Sunday, September 5, 2010

Last biskut raya's project

Fuhhh, finally siap pun semua biskut raya yang nak dibuat. Semalam buat biskut makmur dan biskut arab. Hari ni pulun siapkan biskut oren bergajus. Tinggal 4hari ja lagi nak raya, so mulai esok hingga khamis nak tumpu untuk siapkan persiapan raya apa2 yang patutlah pulak...

Sebelum nak cerita pasal biskut makmur dan seterusnya ni, nak cerita dulu tentang resepi biskut suji dan biskut cheese hari tu. Untuk biskut suji, I ambil resepi kak Fida myResepi. Sebenarnya dok cari resepi biskut arab tapi tak jumpa2, tu yang terasa nak try test biskut suji ni, kot2 lah rasanya sama ka kan, ternyata berbeza amat. Conclusion, I kureng minat taste biskut ni, maybe I yang tak reti adun kot, so the outcome was biasa2 aja. Kalau tengok hasil biskut I dengan kakFida punya pun dah berbeza, kemungkinan besar it was my mistake laa kan...

Biskut cheese tu pulak adalah resepi rekaan sendiri, hentam punya hentam jadilah biskut tu. Alkisahnya nak perabih cheese powder sebenarnya, teringin jugak nak rasa biskut cheese tapi tak jumpa resepi yang sesuai, so dari basic recipe I just added some milk, cheese powder, lemon juice, raisin dan choc chips. Nak bagi cantik punya pasal, maka lorek laa coklat dan tabur choc rice sikit. Rasanya sedaplah jugak, even tak 'rasa' cheese sangat tapi still macam biskut raya jugaklah. Sorry tak dapat nak share resepinya sebab tak pakai sukatan pun, main campak2 saja...

Okey, next recipe is biskut makmur. Ni 1st time cuba buat biskut makmur. Sejak last year lagi teringin nak makan tapi mak tak beli, memang mak tak pernah beli pun sebelum2 ni. Mak kata susah nak jumpa yang betul2 sedap. Tahun ni memang nekad nak buat biskut ni, walaupun tau agak renyah nak godek, cari punya cari resepi akhirnya decided untuk cuba yang Hanieliza punya. Refer jugak kat fp mamafami, ternyata resepi yang sama jugak. Bila chef2 pakar memasak yang bagi resepi, for sure lah sedap kan. And seriously memang sedap bangat! Rasa macam tak boleh stop bila dah start makan, untuk elak dari habis sebelum raya, I dah soletip dah balang tu, hahaha, yabai2!(=bahaya!)...


Bahan2:
(Kulit)
250 gm tepung gandum
40 gm gula halus
minyak sapi (ikut lembut hingga boleh kepal)

(Inti)
150 gm kacang tanah
35 gm gula halus

Gula icing - untuk salut

Cara2:
- kulit : gaul semua bahan hingga doh boleh dibentuk2kan
- inti : kacang tanah digoreng tanpa minyak, diblend halus dan digaul bersama gula
- inti dikepal kecik2 bujur sebesar biji buah kurma
- ambil doh dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bujur
- bakar pada suhu 180darjah selama 20minit
- sejukkan sebelum salut dengan gula


Biskut arab pulak memang bertahun2 dah teringin nak makan, teringat2 kat biskut arab my cousin buat masa kami kecik2 dulu, rindunya kat dia. Puas cari resepinya sebelum ni tapi tak jumpa, bila tengok kat blog Hanieliza ada lah pulak, even tak sama rupa macam my cousin buat tapi nak try laa jugak, buat pelepas rindu. Bahan2 nak buat biskut arab ni sama ja dengan biskut makmur, since minyak sapi masih ada balance lagi, so buat laa sikit, memang sikit pun, tak sampai 20biji dan selamat dah masuk perut semuanya, hahaha. Silapnya pi letak kismison top of that, jadi huduh, kismis tu pun mengeras, time nak makan korek buang kismis tu, hahaha... But still, the recipe is superb!


Bahan2:
125 gm tepung gandum
60 gm gula halus
60 gm minyak sapi

Cara2:
- adun kesemua bahan hingga jadi doh, buat bulat2 dan bakar pada suhu 180darjah selama 20minit


Biskut terakhir ialah biskut oren bergajus. Yang ni pun belasah sendiri, tengok resepi kat majalah dan ubah2 ikut selera. Taktau laa sedap ka tak, Rafiqh kata sedap, hmmm budak tu bukan boleh ambil kira, dia semuaaaa pun sedap!


Bahan2:
100 gm mentega
35 gm gula
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
200 gm tepung gandum
50 gm cornflakes + gajus - blend halus
4 sudu besar oren sunquick

Cara2:
- pukul mentega dengan gula hingga kembang
- masukkan telur dan esen vanila, pukul rata
- masukkan tepung gandum, conflakes dan gajus tadi, masukkan pes oren, ratakan
- canai dan terap
- bakar pada suhu 160 darjah selama 10-15minit
- sejukkan dan hiasa dengan choc

6 comments:

Dyana Muz said...

k.fith,
dyana pn dok wat jual biskut arab skrg ni..tp sket2 ja isi ms lpg..mmg senang sgt nk buat..guna tpg,gula n minyak sapi je..tp lain la sket dr resepi yg k.fith ltk tu..

Fith said...

dyana,
wahhh bestnya.bg laa sukatan klau ada,nanti2 boleh kakfith try lg,tp minyak sapi dah hbs laa pulak,huwaaa.takpa2,kfith simpan resepi dyana,hehe...

Dyana Muz said...

nk resepi eh,bleh ja..wat utk ry haji plak nnt hehe..tp dyana pakai minyak sapi yg tin besaq(800g) tu..xpenah wat sikit2..
1 tin minyak sapi
1 tin gula halus(sukat pakai tin minyak sapi)
1.5-1.8 kg tepung gandum(goreng dulu sat)

kalo k.fith wat guna minyak sapi tin kecik,sukat gula pn pakai tin tu jgk la..cuma tpg la nk kena agak2 sendiri..ni resepi tok dyana..org dulu2 kn main agak2 ikut senang nk buat bulat2 nnt..pape pn selamat mencuba;)

Fith said...

dyana,
thanks!
kena simpan sampai tahun dpn kot baru boleh try,sbbnya minyak sapi dah habis lgsg,huhu.takpa2,kot2 ada kohai offer kirim brg,kakfith kirim minyak sapi laa,haha...
arigatou ne!mesti sedap kan resepi turun temurun ni,mmg favourite kakfith laa biskut arab ni...

norlin said...

ala kena ada minyak sapi ka...terliur kuih makmur tu...

Fith said...

noli,
aah tu laa pasal.kat nihong ni takdak kot minyak sapi kan.fith pun rasa mcm nak buat lg biskut makmur n arab tp takde dah minyak sapi,huhu.