Tuesday, August 31, 2010

Happy birthday MAK!

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-50!

Alhamdulillah, pada usia 50tahun mak dah ada 4orang cucu hero semuanya dan insyaAllah more more are coming very soonnn, hiks...

Tahun lepas mak celebrate birthday with abah, adik, me and my kids. Tahun ni dengan alang pulak, a day before tu family abanglong balik Ipoh, seronok betul dengar mak dok bercerita hal gelagat cucu2nya. Happy laa tu anak cucu balik berkampung kat rumah. Tahun ni takdak pakatan hadiah dari kami adik-beradik, masing2 beli hadiah sendiri dan bagi sendirian berhad. Next year maybe boleh kongsi2 semula, budget pun insyaAllah dah makin besar dah, almaklumlah doktor dan engineer akan mula bekerja tak lama lagi, hahaha...

Pagi semalam call mak, macam biasa laa bila hari jadi mak telefon kat rumah tu pun tak henti2 laa berdering, lepas sorang, sorang pulak call. Dah anak 6orang kan, tak campur abah, adik-beradik atau anak menakan mak lagi. Masa I call tu, mak baru habis cakap dengan ateh, baru nak pi sidai baju so borak2 dengan alang sat sementara tunggu mak settle kerja. Alahai laa mak, 24/7 365hari setahun mak kerja, tak pernah sehari pun mak cuti, even on your special day or mother's day, kerja rumah langsai macam biasa. Itulah hebatnya seorang ibu kan...

Selamat hari lahir buat mak. Kami senantiasa berdoa semoga Allah Taala panjangkan usia mak dalam keberkahan, semoga Allah beri kesihatan tubuh badan buat mak, semoga segala impian mak jadi kenyataan, semoga amal ibadah mak diterima Allah, semoga mak dilimpahkan rahmat yang berpanjangan, semoga urusan hidup mak dipermudahkan dan semoga mak bahagia setiap detik waktu. Kami mungkin tak mampu berikan mak harta dan kemewahan, tapi kami janji kami akan jadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mak dunia dan akhirat, kami janji untuk jadi anak2 yang baik dan selalu menggembirakan abah mak dalam sisa2 hidup yang ada... We all love you so much!

4 comments:

Heartilyina said...

happy birthday to mak fith. moga dimakbulkan sumer doa fith :)

Fith said...

ina,
thanks ina...

zura said...

selamat hari ulang tahun buat mak fith..! semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki.., aminnn

Fith said...

zura,
jazakillah atas doanya...
aminnnn