Saturday, September 25, 2010

Gomennasai

Gomennasai = sorry

Wah2 hari ni dah 3entries di-published, eleh macam tak biasa publish banyak2 entry in 1 day kan, hihi. Bebenornya, hari ni myLove kerja, banyaklah masa senggang bila celik2 mata dah ready breakfast, dah settle-kan anak2, kain2 dah di jemuran, lunch simple2 dan melongok taktau nak buat apa sambil tunggu myLove balik. Saikin(=lately) takdak bisnes masuk, katering pun masih under-'rest', so rehat laa serehat-rehatnya. Anak2 pun macam biasalah, bertebaran mengecah, menunggang-langgang, meng-kapal tenggelam, men-tongkang pecahkan rumah, hapa punya bahasa daa, eh tapi hangpa paham kan kan kan?! Mujoq laa rumah sekangkang kera ja, kalau rumah besaq istana, ada maid pun dia lari balik negara dia, tak tahan dengan 2R ni rajin sangat menyemak rumah...

Nak tengok drama kat web tv3 yang dah di-'tonton'-kan tu pun haprak macam hapa ja webnya, buat baru ingatkan makin canggih makin baik kualitinya tapi terbalik pulak, makin hancuss, malas nak tengok dah, tunggu ia pulih sehat kembali lah gamaknya kot. Bosan2 ni meh nak merapu kat blog, kesian hangpa nak kena baca, haha...

Hari ni ada ka patut I boleh tak sedar yang myLove kerja, dah check jadual kerja dia hari tu tapi entah macammana boleh terlepas pandang, ataupun mungkin otak ni dah sedikit nyanyuk, lupa laa tu. Semalam pun tak check balik sebab rasa macam yakin ja dia tak kerja memandangkan sabtu lepas dah kerja dan sabtu depan pun kerja, dok main rasa2 takkan minggu ni kerja lagi kot kan, last2 memang kerja pun, hambik hang! Malam semalam dek kerana sangka hari ni cuti I pun masak bihun goreng singapore, sambal kicap, Radix fried chicken dan coleslow saja laa. MyLove pun tak perasan agaknya, tak pulak dia tegur atau hairan kenapa tak masak nasi, sebab I memang tak pernah masak menu lain selain nasi kalau next day tu myLove kerja, dia hanya akan bawa bento(=lunch pack) nasi je. Kalau next day tu tak kerja baru I masak selain nasi...

Alkisahnya myLove terbangun pukul 6.15pagi tadi sambil cakap yang dia kerja hari ni, huwaaa terkejut beruk laa bini dia, terus terpacak bangun bersilat kat dapur, kelam-kelibut laa sebab dah lewat. Cepat2 sediakan breakfast, tapi alamak nasi memang tak sempat laa nak masak, nasib baik ada lagi saki-baki bihun malam tadi, panaskan je, goreng telur, buat coleslow dan pack. Nasib tak baik ler myLove hari ni kena lunch bihun, kuang3, gomennasai...

Makanya sejak celik mata tadi dah berkali2 dok ulang sebut "gomen2", rasa bersalah laa pulak sebab cuai, mujur ler myLove tak marah, muehehehe. Eh kalau nak marah pun tak boleh jugak, ni 1st time hokey buat bento bukan nasi, selama ni tak pernah myLove pi kerja without bento, errr tapi ni bukan 1st time laa terlewat bangun, keh3. Apapun, gomennasai ne!!!

4 comments:

Ina said...

oh senasib la kiter hari ni ye hubby keje hihi. haah geram je xleh tgk web tv3 tu. takkan take time sgt kan nk betulkan web tu. big company mesti ada pakar2 it nyer. agaknya diorg xanggap urgent sgt kot. hiash cepat2 ler betul kan.

Fith said...

Alahai ina,senasib ler kita yer...
tu laa bengang jugak dgn web tv3 skrg ni,cam hapa je kan,org komen byk2 pun diorg tak peduli,takkan laa pakai it diorg tu sorg dua je kot kan,mesti ramai,tp mcm tak buat keje je,haha...

IDA said...

haa..ingatkan saya sorg je xdpt tgk 'tonton' tu hehe..ingatkan pc saya yg lembab :-p

Fith said...

Ida,
tu laa,fith hari tu pun ingat pc ni yg lembap,bila baca kat comment box rupa2nya sistem diorg yg tak bagus,huhu