Monday, September 27, 2010

Bihun goreng singapore dan weekends

Dinner untuk jumaat malam...

Sekali-sekala ubah selera makan bihun warna putih pun best jugak kan, sebenarnya sejak kebelakangan ni saja yang mula suka dengan bihun singapore, kalau dulu2 memang tak pandanglah sebab imej putih bermaksud tidak pedas, tidak pedas ertinya tak mengancam, tak kena dengan tekak ni, hihi. Tapi lepas dah try makan beberapa kali dan belajar buat sendiri barulah tau boleh aje nak pedaskan, pakai cili padi yang dipotong kecik2 ataupun buat sambal kicap asing, nak makan nanti cedok je masuk pinggan. Selalunya buat versi tak pedas laa sebab ada 2budak kecik nak makan sama, macam bihun ni pun even dah letak sebiji cili padi yang dipotong kecik2 tapi tetap tak pedas, so buat sambal kicap sebagai pelengkap. Bihun goreng I ni kosong, tak bubuh apa langsung, sebab tu kena buat side menu sama, jadinya gorengkan radix friend chicken(RFC) dan buat coleslow jugak, laju ja 2budak ni makan, coleslow and RFC are their favourite. Istimewanya bihun ni ialah tumis pakai mayonis, bukan minyak. So rasanya lemak2 manis gitu, yummeh!

Bahan2 untuk bihun goreng:
mayonis
bawang besar
bawang putih - diracik
cili padi - potong kecil
bihun - direndam supaya kembang, dekat2 nak buh dalam periuk nanti rendam sekejap dalam air panas supaya tak perlu menggoreng lama2
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
kicap masin
garam
gula
mix vegetables

*** boleh letak seafoods/ayam dan sayur2 lainnya(kobis,sawi) jugak...

Cara2:
- panaskan mayonis, tumis bawang2 dan cili
- masukkan bihun dan sedikit air
- masukkan bahan perasa lainnya, akhir sekali masukkan mix vege, goreng hingga bihun masak

Bahan2 dan cara buat sambal kicap:
- potong cili padi, masukkan dalam blender bersama gula dan kicap, blend hingga cili hancur, siap!


Sabtu lepas myLove kerja, bosan2 melangut kat rumah tengahari tu lepas zuhur bawa 2R ke Fuji Grand. Seronok kemain laa bebudak ni bila kata nak keluar sebab dah 3hari terperap dalam rumah. Biasanya pukul 2petang waktu tidur depa tapi malas dah nak tunggu depa tidur dulu baru nak keluar, nanti jadi lambat dan tak sempat merayau lama2 dah nak kena balik sebab ayah dah nak balik, tu yang sengaja keluar awal tu. Jalan2 pusing2 sekejap then naik ke kids' play area, lepaskan depa main kat situ. Sambil mama borak2 dengan ibu2 lainnya, depa pun berkuntau laa main lari sana sini. Nak ambil gambar 2R banyak2 sebenarnya tapi rasa serba salah pulak sebab ramai jugak budak2 yang ada kat situ, kat Jepun ni tak boleh ambil gambar sebarangan, dikira ganggu hak privasi, sempat laa snap beberapa keping saja. Suka tengok Raziqh, semangatnya nak berkawan, Rafiqh tak payah cakap laa kan, sejak dah makin terer nihonggo(=japanese language) ni makin cepat ler dia buat kawan. Agak2 depa dah penat dekat sejam melompat kat situ, I bawa window shopping pulak. Banyak sangat sales tapi tak rasa ada keperluan lagi nak beli apa2, so terus ke 100yen shop cari barang sikit, kemudiannya ke hall shopping mall tu sebab ada matsuri(=festival). Ambil belon free kemudiannya beli toys untuk 2R. Both nampak kepenatan sangat dah, pergi belikan yogurt drinks untuk depa dan terus balik rumah. On the way balik tu si Raziqh dah tertidur, Rafiqh dah lali2 dah. Sampai rumah dua2 pengsan, hah tau penat. Semalam tak ke mana pun, lepak2 dalam rumah saja. Petangnya buat nugget ayam untuk minum petang dan goreng potato fries sekali. Tu je laa cerita weekends kami...

2 comments:

norlin said...

noli pulak fith memang suka buat bihun calor putih ni...kalau yg color kuning tu alahai malasnya nak menumis bawang cili semua tu...hihi
ooo org jepun tak blh kita snap gambar macam tu je ka...kena hati hati la lps ni, tak tahu pun..selalu snap ikut suka ja...patutla tgk depa buat muka pelik ja...haha

Fith said...

noli,
bihun putih ni simple,cepat je kan dah siap.fith pun malas jugak nak tumis2 tapi dulu2 tak tau pun bihun ni sedap sbb tgk pucat je,hehe,skrg dah tau,suka laa buat.
aah org jepun ni tak suka kita amik2 gambar sebarangan esp klau anak2 diorg.kdg2 susah nak amik pic budak2 ni kat public,huhu