Monday, September 6, 2010

Biskut raya tahun ini...

Edisi nak melayoq(menunjuk) biskut raya tahun ini, hahaha macam laa lawa sangat biskut2 yang hang buat tu, sedap pun belum tentu lagi, wakakaka...

Buat 11jenis tapi hanya 10 saja yang tinggal, 1 lagi dah lesap dah. Takpa, 10 ni pun jenuh dah nak menelan. Selama dok buat biskut2 ni semuanya dapat lebih dari sebalang, yang baki2 tak celuih(muat) masuk balang tu jamu 2hero kenit ni, mak depa pun bedal jugak laa sikit lepas buka puasa, gian woo nak merasa. Siang2 takat boleh ambil bau saja, mana nak tau sedap ka tak kan. MyLove memang tak sentuh pun, hari tu tanya dia, takmau rasa ka, dia kata "ni biskut raya kan, raya nanti laa makan, kalau makan la ni, jadi biskut puasa". Amboi aih, loyaq buruk pulak, haa takpa, nak tengok nanti makan ka dak. Tapi kot takmau makan pun takpa, tak paksa aih, faham sangat dah dia tak minat spesis biskut2 ni...


Biskut2 yang berjaya digodek kali ni ialah :
- choc chips
- classic butter cookies
- choc chips spotties
- samperit
- almond london
- biskut mazola
- biskut suji
- biskut cheese
- biskut makmur
- biskut arab
- biskut oren bergajus

Hari tu telefon mak, pesan kat mak kalau pi shopping mana2 kot terjumpa acuan buat biskut tart gulung ka, acuan2 biskut/kuih traditional ka, sila laa hangkut beli dan simpan, nanti ceq nak. Taktau laa tahun bila nak buat kuih2 tu tapi at least boleh simpan acuan2 tu as collection kan, haha *mereng*, eh tapi mana tau nanti2 sampai seru nak try test power rangers ni ka, haa tiba2 terkeluaq kuih bahulu, batang buruk, kuih bakar, kuih sepit, kuih putu kacang bla3, mau terkejut mak 44hari dan terkagum kat anak dia ni, hohoho...

Tahun ni rasanya tak dapat kot nak bedak2(bagi2) biskut raya ni kat jiran tetangga macam biasa. Rasa macam sikit ja kuih2 tu *versi tamak, haha*, silap2 gaya baru seminggu raya dah clear dah semua. Tunggu raya haji punya biskut raya laa kot ye baru boleh nak bagi...

No comments: