Tuesday, September 14, 2010

Angin sepoi2 bahasa

Beberapa hari sebelum raya cuaca dah agak2 nak sejuk, syok sungguh dah rasa time tu, dok sangkakan dah nak masuk auturm laa kot, rupanya tak aih, sebab terkena tempias taifu(=taufan) nak lalu, tu yang sejuk tu. Sehari sebelum raya dan hari raya tu dah mula rasa panas balik, sabtu tu memang panas sungguh2, entah berapa kali dok kheja ulang keluar-masuk toilet mandi mandi dan mandi, ahad tu alhamdulillah mendung dan hujan rintik2, semalam pun mendung dan sedikit hujan, hari ni tak hujan tapi angin bertiup sepoi2 bahasa, nyaman! Sekian laporan kaji cuaca bagi wilayah Ube, wakakaka...

Jepun 'isytihar' bulan 9 dah masuk aki(=auturm), minggu depan ada cuti khas untuk aki tapi tak payah mimpi laa nak bersejuk2, biasanya bulan 10 nanti baru betul2 nak rasa sejuk. Tapi alhamdulillah rasa2 macam suhu dah makin turun, minggu ni dah mula cecah angka 20++ dah, kira ok laa tu kan?! Jangan dia pi lonjak naik 40 balik sudah! Tak lama lagi dah nak kena punggah bawa keluaq baju2 sejuk dan simpan balik baju2 panas. Aktiviti punggah-simpan baju2 ni memang hobi mama 2R tapi bila tengok pakaian budak2 ni aduhaiii tak berjejas langsung pun, elok2 lagi semuanya, nanti tahun depan nak pakai balik habis laa singkat-cangkat dah semuanya. Sayang sungguh, pakai tak lama mana pun, tu yang malas nak membeli tapi terrr-beli jugak, haishhh. Yang Rafiqh punya no hal laa boleh pass kat Raziqh, yang Raziqh punya nak pass kat sapa pulak kan?! Takkan nak pass kat adik 2R pulak kot, lambat lagi tu nak dapat boys balik, ecceh. Ni kira budget2 next babies are girls laa kan, muehehehe, mak depa dah start berangan dah ni, ala2 lepas ni girls lepas tu baru boys balik, tuh dia berapa ramai hang mau ni weiii, hakhakhak, verangan ye, verangan!

Dah2 laa berangan!
Kita cerita pasai biskut raya lah pulak. Okeh 2balang dah selamat basuh balang dah, kuih makmur dan almond london dah licin! Samperit tinggal serdak2 saja dan biskut oren bergajus tinggal 2-3baris ja lagi, hat lain dah separuh balang, yang tak laku2 ialah biskut suji, hahaha. Lepas ni kalau ada orang mai beraya kami jamu biskut oreo, biskut tiger dan biskut marie saja laa, aci dak? Kalau tak cukup, biskut farley pun ada, hahaha... Hari tu dah banyak sangat godek biskut, jadi malas dah nak buat biskut lagi. Tak lalu dah nak hadap biskut, nanti2 laa tunggu sampai seru balik. Rasa2 takdak sapa kelapaq nak mai dah kot, kalau mai pun takdak aih nak makan kuih raya kan kan kan?! La ni nak masak pun tak berapa nak rajin, dok masak simple2 ja. Terasa macam nak makan sate dan lontong tapi taktau lagi bila nak buat. Minggu depan ada 2hari weekdays yang cuti, bolehlah kot nak merajinkan diri masak special sikit...

4 comments:

Heartilyina said...

tula akhirnya dh mula sejuk betul2 la kot kali ni. pg td terbgn kul 530 sbb sejuk sgt2! terus tutup kipas n bukak selimut tebal berbulu. wah nikmat! pas ni xleh dh seksi2 kena jd solehah balik hihihi

Fith said...

ina,
haha kena pakai baju tebal2 semula laa yer.aah dah betul2 sejuk gamaknya,dah takyah pasang aircond dah kan,nyaman je,best betul...

aisha said...

betui2..dah mula sejuk..hihi..ni pun tgh hujan ni..alhamdulilla..tp 2 minggu lg nak balik msia, panas semula lerr..hihihi..

Fith said...

aisha,
bestnya nk blk bercuti panjang.takpe,panas msia boleh tahan lg kan kan,hehe...