Wednesday, September 8, 2010

Cerita baju raya dan posing pre-raya

Gambar2 ni diambil 2hari lepas, baru saja siap basuh baju2 ni, takdan iron pun lagi, dah bagi pakai untuk sesi bergambar pre-raya, ecceh raya pun ada pre-, hahaha, tak iron pun takpa, kalau ada kedut2 pun bukannya nampak kan kan?!

Dalam banyak2 gambar, yang ni laa paling ok...

Raziqh dah macam pakai baju kurung lah pulak...


Raya kat Jepun ni tak memerlukan baju raya sangat pun sebenarnya, kalau ada alhamdulillah, kalau takdak pun tak kesah. Sebabnya bukan nak pi beraya ke mana pun, selalunya pagi raya tu pi solat sunat eid fitri kat international house, selesai solat ada laa depa buat makan2 sikit, before tengahari dah bersurai dah, dah tu, dok laa melangut melepak kat rumah macam hari2 biasa. Tunggu weekends baru laa boleh nak buat open house atau jamuan raya. Open house kalau kat sini takat 2rumah ja laa sebab cuma ada 2families kat sini, itu pun 1family lagi bukanlah duk dekat2 area sini. Kira2nya secara keseluruhan, kalau ada sepasang baju pun dah lebih dari memadai...

Tahun lepas dah buat dah baju khuti(macam baju melayu tapi labuh sampai lutut, pakaian orang Pakistan) untuk 2R. Untuk si Raziqh yang belum lahir ni pun mak dah tempahkan, tapi mak pi tempah saiz tuh dia besaq tak hingat, agak2 untuk budak umur 2tahun. Hat yang Rafiqh pulak untuk budak 4tahun. Jadinya lastyear masa kenduri walimah my sis-alang dan masa raya, Rafiqh pakai baju yang Raziqh punya laa. Nanti insyaAllah tahun depan dua2 muat laa kot pakai baju masing2...

Untuk raya tahun ni, hari tu ingatkan takmau beli baju melayu dah untuk 2R, ada lagi baju2 melayu Rafiqh dulu2 depa boleh pakai tapi tak sedondon lah, tapi pikiaq punya pikiaq, tak sudah jugak ni, kena beli jugak laa. Bukan apa, mak pak budak takdak baju baru takpa, yang penting anak2 merasa jugak suasana raya, biarpun depa tak faham lagi, tapi anggap ja laa menyempurnakan sunnah Rasulullah. Tu yang minta mak dan ateh carikan tu, masa dok cari memang tak banyak choice sebab awal lagi kan, bulan 6 mana ada kedai jual lagi baju2 baru stok raya. Melilau jugaklah mak dan ateh pulun cari, last2 jumpa laa yang ni, latest punya stok, alhamdulillah. Agak besar jugaklah baju2 ni so dah alter sikit, kira ok laa depa nak pakai. Seronok tengok anak2 ada baju baru, ni je laa baju raya yang depa ada, kasut dll memang yillek, see, sangat bersederhana kalau raya kat perantauan ni kan...
Lagi 2hari saja dah nak raya, ucapan raya tak keluar lagi di blog, hihi...

5 comments:

Heartilyina said...

wah sedondon biru ye 2r. mama ayah 2r pn biru gak ke? :D skrg ni fesyen baju budak kain nyer corak2 kan. si ihsan pn jiddah nyer belikan baju melayu besau sgt. cantik tp syg xdpt pakai. leh simpan utk tahun dpn2. pastu jiddah nyer belikan yg lain kecik sket. tu pn mama alter. kiter lipat je fith xpotong sbb sayang hihi. tahun dpn baju yg pakai ni leh wat recycle hari raya ke 2 ke kan hihi

umeboshi said...

fith...comel la dak 2R ni bergaya sakan dpn kamera dgn baju raya diorg. hehhe..slmt hari raya fith!! maaf zahir batin. raya bebaik di yamaguchi tuh..

Fith said...

ina,
aah baju melayu budak2 sgt2 comel.ada corak2 sket.fith pun tak potong,sayang kan.main lipat jahit jugak,hehe.nanti2 boleh tetas je jahitan tu n pakai lagi n lagi,jimat sket kan...
nanti amik pic ihsan pakai baju melayu tau.mesti cute giler

Kak noora,
pulun jugak nak snap gambar bebudak ni,bukan reti dok diam2,hehe.
slmt hari raya kak noora,beraya ala kadar je kami kat sini,hehe...

Myraroezlan said...

Sgt2 chumel both of them..

Suke tgk keletah diorg, very funny, kira xsunyi ar rumah kan..


-MJ-

Fith said...

myraroezlan,
thanks...
aah mmg tak sunyi,kdg2 sampai pening pun ye gak,hehe...