Wednesday, September 22, 2010

Penerbangan Air Asia ke Jepun

Ewah2 sekarang kecoh betul orang2 Malaysia kat Jepun ni bercakap pasal penerbangan Air Asia yang bakal menembusi Jepun tak lama lagi. Ura2 berkenaannya dah lama dah dengar, sejak tahun lepas lagi tapi disebabkan ada beberapa masalah projek tu terbengkalai. Hanya baru2 ni je berjaya dilaksanakan...

Oh honestly I tak ambil port sangat pun pasal ni cause the flight is just available for Narita Airport which is in Tokyo, jauh maa. Lain arr kalau AA buka kat Fukuoka Airport kan, haa time tu boleh ler I nak berangan2 balik Malaysia setiap 6bulan sekali, hiks.

Dulu2 masa I masih student, ada je flight KLIA-Fukuoka, senang giler, boleh keluar rumah awal pagi, naik shinkansen(=bullet train) sampai Hakata station, naik bas terus ke airport, flight biasanya pukul 11lebih. Memang sempat sangat, boleh releks lagi on the way tu. Tapi dek kerana kurang sambutan(kot), tak lama lepas tu MAS dah takdak dah kat Fukuoka, international airport paling dekat nak kena tuju everytime nak balik Malaysia adalah Kansai Airport kat Osaka. Tak best langsung!

Kalau masa takdak anak lagi no hal laa, boleh ke Osaka sehari sebelumnya, lepak2 sana atau pun naik bas malamnya then sampai Osaka awal pagi tu, sempat je lagi nak rush ke airport. Tapi kalau dah ada anak ni, nak bawa ke Osaka sehari awal pun renyah sebab nak kena naik-turun densya(=train) untuk ke hotel selepas dah naik shinkansen 2jam lebih, pernah merasa dah sekali dulu, perghhh penat taktau nak kata. Kalau nak naik bas lagi laa muri(=mustahil), 6jam perjalanan woo. Solution yang kami ada setakat ni ialah dengan bawa kereta sampai airport, adehhh penat toksah habaq laa kan, bawa budak2 naik kereta untuk perjalanan 6jam++, memang pengsan laa. Tapi nak buat macammana dah takdak choice, cumanya lepas2 ni dengan 2budak ni memang nak fikirkan solusi lain laa, kalau boleh takmau dah travel ke Osaka setiap kali nak balik Malaysia...

Dengan itu, harap2 sangat laa AA akan buka servis depa kat Fukuoka jugak tak lama lagi. Tak payah laa buat penerbangan seminggu sampai 3-4kali, memang laa tak dapat sambutan, acu buat sekali atau 2kali ja, gerenti ramai yang naik, hehe...

Kalau tengok price memang murah laa tiket AA ni kan, even dah campur2 tax lainnya pun I'm sure masih jauh beza dengan MAS. Cuma nak kena tengok dari segi servisnya laa pulak. Kalau baik dan selesa, memang bagus sangat lah, bagi saingan sikit kat MAS tu! Cadang2nya tahun depan nak balik bercuti, alangkah indahnya kalau time tu dapat tiket murah, boleh laa balik lamaaaaa, muehehehe...

8 comments:

Anonymous said...

salam,
jauh ugak eh tpt fith dgn osaka, lebih kurang kakliza gak le, 5 jam kalau naik bas atau kapal. huhu, bercinta nak sampai osaka.

Fith said...

salam,
aah kak liza,jauhhhh.penat kan travel jauh2 ni,esp bila dah ada anak2,huhu...

Dinda Boutique said...

di sebabkan pembukaan AA inilah daku berangan nk ke nihom :P! gagaga.rsnye haneda airpot diorg nye station.gagaga~ so mknenye kalo nk g umah akak kne naik flite den train / bus plak?huishhh, ape la diorg ni x wat kat fukuoka epot!

Fith said...

faeeza,
oh begitu kisahnya yer,hehe.
hopefully diorg akan buka kat fukuoka pulak kan.mgkn diorg test dulu kot,tu pasal buka kat tokyo aje dulu.
aah dari tokyo boleh naik flight direct ke sini,dlm 1jam 1/2 gitu.datang laa,honeymoon ke jepun pulak...

Ina said...

dlu mas ada ke nagoya. senang la lagi dekat banding tokyo. so kalau nk ikut nagoya jugak kami naik cathay pacific atau singapore airlines. tp kena transit la kan. cp agak murah. sia plak even mahal tapi service tiptop! terpk jugak nk try aa punya flight ni tapi nak tunggu review dulu. kiter ni berkira sket pasal service. tapi kalau nak murah jugak, xkisah sgt la kan. kalau in-flight service tiptop macam mas boleh la cuba. kot2 dah balik for good nanti2 tetiba terindu kat nihon ke kan hihi :D

Fith said...

ina,
fith pun tgh berkira2 nak naik singapore airlines.dgr kata transit tak lama sgt,boleh consider lg laa,sbb mas sgt mahal laa,huhu...
aah betul2 kalau service ok,apa salahnya naik AA plak kan.lgpun bg fith,mas punya service tak laa bagus tara mana pun,hehe...

si.ra said...

salam akak,
berita pasal AA ni dah buatkan saya tido pun termimpi2 balik kg.hahha..nasib baik saya dok di tokyo, mudah dan senang nk ke haneda tu..heheh..kita sama2 doa la ya AA ke fukuoka pulak..memg murah kan..

Fith said...

srar,
salam dik,
haa tuh dia,siap mimpi2 lagi,hahaha.tp tu laa,duk tokyo mmg best kan,berbaloi2 balik selalu pun.hrp2 laa AA ada kat fukuoka nanti,hehe...