Friday, September 24, 2010

Sejuk menggigil2...

Wahhh sudah masuk aki(=auturm) barangkali, sejuk kemain! Habis dah semua tingkap2 dan sliding door yang selama natsu(=summer) hari tu dok buka terpelahang ditutup sejak semalam.

2malam lepas hujan lebat sungguh2, siap dengan kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum-dentam cukup 1pakej, nak tidoq pun tak berapa nak aman. Risau kot budak2 ni terkejut terjaga tapi depa as usual maintain releks ja tidoq macam tak dengar apa2. Mak depa pulak yang terkebil2 tak boleh lelap. Taktau laa kenapa kalau guruh kat Jepun ni terasa kuat sangat bunyinya, takkan sebab kami duk atas awan tingkat 5 kot yang jadi rasa gitu? Ish musykil2, tapi memang sungguh tak tipu terasa kuat sangat2, sampai rasa macam rumah ni bergoncang(hat ni tipu kot, hehe)...

Semalam dah mula rasa sejuk yang betul2, rasa dingin menusuk hingga ke tulang. Adik2 yang masih bercanda2 di Malaysia, lai2 mai2 balik nihong mai, nihong dah sejuk dah ni(umpan depa balik, depa kata depa tak suka panaih, huh!)...

Hari ni walaupun cuaca panas terik kat luar tapi anginnya sejuk, haa cuaca macam ni laa paling best sekali. Kalau keluar melompat2 time tengahari rembang pun gerenti tak berpeluh, syok dan sesuai untuk beriadah atau berkejar2an dengan anak2 kecik. Anak2, petang satgi atau esok lusa kita pi playground yer...

Menurut forecast suhu di kebanyakan ken(=prefecture) di seluruh Jepun dah mendadak turun, ada yang sampai cecah hampir 10darjah celcius penurunan. Kalau kat Yamaguchi ni hari tu waktu siang suhu sekitar 34, semalam dan hari ni dah cecah 24 dah, perghhh menjunam turun. Saat2 macam ni kesihatan badan kena optimum, kalau tak, mudah laa sakit, especially bagi kalangan bayi/kanak2. Apatah lagi tak lama lagi dah nak masuk musim hujan menandakan peralihan musim, lagi laa kena jaga betul2, time2 macam tu mudah sangat nak demam, batuk dan selsema. Bercakap pasal sakit ni, baru teringat yang 2R ni sepanjang natsu tak sakit, alhamdulillah dah dekat 4bulan tak pi klinik, mesti paed dan nurses kat situ rindu kat hangpa, hahaha.

Jaga diri baik2 ye semua, selamat berhari minggu!!!(gaya macam takmau update blog dah laa petang2 nanti, hihi)...

5 comments:

Heartilyina said...

betul2 mendadak je kan suhu turun. pdhal 3 hari lepas masih dok berlenging kami anak beranak sambil dok berekon. kalau lepas kuar tu balik siap lencun2 ketiak. br je kemas almari tp nmpknya kena kemas balik sbb nk ketepikan baju nipis2 tu. sini dh hampir2 cecah 10 darjah fith. rasa nak cpt2 je kuarkan heater n kotatsu hihi

kew_chop said...

cakap pasal demam ni, nampak gaya mak budak ni dah ada simpton demam ni, huhu. harap2 tak jangkit kat anak2..

Fith said...

ina,
hah sana dah 10?mak aih sejuk sgt dah tu,patut laa berbungkus2 dah yer,hehe.sini releks lg,masih pakai pakaian summer.

murni,
alahai kesiannya,penat sgt laa tu gamaknya yer,sampai demam2 dah.take care ye.rest byk2,moga cepat kebah so that tak sempat berjangkit kat anak2...syafakillah...

::NaS:: said...

dah aki?yay! ni yg eksaitet nak balik nihon. kena ready jacket la balik ni.hihihi

Fith said...

nas,
rasanya mcm mmg dah nak sejuk dah.mmg sejuk ah,sejuk mcm haru dah.haa blk2,sediakan jaket sblm kesejukan,hihi