Friday, September 3, 2010

Beraya di mana?!

Dah dekat2 nak raya ni, semua pakat sibuk cerita pasal nak balik kampung. Yang bujang2 no hal laa, tala rumah mak pak laa kan, tapi bagi yang dah berumahtangga ni, kena laa bertolak-ansur, kalau suami isteri dua2 tak boleh bertoleransi, dua2 pun kepala batu, silap2 gaya boleh bawa kepada perselisihan, pergaduhan dan ada jugak sampai bercerai-berai. Jangan taktau, ada suami sanggup cerai isteri, ada isteri sanggup minta cerai semata2 sebab nak balik beraya kat kampung sendiri, aduhhh sadis sungguh!

Walaupun selepas sah lafaz akad nikah isteri menjadi hak suami, tapi tindakan memaksa si isteri untuk mengenepikan ahli keluarganya adalah sesuatu yang zalim, no no, tak boleh! Unless isteri tu memang redha dan rela hati untuk patuh dengan kehendak suami, sore wa betsu no hanashi(=yang tu cerita lain)...

Bagi kami ni sifirnya mudah saja, sejak mula2 kahwin dulu lagi dah janji nak buat sistem selang-seli, tahun ni raya Melaka, tahun depan Ipoh pulak. Rasanya cara ni lah yang paling adil, selang2 ikut giliran. Tapinya dah 5tahun lebih kahwin ni baru sekali kami balik beraya di Malaysia sama2, masa pregnant-kan Rafiqh tahun 2007 dulu, tu 1st time raya kat Melaka. Lastyear myLove tak balik, I raya kat Ipoh dengan anak2 saja. So next, taktau lagi bila boleh balik beraya kat Malaysia dan taktau pun lagi nak ambil giliran macammana, kami tak bincang pun lagi, hehe...

Kadang2 pelik jugak tengok perangai orang yang refuse untuk balik beraya ke kampung suami/isterinya. Apalah salahnya tukar2 suasana kan, mak pak mertua tu pun mak pak kita jugak, family in law tu pun family kita jugak. Kalau takmau jugak2 beraya kat kampung lain, haa toksah kahwin langsung laa, duk bawah ketiak mak pak sampai bila2, haa kan senang cerita! Lagi bertambah2 peliknya bila ada lah pulak mak pak yang jenis kontrol anak menantu, seboleh mungkin nak paksa anak2nya semua balik beraya rumah dia dulu. Tiap2 tahun raya puasa raya haji sampai berperang2 buleh2 nak anak menantu balik rumah dia, selalunya akan bagi alasan konon anak2nya sikit, kalau ada sorang yang tak balik nanti sunyi laa. Aiseh, hapa ingat orang anak sikit tu ja tau sayang anak ka? Awat ingat orang anak ramai tu tak sayang anak2nya ka?! Takkk, sama ja kasih sayang tu, tak beza sezarah pun. Dah kalau tau sunyi anak sikit, awat dulu2 takmau beranak ramai2 kan, huh...

Jadinya, tahun ni anda beraya di mana?! Kami insyaAllah akan beraya di rumah kami syurga kami ni saja, hiks. Selamat pulang ke kampung, jangan bermasam2 muka ye, jangan cemari kemuliaan ramadhan dan syawal nanti dengan keegoan dan sikap pentingkan diri sendiri kita, moga lebaran kali ini lebih bermakna!

6 comments:

Ina said...

wah berapi2 fith eh hihi. tp tula betul la tu. kdg2 isu remeh mcm ni kalau masing2 keras kepala xnak bertolak ansur mmg leh jd besar. haih buang karan je kan hihi

Fith said...

ina,
sejak kecik sampai skrg dok tgk 'drama' org camni,naik meluat sungguh.pelik dgn perangai manusia ni,ntah hapa2.benda2 kecik ni pun nak gaduh perang2,betapa rapuhnya institusi kekeluargaan kita skrg kan...

naz said...

Tahun ni kitorg blk kltn dulu..bleh gak rasa puasa ngan family. Lagipun naz memg duduk ngan in law..so diorg pun paham la kot..28 hari dlm ramadhan duduk kl..ape slhnyer blk merasa puasa kat kg lak. Hehe. Tp raya ke3 or 4 dah kene blk kl lak..wpun cuti lama lg, kene berkorban utk family sini lak..so otagaini paham sendiri then xder la gaduh2. Alhamdulillah setakat ni bashir pun phm jek..

Fith said...

naz,
korg baru 1st raya sama2 kan,raya mana2 dulu pun takpa,next year tukar pulak.adik fith pun 1st raya blk ipoh dulu,suami dia pun tak kesah.tp mmg yg plg penting tu saling bertolak ansur dan memahami.biasanya mcm tu laa,raya ke 3 dah kena blk umah satu lagi,barulah adil kan...
slmt beraya ye naz!

Elah said...

thn ni kitorg beraya kt taishikan je...tu pun kalo germ dpt cuti keje hari jumaat.
buat open house kt rumah plak maybe dlm next week tu insyaAllah.

Fith said...

Elah,
paksa germ cuti gak jumaat tu,hehe.
bestnya pi taishikan,mesti ramai gak kan org even natsu yasumi gakuseitachi blk pun.
wahhh open house,ii ne!