Tuesday, June 1, 2010

Kenduri bedak...

Pada suatu petang, ketika mak depa dok mandi, 2budak ni meng-kenduri-kan bedak dalam bilik tidur, ooowh patut laa hangpa diam ja, rupa2nya berprojek lagi, baguih sungguh... Bedak tu buat umpan bagi Raziqh main nak suruh dia ralit sat, tak sangka pulak Rafiqh dah pandai buka, hah apalagi, sakan laa menabur...

adik di-make up onichan...


Dua2 kena piap, banyak laa jugak bedak yang dah berjaya depa tebarkan atas carpet. Berhari2 bilik tu semerbak harum, dengan depa2 pun sampai esok pagi dok wangi lagi, hiks...


Bercakap pasal bedak powder, kat rumah ni ada berbotol2 bedak powder. Masa Rafiqh lahir kami banyak dapat hamper yang ada set barangan bayi tu, antara yang diisi dalam tu tak lain tak bukan baby powder lah, macam2 jenis ada, tapi kami tak pernah guna pun untuk 2R. Penggunaan baby powder ni memang dah jadi perkara lazim kan, suatu masa lalu ianya jadi trend atau benda wajib mak2 akan buat pada anak2nya. Masa kecik2 dulu, selalulah tengok orang letak bedak kat punggung baby sebelum pakai diaper dan lumur badan baby dengan baby powder ni. Selalunya atas reason to protect baby from diaper rash atau untuk beri keselesaan pada bayi...

Sebenarnya, kita mendedahkan anak2 kita dengan banyak risiko dari amalan ni. Talcum powder ni bukan saja berbahaya untuk bayi, malah turut memberi kesan buruk kepada kita orang dewasa terutamanya kerana ia boleh mengakibatkan respiratory problems dan masalah kanser!

Bagi ibu2 yang masih dengan amalan memakaikan anak2 dengan bedak powder ni, better stop now! Banyak lagi produk alternatif lain yang boleh memberi keselesaan kepada bayi kita. Kalau tanya I, I suggest-kan minyak zaiton. Kalau baby ada masalah diaper rash, sapu minyak zaiton saja, insyaAllah akan pulih sendiri. I memang tak pernah gunakan sebarang benda kat anak2 selagi usia mereka tak cecah 6bulan++, no shampoo, no body soup, no baby powder, no lotion yada2, HANYA pakai minyak zaiton semata2, hahaha, kuno kan?! Yes, I am!!! Kulit bayi ni terlalu sensitif untuk menerima bahan kimia yang berlebihan, walaupun produk tu kononnya khas untuk bayi tapi I still was2, semua tu strategi jualan je, huh!

For more info regarding this, read here:
What is the cancer risk of talc in baby powder?
Talc powder can pose severe health risk

10 comments:

ummi-yaya said...

wahaha....2 budak nakal...nak marah pon tak jadi..

Dinda Boutique said...

sy pun x letak bedak kat bontot.lagi rash ade la.kalo sy so far nk elak rash sy biakan diorg tanpa lampin.kejap je.hehe.dioorg rash tu sbb pkai lampin tu la.elok serte merte insyaALLAH :)

Ina said...

ni kes rindu yuki ke ni? hihi. kalau kiter kecik2 dlu pas mandi je muka dh mcm tepung gomak mama buh bedak. mmg rata2 dlu sumer mcm tu kan. kiter pn xguna bedak utk ihsan. tp bila blk mesia terukkk sgt ruam panas satu bdn. asyik la nangis siang mlm. hampir2 dh nk bwk g doc. dok pening2 cmner nk buat. nyang ihsan suruh buh tepung ubi. xde chemicals. ruam pn lega. tp jiddah ihsan plak kata bdn bb jd masam. pastu jiddah ihsan suruh bubuh bedak bb. buh gakla sket2 tp cermat2 sbb xnak bg dia hidu masuk hidung. terus lega ruam ihsan. since then kiter berpendapat hmmm kena akur jugakla lain tmpt lain caranya. kt nihon xyah guna xpe tp kt mesia mebi kene gak guna (ni utk ihsan jela yg kulit manjaaa). ni dh pns pn kiter buh sket2 je kt leher pas mandi. kalau diaper rash plak ihsan mmg xde cara lain la bedak pn xleh guna kene guna ubat bli farmasi. maintenance tinggi budak ni haha. sama gak mcm kes pacifier pn mmg dlu xnk guna. tp dh lama2 hubby kata cuba jela kot2 leh menyenangkan ihsan tdo. last2 guna jugak. tp apa2 pn semuanya kena berpada2 jgn berlebih2. setiap benda ada pros n cons. itu pendapat peribadi kiter utk ihsan ajela. lain org lain masalah n keperluan kan. kalau xperlu guna benda2 tu semua lg la bagus kan. apa2 pn setiap mak tau apa yg terbaik utk anaknya :D

Fith said...

ummi-yaya,
haa nak marah pun tak jadi kan,hihi

faeeza,
boleh tukar pakai cloth diaper laa klau gitu,hehe.anak2 akak mmg takde rash klau pakai cd,tp klau dispo kdg2 tu ada gak laa...

Fith said...

ina,
tepung ubi mmg bagus,fith masa budak2 ni masih dlm pantang,bila naik ruam tu fith letak tepung ubi yg digoreng tanpa minyak then bancuh air,buat mcm bedak sejuk.alhamdulillah cepat tul lega.
masa blk msia/summer kat sini mmg panas kan,hbs naik ruam kat badan diorg but still fith tak letak bedak powder,fith bg pakai bedak sejuk je.tp mmg selalu dgr mommies yg guna baby powder ni kata cepat lega utk ruam,tp tak heran laa cause mmg ada bhn kimia yg bertindak,klau pakai cara lain lmbt sket laa...
haa baru nak tulis psl paci,ooo ihsan on paci yer?takper laa,masing2 ada pendapat tersndr kan.ikut kemudahan kita laa kan nak handle anak mcmmana.

Unknown said...

hehe..comel jer 2R tu..
mmg meriah la kalo diaorg dpt men bedak ^_^

Mysara said...

Mai mmg xguna bedak, minyak bb pon x.dua2 rayyan n rifqi kulit manja. Rayyan ni bila dah besar br bg bedak n minyak. Masa dia kecik, kalau org lain yg siapkan dia, mmg dipakaikan bedak. Tp Mai mmg xbg letak bedak kat punggung. Alhamdulillah ,rashes rifqi kat punggung dah lega, tinggal kat leher n muka sket2. Mmg cuaca kat Msia ni senang naik ruam.pacifier lak, awal2 dulu pernah bg kejap kat rayyan, Mai xsuka tp mil insist sbb rayyan suka nangis je. Bila bg paci dia kurang meragam. Tp kekal sebulan dua je, lps tu Mai simpan. Rifqi ni pernah test bg tp rasa xsampai hati lgpon dia xbyk meragam. Depends on keadaan kot. Kadang paci ni membantu bb tenang, dpd kita dok boar dia melalak. Biar dia leka kejap dgn paci.. Hehehe. Dpd pengalaman cetek Mai :)

Fith said...

Iman,
meriah laa,mcm kenduri!org tak pernah jumpa bedak,jakun kot,hehe

My,
ruam mmg normal sgt utk baby kat msia,2R pun sama je,dlm pantang takleh on kipas kuat n aircond,lg ler panas,kesian tgk ruam penuh badan kan...
paci ni fith tak leh komen sbb mmg tak pernah bg both guna pun,taktau kesan dia apa.cuma terbaca baru2 kat paper,tu yg rasa nak share kat sini.but still,tak salah pun bg baby paci esp yg kuat meragam kan.

Anonymous said...

shu pun tak bagi bedak/minyak/sabun/shampoo kat elyas sampai dia 4 bulan.. tu pun sbb balik msia mak tok elyas dah belikan sabun.. tapi tu pun kadang2 je pakai.. tapi bila balik uk balik, tak pakai dah.. hehehe..

pacifier pun bagi sbb masa kecik elyas tak pandai bf, so masa tu pam ngan bagi pacifier tuk dia tenang nak tido.. tapi masa 4 bulan dia "mengempeng" (ada paham ka? bahasa jawa, means nak tido mesti nak menetek suka2).. terus dia tak mau pacifier dah..

menda2 ni kadang2 depends on keadaan (sometime orang sekeliling).. kita kalau boleh mmg nak terbaik utk baby kita, tapi terbaik utk kita mungkin tak sama ngan pendapat orang lain. (tu yang kadang2 stress bila parents cakap camni2.. kena buat camni2.. sbb tak sama ngan apa shu fikir... heheh)

Fith said...

shu,
itu laa,bila kata tak bg bedak/shampoo/lotion dll tu org kata kita pelik,haha,tp sbnrnya kita cuba nak protect anak2 kita kan.
aah betul,mmg sgt bergantung pd persekitaran n situasi anak dan ibu tu.
nanti blk msia n ada baby lg,haa mmg pening laa nak handle parents/org2 sekeliling,mmg cara kita dah tak sama dgn cara org dulu2 kan,haisehhh payah ni...