Monday, September 6, 2010

Cuti raya dan balik kampung

Ramai dah kot yang balik kampung, as school holidays has started since 2 or 3days ago. Kat facebook pun dah terasa sunyinya, yang berbaki pun sibuk dok bercerita perihal bila dan bila nak balik kampung, blog banyak dah tak ber-update, dah balik kampung laa gamaknya all the bloggers, tapi hat dok nihong pun senyap-sunyi jugak aishhh balik kampung jugak ka, musykil2! Hahaha, rindunya nak baca cerita kawan2...

Ramadhan masih berbaki beberapa hari saja lagi, bagaimana ya kualiti ramadhan kita tahun ni? Moga segala usaha kita dirahmati Allah, moga Allah menerima amal ibadah kita, amin. Tapi yang paling utama moga ramadhan kali ni menjadi titik tolak buat diri ni untuk sentiasa istiqamah dalam beribadah, takmau pulun solat sunat dan tilawah al-Quran time ramadhan saja, tapi kalau boleh nak bermujahadah sebaiknya dengan usaha2 bulan mulia ni sampai bila2, amin...

Kami dah sah2 tak balik kampung laa kan, tapi kami raya kat 'kampung' jugaklah, kampung Ube, hihi. Tahun ni insyaAllah kami buat open house on the 1st hari raya, jemput kohaitachi(=juniors) yang masih berbaki kat bumi Ube ni, memang tak ramai pun, maybe dalam 5orang saja kot. Masak lebih sikit untuk makan2 dengan depa, nak mai dari pagi pun takpa, meh2 lepak sini, makan-makan dan makan. MyLove insyaAllah akan bercuti jumaat nanti, yeay! Ada yang bertanya, tak pi beraya ke taishikang(=embassy) ka, uishhh dah dekat 8tahun duk sini dan myLove yang dah 12tahun duk sini pun tak pernah beraya di sana. Jauh sangat, kalau dekat takat 2-3jam ja boleh laa nak pi, ni sampai 12jam lebih drive, huh!

Baju2 melayu 2R dah settle di-alter, mama dan ayah pakai baju lama sajalah, recycle balik baju raya 3tahun lepas. Rafiqh pun tak habis2 dok sebut raya2, macam laa tau raya tu apa. Mungkin sebab dok dengaq mak dia sebut kuih raya, baju raya, lagu raya, serba mak-neka raya lagi, dia pun terikut2 sebut. Duit raya nanti kita bodek ayah lah ye, hihi...

Hari ni nak bersihkan rumah, nak persiang 6ekor ayam dan nak buat puding karamel. Esok dan lusa nak pi beli barang2 untuk masak. Khamis tu nak pulun memasak laa kan...

Mungkinlah sambutan raya kat sini tak semeriah di Malaysia tapi kami sambut seadanya, penuh kesederhanaan, moga2 Allah beri keberkatan untuk setiap apa yang kita lakukan...

2 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

eh2, sy msh di KL.kerje setimbun tauuu!!isau nk blk ghayeee :(

kak fith raye kt perantauan xsibuk2 nk raye belah kampung mane dh haaa.hik2!

anyway, plg penting hbskn ramadhan yg berbaki 3hr lg kan.raye dtg sudah tentu n ramadhan yg akn blalu juga sudah pasti. so lets give our best utk ramadhan kali ni :D!

Fith said...

faeeza,
tolak tepi dulu keje2 tu,nanti pas raya boleh sambung,hehe.
slmt pulang ke kampung,hati2 di jalan raya ye...

ish,kalau tak raya kat perantauan pun idak ler jd masalah pun nak raya kat kampung mana,ikut giliran,senang kan,hihi...

moga 3hari yg berbaki ni kita gunakan sebaiknya ye...