Friday, September 3, 2010

Masakan untuk juadah berbuka

Kebelakangan ni jarang dah ambil gambar masakan, sebab masak benda yang simple2 ja, tak ada yang menarik. Jom kita tengok gambar ja laa ya...

Asam pedas ayam...


Udang sweet sour...


Semalam sebab dah ketandusan idea taktau nak masak lauk apa, buat nasi goreng recycle ni sajalah. Awat nama nasi goreng recycle? Sebabnya perencah nasi goreng ni pakai lauk-pauk yang tak habis sebelum2 ni, ada sikit2 ja lagi berbaki tapi sayang nak buang, tu yang dok himpun banyak2 dalam fridge, hah semalam semua saki-baki tu taram ja buh dalam kuali, letak nasi dan goreng, muehehehe, senang dan jimat!

Ada rasa ayam masak paprik sikit, daging black pepper sikit, sambal telur sikit dan ayam masak madu sikit, haa tuh dia, semua ada!

Untuk cover rasa 'bersalah' masak nasi goreng pemalas ni, I pun tambah lauk lain sama laa, buat ayam goreng radix, coleslow dan sup ayam sikit. Radix friend chicken ni beli rempah yang siap dah tu, gaul dengan ayam dah tu goreng. Sedap jugak rasanya, ala2 macam makan KFC...



Cerita perkembangan biskut raya pulak, hari ni tambah 2jenis lagi, buat biskut suji dan biskut cheese. Kalau rajin esok lusa nak buat lagi 2jenis, teringin nak makan biskut makmur dan gajus...


2 comments:

Heartilyina said...

hihihi hebat nasi goreng fith mcm2 ada! tp xpe sndiri nk mkn kan janji sedap sudah ye tak. again... cantik la kuih raya fith! :D

Fith said...

ina,
tu laa,nampak sgt pemalas kan,main campak ja semua2.sib baik tak sakit perut,hahaha...