subhanallah seluas mata memandang menghijau bagaikan dijaga rapi, cantik amat! Ini kan pulak kalau ditanam pokok2 bunga, buah2 dan sayuran, macam senang ja nak hidup subur...

Kat Tiel ni terdapat banyak ladang pear, apple, cherry dan macam2 lagi. Kalau pi kedai atau supermarket, rasa happy sangat bila tengok longgokan buah2 ni, especially buah2 berries macam strawberry, blueberry, blackberry, raspberry dll, ish mama 2R memang suka laa, tu baru tengok je tu, belum beli dan makan lagi. Kalau dapat makan hish berganda2 laa seronoknya...

Awal2 sampai sini hari tu Europe ada masalah pencemaran virus/bakteria(not sure) e-coli, so dinasihatkan tak makan buah2 dan sayur2an. Makan hati laa mama sebab boleh tengok je tak boleh beli, sedih sangat2 sampai terbawa2 moody-nya, pelik sungguh perangai orang mengandung ni kan?! Haa sekarang masalah tu dah reda, apalagi, qada' laa balik makan segala yang dok teringin mengidam selama ni...

Hari ni kami keluar lagi. Malas sebenarnya tapi kesiankan 2R dan memikirkan yang mama jugak perlukan senaman, ditambah dengan barang yang nak dibeli tu penting, so keluar je laa. Kali ni kami berjalan jauh sikit, pi satu kedai yang depannya ada gerai buah/sayur tapi malangnya masa kami pi tadi gerai tu tak buka pun, bukan rezeki kami lah tu. Masuk dalam kedai tengok2 ada jual buah2 jugak, bila tanya harga wow murahnya. Tauke kedai tu tak boleh cakap english pun tapi sebab dia sebut harga dan mama 2R tau sikit2 dah bahasa dutch macam nombor, hari dan few other words so faham ler sikit, haha. Cuma beli strawberry je, 1.75euro. Teringin nak beli cherry dan plum jugak tapi punyalah banyak diisi dalam 1 pack, cherry tu 1kg cuma 3euro, kalau yang saiz mini(1st time tengok) sebakul cuma 1.5euro, memang murah2 tapi tak jadi beli sebab risau banyak2 sangat kang tak larat nak habiskan, mama sorang je nak makan, nexttime laa beli yang tu pulak, jangan tamak, hihi...


Sebakul besar ni kalau tak silap beratnya lebih dari 1kg, memang banyak sangat2, tauke tu siap tambah2 lagi. Tak masam sangat tapi tak manis, 2R pulun makan terkejut mama tengok, si Rafiqh tu memang tau dah dia suka tapi si Raziqh ni pelik pulak sekarang, before ni benda2 masam jangan harap ler dia nak telan tapi lately suka pulak. Hari tu beli apple pun masam dia bantai je, strawberry pun dia boleh makan banyak, selera dah bertukar yer dik?! Kalau macam ni gaya 2R makan, lepas ni boleh borong sakan laa...

2 comments:

Heartilyina said...

wahhhhh bestnyaaa murah sgt2 ye harga buah2 tu. kalau kiter harus jadi giler sekejap sbb mmg suka sgt mkn buah2 tu semua. tiap2 hari pn kami wajib mkn buah hihi. sblm ni ada terbaca jugak blogger msia yg g jln2 kt holland. dia ckp bunga2 tersgtlah murah kt holland. holland pn sgt2 bersih n peradaban masyarakat dia sgt baik. xmcm kebanyakan negara eropah n barat lain yg dia dh lawat.

Fith said...

ina,
aah murah2,geram tgk.bunga pun murah,yg dah siap gubah pun baru 6euro,fith dah sakit mata nak beli haha.
nak kata bersih sgt n peradaban ok tu tak kot,nihong lg bersih n best,hehe.tp compare to negara europe lain mgkn betul.