Wednesday, September 22, 2010

Followers vs viewers - mana yang penting?!

Kebelakangan ni banyak sungguh message2 spam atau yang taktau dari mana hala punca datangnya memenuhi shoutbox blog ni. Obviously I just ignored all of them, mampuih pi laa nak kata haku sombong ka hapa, rasa macam pelik semacam ja bila yang mai tu nama2 mat saleh minah saleh dengan tulis in english, even though yours truly pakai I-you-I-you, hagham tak banyak pun ayat english kan, hahaha, tang mana pulak depa ni boleh baca melayu siap boleh puji2 blog ni bagus lah hapa lah, hahaha sungguh mencurigakan! Ok, untuk bersangka baik, anggap je laa depa belajar bahasa melayu sebagai bahasa alternatif, hihi. Tapinya, kalau takat sorang dua ok laa kan, ni kalau berduyun2, tetaplah tak masuk akai...

Ada yang datang tinggal jejak tu semata2 nak suruh kita jadi followers depa, hmmm pelik2. Sebenarnya I suka je orang datang bagi komen, be it negative or positive, sangat2 dialu2kan, in fact I akan melawat balik blog mereka(my followers dan pengomen), tak jemput pun takpa, hehe. Cumanya untuk I jadi follower atau tak, tu terpulang laa kan, mana aci main paksa2. Kalau kita suka baca blog dia, belum tentu lagi dia suka baca blog kita, so kena laa fahamkan hakikat itu...

Penting sangatkah untuk memiliki followers?
Untuk jawab soalan ni 1st of all kita kena tengok fungsi/peranan utama blog tu ditubuhkan. Kalau blog tu ada unsur2 sebagai saluran income contohnya seperti ada iklan2 berbayar ataupun bisnes, memanglah followers ni boleh dianggap satu aset jugak. Dengan adanya followers yang ramai, impaknya sangat besar pada 1st viewer yang tiba2 tersesat masuk. Bila dia tengok blog tu ada 7ribu followers mesti punya akan terdetik dalam hati dia, wah glamournya blogger ni, mesti tulisannya best, haa kan kan?! Dia pun akan tertariklah nak baca dan baca dan baca, lepas tu jadi followers jugak. Secara tak langsung, ia menyumbang kepada banyaknya viewers seterusnya...

Tapi ada jugak blogger yang saja2 buh column "followers" tu just for fun, like me. Dia tak kesah pun berapa ramai followers dia, takdak aih nak ajak2/minta2 orang follow dia, apatah lagi nak buat giveaway yang mensyaratkan peserta mem-follow-nya. Golongan blogger ni mungkin jenis yang santai2, menulis untuk kepuasan diri...

Samada blog kita ramai followers atau tak, tu tak penting sangatlah, sebab bagi I yang paling utama ialah bilangan viewers yang datang secara konsisten. Kalau followers ramai pun belum tentu semua yang follow tu adalah readers kan. Ramai ja yang jenis follow membuta-tuli...

Apapun, pilihannya di tangan anda!
Saya hargai setiap ruang hadir pembaca, especially for those who willingly to leave their comments, their warm wishes and everyone who has becomes this blog's follower, thank you so much! (Tiba2 budget artis bagi ucapan lepas menang anugerah, kah3)...

8 comments:

Myra Jay said...

Btul tu akak, apa yg penting keikhlasan..Sy sokong, sy pn buat blog jes utk diri sendiri, utk renungan akan datang, klau ada yg sudi alhmdulillah..

Unknown said...

setuju sangat tu fith..ada blog beribu follower sbb dia suke share menda best2 tu ok, ni ramai giler follower tp tadek menda pun blog dia, ramai sbb dia suke bg hadiah & syaratnya kena jd follower.siap suh klik nuffng dia lagi..aduhh.. Tini wat giveaway tak pernah letak condition kena jadi follower ke, kena linkkan blog ke..saje wat suka-suka. Tu yg bila tengok org suh wat itu ini, terus malas nak join contest/giveaway.tak paham betul orang macam tu..

mysara said...

mai lg tak pernah kesah.(mcm la ramai org baca blog syiok sendiri ku itu...hihih)... oleh sbb byk tulis menda personal, rasa lebih selamat n secure kalau yg baca tu, org2 terdekat dan dikenali jer...tujuan pon nk simpan kenangan sendiri & share dgn kawan2 n family.haram xde info berguna...hahaha

Ina said...

kiter pun xamik kisah n xgemar org yg tetiba je xde angin xde ribut suh kiter jd follower dia. follower badge tu pun mula letak sbb kawan buat contest n nk masuk contest tu so kena la letak. skrg ni biar je sbb suka nak tau sapa la gerangan yg dok baca blog aku ni. tapi kiter sendiri banyak blog yg kiter betul2 follow dah bertahun2 tapi xjd pun follower blog tu. kiter suka jadi silent reader :D

Fith said...

Myraroezlan,
betul2,yg paling penting keikhlasan kan.persahabatan dlm alam maya jugak perlukan keikhlasan,baru laa ada berkat dan berpanjangan kan...

Tini,
haa tu laa kan,yg siap paksa2 tu mcm tak best pulak.kalau buat entry tntg blog tu je fith rasa ok sgt dah,at least tu cara nak promote blog dia kan.tp jgn sampai over sgt,yer tak?hihi...

Fith said...

my,
haha sama laa kita.takde nak kesah pun siapa readers.blog setakat suka2 nak buang masa,sambil2 ada kawan,dpt free hiburan,rasa terhias hidup seharian,tu je,hihi...

ina,
itulah ina,tak best laa kalau kena paksa2.suka hati kita laa klau nak follow atau tak kan,fith pun takat follow blog yg mmg kenal tuannya.klau takat baca je,fith suka lg senyap2...

♥FaTinFazLan♥ said...

yerr...betull 2 kak fith..saya adalah pembaca tegar blog kak fith.. kuang3...tapi suka senyap2.....

xmau paksa2 org nak follow blog kita balik..maklum la..kalau dah namanya personal blog,msti bnyak cita pasal diri sendiri..nati org duk xsenang.. huhuhuhu...

insiden..memaksa org follow blog dia balik semakin berleluasa...aiyoo~

Fith said...

Fatin,
akak pun sesekali jengah blog fatin.tp sama laa,kita silent reader,hihi...
tu laa,tak berkenan laa org2 yg suka paksa2 ni,rasa pelik kan,pasalpa nak follow klau masuk blog dia pun tak pernah,haha,sabo je laa...