Thursday, September 23, 2010

Alkisahnya Raziqh Takeshi empunya cerita...

Entry ni adalah kesinambungan entry bergambar yang lepas, supposed to write this story in that entry tapi tak sempat, since it was almost 2months of pending and I had finished editing it, I just published that ones first...

So lets continue the story, entry ni nak cerita pasal Raziqh, dari saat kehamilan hingga usianya sekarang 1tahun 1bulan 23hari. Alhamdulillah, syukur amat sangat dengan anugerah kelahirannya ini, moga2 Allah terus pinjamkan amanah ini sehingga I 'menutup mata' untuk selama2nya, just can't imagine my life without him, huhu. Teringin sekali melihat anak kecil ini membesar menjadi muslim yang bertaqwa, anak yang soleh, berkeperibadian mulia, bijak, hafaz al-Quran, pendamping yang disenangi semua orang. Pendek kata, seorang yang memegang dunia di tangannya dan memegang akhirat di hatinya...

Hamilkan Raziqh adalah kehamilan yang dirancang, memang kami dah bersedia nak tambah baby lagi. Walaupun pada mulanya kami agak terkejut sebab cepat sangat pregnant, I thought I hanya akan pregnant lagi selepas Rafiqh dah berusia 1tahun++(based on pengalaman pregnant-kan Rafiqh, after few times of trial baru berjaya concieved), but of course we're more than happy when I was confirmed pregnant, alhamdulillah pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik...

Sepanjang tempoh kehamilan jugak boleh dikatakan ianya mudah. The 1st 10weeks was a smooth journey for us, I means no morning sickness, tak rasa macam pregnant pun. Morning sickness adalah sesuatu yang agak menakutkan I sebab my 1st pregnancy sangatlah teruk, with another baby to handle sebolehnya morning sickness adalah sesuatu yang mahu dielakkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan di situ, apatah lagi my family pun datang bercuti ke sini masa tu, so need to travel here and there, sediakan makan minum, layanan dan beri keselesaan buat mereka memang memerlukan tenaga yang bukan sedikit, I survived that stage even though masa tu dah start rasa sikit2 gejala morning sickness, dah loya2 dan alah dengan bau2 tertentu. Sebaik saja my family balik, morning sickness pun bertandang, memang cun2 punya timing, tapi syukur sebab tak teruk sangat dan tak lama, +- 3weeks je, right after entering the 2nd trimester, everything was back to normal, dah energetic balik hingga trimester ke-3. Kehamilan ni juga tak banyak komplikasi, tak banyak benda nak dirunsingkan except for delivery part, awal2 tu memang agak tertekan sebab sebolehnya nak bersalin normal, I kan berangan2 nak anak berderet, hahaha. Pun begitu, slowly I tenangkan diri untuk yakin dengan takdir Allah, so that I was less stress and enjoyed the pregnancy more...

Proses kelahiran jugak agak baik, though he is my 2nd baby but the gynae and nurses had to consider my case as a 1st timer, ye laa beranak caesarean section dan vaginal mana sama. Luckily tak ada sebarang episod yang mentraumakan, cause I still remember masa tengah dibedah I boleh sampai terdetik rasa serik and even terfikir untuk tak pregnant lagi tapi masa tengah bergelut dengan sakit contraction yang sakitnya Allah saja yang tahu, takdak pulak sampai terfikir semua tu, hihi...

Jaga Raziqh selama ni pun sangat mudah, alhamdulillah. He was such a peaceful baby, tak banyak songeh, oh I guess semua 2nd baby pun macam tu, more easy to take care of. Still we have lots of ups and downs with him, tapi semuanya minor2 saja kalau nak compared dengan orang lain yang hebat2 dugaannya, haa yang ni kena banyak2 bersyukur pada Allah, moga2 dia terus menyenangkan sampai bila2...

I tahu masih banyak cabaran yang menanti di depan, membesarkan anak2 pada zaman sekarang ni bukanlah perkara mudah kan. Kadang2 rasa gerun dan risau melihat perilaku anak2 sekarang, walau apa sekalipun kita tetap perlu berusaha, dah kita yang bawa mereka ke dunia, kita laa yang bertanggungjawab membentuk sahsiah dan peribadi mereka. Semoga Allah membuka laluan jalan yang mudah...

3 comments:

ummi-yaya said...

memang mencabar nak jaga anak ni...sorang pun dah rasa susah tp puas hati...dgn gejala sosial yang mcm2,risau dibuatnye...tu yg kalau boleh nk duk rumah je jaga anak...tapi apakan dayaaaa :(

Ina said...

pagi tadi ada follow up comment pasal air asia tu tgk balik xde plak. jgn2 daku g komen kt blog org lain plak sudah la hihi. anyway betul tu fith rasa risau bila memikirkan pasal nk membesarkan anak2 ni kan. kdg2 teringat kisah2 org lain yg mana mak ayah nya soleh solehah tp dlm ramai2 anak masih ada sorg dua anak nyer yg menyimpang jauh. kiter mampu berusaha kan tp selebihnya kuasa Allah. tp moga Allah pelihara anak2 kiter semua. Amin.

Fith said...

ummu-yaya,
betul2,risau sgt2.klau boleh mmg nak pantau diorg ni 24/7 kan.insyaAllah kita cuba beri yg terbaik,mg2 without pemantauan kita pun mereka boleh jd yg baik2.

ina,
eh ye ker ina,salah blog kot ek,hehe...
klau ada antaranya anak yg tak 'menjadi' tu,mgkn ujian Allah utk parents nya la kan.mg2 anak2 kita baik2 semuanya,amin