Thursday, September 16, 2010

Sebijik ka 2bijik?!

Lately kalau pi mana2 pun, makin ramai yang akan tegur muka Raziqh dah semakin iras Rafiqh. "Onichan to sokkuri da ne(=sebijik macam onichan ye)". Sebab mak depa dok ulit depa setiap hari memang tak nampak laa muka depa ni ada persamaan, tapi bagi yang jarang2 tengok mungkin laa perasan kan. Kalau kata Raziqh iras Rafiqh, maknanya Raziqh pun iras ayahnya laa kan, sebab Rafiqh memang sebijik sejibik sejibon muka ayahnya tapi lain pulak jadinya. Orang mesti kata Rafiqh ni memang sebijik macam ayah, tapi Raziqh more to mama, haa dah tu, tang celah mana mai Raziqh ni muka macam Rafiqh pulak kan, acu habaq mai sat, hahaha...

Dah nama pun adik-beradik, pi mai pi mai mesti laa ada persamaan kan, orang tua2 selalu kata 'air muka' tu mesti sama, kiranya boleh kenal laa suku-sakat dia. Dan baru2 ni masa ambil gambar pre-raya tu, bila zoom wajah Rafiqh dan Raziqh pada ekspresi yang sama, sah memang sebijik laa muka depa. Cuma sorang versi kelabu asap, sorang putih sikit, sorang muka bujur, sorang muka bulat sikit, kehkehkeh...

Sama kan?!
Kening sama, mata sama, hidung sama, mulut sama, telinga pun sama, eh2 pipi dan dagu pun sama. Tapi sorang ada lesung pipit, sorang takdak. Arrr gigi tak sama, gigi Raziqh 6batang saja, hahaha...



Ni pulak gambar2 semalam, Rafiqh main bedak nyonya mama punya, dah habis lumoq muka sendiri dia pi lumoq muka adik pulak, mama pun tumpang lumoq bagi tebal sikit, lepas tu tambah calit lipbalm sama. Suka laa depa dapat make-up...

gaya abang kiss adik, adik kiss abang...



8 comments:

aisha said...

hihihi...mmg sebijikk pung fith..makin hensem 2R ni tau...tgk tu senyuman tu..saya tgk pun tersenyum sorang2..;)

Heartilyina said...

aah fith sebijik la gmbr atas tu. yela kan sorg ikut mak ke ayah ke tp dh nama adik beradik mmg ada la iras2 dia tu. amboi cantik nyerrr tempek bedak ye 2R. haa leh la p beraya dh ensem dh tu hihihi :D

mysara said...

sebijik2...seronok jer tgk derang berdua nih main..elok jer..

Fith said...

aisha,
susah nak dpt snap gambar diorg dua2 senyum,tu kira bertuah sgt dah tu dua2 tgh beriya2 senyum,hehe...

ina,
haha beraya dgn bedak mcm opera cina ek.mmg sebijik kan,fith tgk pun agak2 terkejut gak laa...

mai,
hish ada mood gak diorg pun,time baik tu ok laa,time nak gaduh tu dah pandai dah gaduh.tunggu rifqi besar sikit,haa baru meriah tgk diorg main n gaduh,hihi

kew_chop said...

memang sebijik sejibak 2 orang ni. suka jek tgk derang main sesama, baik betul.

Fith said...

murni,
haha sejibak hah keluar,tuh laa sama rupanya muka diorg ni,hehe.maira n zayyan sama tak?
alah main sama mcm maira n zayyan gak kot diorg ni pun...

::NaS:: said...

rindunya Rafiqh Raziqh!!!!!!

Fith said...

cik nas,
blk laa cepat.raziqh dah besar dah ni,bleh main lari2 dgn cik nas nanti,hehe.depa pun rindu dah ni...