Saturday, September 11, 2010

1 syawal

Orang lain dok sakan lagi beraya, I dah start update blog balik dah, hihi...

Hari ni hari untuk rest, nak settle-kan kemas2 rumah, basuh baju yang bertimbun2, basuh dan simpan balik periuk-belanga-pinggan-mangkuk dan segala mak neka perkakas yang berlambak2 semalam guna, insyaAllah esok sambung beraya lagi...

Fuhhh semalam hari yang memenatkan, penat masak, penat makan, penat sembang, penat gelak, penat semuanya, tapi seronok, seronok sangat! Tahun ni 1st time kami buat open house pada 1 syawal, sebelum2 ni mesti buat on weekends. Dah sebab budak Malaysia yang tinggal pun berapa kerat ja pun, alang2 nak masak baik buat sekali harung saja kan, jemput depa mai makan sama2, meriah laa sikit. Kira settle laa open house tahun ni, kot kalau ada lagi yang nak mai beraya lepas2 ni, jemput laa datang ya...

Acara memasak juadah hari raya ni bermula sejak khamis, pagi tu buat puding karamel dan kek batik dulu. Petangnya buat kek buah dan masak rendang ayam, lepas tu siapkan juadah berbuka pulak. Rendang ni buat siap2, tunggu sejuk then simpan dalam fridge. Malamnya lepas buka puasa terus tidurkan 2R, kemudiannya sambung balik kerja di dapur, masak nasi empit dan kuah kacang ayam...

Pagi semalam bangun pukul 5.30 untuk memasak, silap pulak time tu baru terhegeh2 nak keluarkan ayam dan daging, lambat laa baru boleh nak start masak. So awal2 tu dok prepare kupas2 sayur, potong2 kek, masukkan kuih raya dalam bekas, siapkan breakfast dan tambah masak nasi empit lagi. Bila ayam dah nyah-beku baru boleh goreng untuk buat ayam masak merah. Siap ja kerja2 kat dapur, mandikan anak2 dan bersiap nak pi solat sunat raya. Ni gambar budak2 ni pagi semalam, sebelum keluar rumah...


Solat sunat eidil fitri berlangsung di dewan Tokiwa Kogyo Kaikan, mula pukul 8.30pagi. Ramai jugak orang yang datang, kebanyakannya orang Indonesia. Lepas takbir, solat sunat dan khutbah, ada jamuan makan2 pulak. Sembang punya sembang, dekat2 pukul 11 baru kami balik. Haa apalagi kan, kelam-kabut jugak laa nak siapkan masak, tetamu nak mai lepas solat jumaat. Tidurkan Raziqh dulu, lepas tu bersilat laa kat dapur sorang2. Siap masak semua cun2 pukul 1.30petang, tak lama lepas tu tetamu pun mula datang...

Menu utama semalam ialah nasi tomato, ambil resepi dari fp my sil-kaklong, tapi tak berapa menjadi lah, ni 1st time buat nasi tomato, tak cukup merah nasinya, kurang tomato puree barangkali, gambar pun lupa nak snap. Lauk-pauk nak gu-kan dengan nasi tomato tu I buat ayam masak merah, dalca daging dan acar timun...


Nasi empit makan dengan kuah kacang ayam dan rendang ayam. Resepi rendang ayam ambil kat blog Hanieliza, ni pun 1st time buat rendang untuk hari raya, selalunya kami makan nasi empit dengan kuah kacang ayam saja...


Menu sampingan ialah kek buah, kek batik, puding karamel dan biskut2 raya. Both cakes pakai resepi kaklong. Boleh refer fotopage kaklong untuk resepinya ye. Kek buah kali ni alhamdulillah menjadi elok, buah2nya tak tenggelam pun. Kek batik pulak dah bertahun tak buat, baru2 ni minta mak kirimkan biskut marie, alhamdulillah merasa laa jamah kek batik setelah sekian lama mengidam nak makan...


Gambar 1 family ada 2keping je, aiseh, tak sempat dah nak snap yang elok2 sikit. Takpa2, raya kan sebulan, banyak lagi peluang nak bergambar, hihi...


Terima kasih buat semua yang hadir semalam. Tak lupa buat Kak Hanny dan family jugak, jauh2 pun sudi bertandang, arigatou minna!

6 comments:

Heartilyina said...

wah sedondon biru :D mesti kan buat open house barula meriah raya. sedap2 menu fith masak. xtahan tgk gmbr2 tu. aiseh rugi xduduk dekat2 hihi :D

Fith said...

ina,
baju2 raya yg lama,mmg dah sedia ada yg sama,hehe.
alah ina,tak sedap mana pun.best raya kat embassy?makanan heaven hbs laa ek...

Heartilyina said...

raya embassy ok la. nk kata best sgt tu takla. cuma terasa la mcm raya sbb meriah ramai org kan. sumer pn pakat pakai baju raya. pastu dpt jmpa org sket2 mana kenal. tp heaven lg kot mkn masak sndiri kt rmh haha. kami sampi lewat skettt je tp mcm dh xde apa. kuih muih pencuci mulut tinggal saki baki je. nk mkn pn mcm malas. cuma mkn nasi dgn saki baki kuah apa yg tinggal. lauk dh lama yilek. dok ulang minum air je. agak2 dh boring kami blah la. seb baik mmg dh bwk bekal sbb murni pn dh ckp awal2 mmg xkenyang mkn kt embassy hihi

Fith said...

lorr gitu pulak ek,patut diorg msk laa byk2,tak hbs bleh tapau kan,hish aparaa embassy,budget ciput kot ek.takpun next time buat style pot luck sama,masing2 bawa serba sikit,mesti best gak,hihi,pepandai je...
at least merasa laa kan ina raya kat embassy.kitorg ni mmg tak laa,jauh sgt nak pi.

srar said...

sedapnya ayam masak merah tu..kaler dia memg mngancam lah.bagusnya kalau dok dekat, bleh huloq pinggan.hehe.sy ni asyik dok berangan ja nk wat tp jdnya dak jugak..tomato pun agaknya dah cemuih dah dok dlm tin tu..

Fith said...

srar,
haha boleh pulak tomato tu cemuih naa.tauk masuk kuali laa,kesian kat dia,hehe...
haa kalau duk dekat,jgn kata pinggan,periuk pun kakfith huluq...