Baru2 ni ada tengok satu iklan kat tv3, tak ingat nama barang tu cause tak take note, tapi iklan tu nak promote sabun basuh tangan yang last part tu Eizlan Yusuf muncul, ada kan?! Apa yang I nak ceritakan kat sini ialah intipati iklan tersebut, mengetengahkan watak2 utama di kalangan kanak2 sekolah rendah yang duduk kat kantin(kot), baru nak makan so 1 of them(a boy) 'bercakap' soal kepentingan basuh tangan sebelum makan, he did mentioned yang dia diajar untuk basuh tangan selama 1 minit supaya kuman2 semua mati. Suddenly seorang girl menyampuk dengan kata2 sinis lebih kurang "hey Ahmad, sabun kamu tu lembap ker apa?" which refer to kena basuh '1 minit', then the others pun ketawakan that boy...
Can't you guys see the hide messages from that scene?!
Ada 2mesej di situ - pertamanya ia mengajar anak2 kita untuk basuh tangan dulu sebelum makan, bagus! Tapi I nak cakap pasal mesej kedua dimana iklan tu memberi gambaran kepada anak2 kita bahawa it's okey to not having sensitiviti perasaan, it's fine to kenakan/aibkan orang dan nothing wrong with ketawakan orang! Ok, fine, memang I terlebih sensitif untuk benda2 remeh macam tu. But I'm a mother, I tak nak anak2 I dididik dengan contoh2 songsang sedemikian walaupun secara tak sedar...
Memang niat utama pengeluar iklan tu sebenarnya nak highlight-kan produk dia yang kononnya hebat sangat boleh bunuh kuman2 in just few seconds, tapi cuba cari pendekatan lain yang lebih berhikmah and at the same time ada good value untuk anak2. That boy cuba beri input yang baik, kenapa pulak nak kondem2 dia kan?! Lain laa kalau dia buat jahat!
Kita selalu cuba ajar anak2 kita supaya bersahsiah baik, tak baik malukan orang, tak elok ketawakan orang, kalau orang dalam kesusahan kita kena tolong, kalau itu kalau ini, kalau begitu dan begini, tapi bila media yang punya pengaruh besar pada anak2 ni langsung tak ambil peduli pasal hal ni, hmmm susah jugak kan?!
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
huhuhu..sedihnya..
kita cuba mendidik sebaik mungkin di rumah tetapi persekitaran kita yg tdk soleh ini sebenarnya sama2 berperanan mencorak akhlak, jatidiri, akidah anak2 kita..nak tak nak kita kena rasa bahwa kita perlu juga lakukan sesuatu utk didik masyarakat sbb `tempias` keburukan org2 di sekeliling akan lambat laun mengena juga diri kita..
sbb tu kita kena buang rasa `keakuan` ; "asalkan kita ok dan bahagia tak pe, org lain biarlah mereka punya hal" type of thinking. huhu..
teringat seorg produser(pengarah?pembikin? xingat apa istilah nye..hihi) filem msia yg dah pun meninggal dunia, bila dikutuk bhw dia menghasilkan filem2 yg byk scene panas dan kontroversi, dia kata dia hanya memaparkan realiti masyarakat. kalau kita sensitif dgn agama dan memikirkan keadaan umat, kita mesti tak setuju. sebab filem (n media) itu mmg mendidik minda dan cara fikir kita! :(
oh, akak ter emo di sini..mengenangkan `kerja` kita membaiki umat sangat banyak sebenarnya..huhuhuhu...
huhh.., betul sangat2 fith.., sangat sokong..!! zura pun tgh hangin dgn iklan tu.., sebab apa.., semalam balik kerja zura saje laa bukak pintu lambat2.., konon2 tak boleh nak bukak..,
dalam masa yang sama amsyar dok tgu zura bukak pintu tu.., zura belakon laa cam tak boleh bukak pintu tu.., sekali dah bape minit cam tu zura cakap..,
haa boleh pun bukak.., sekali fith nak tau tak amsyar cakap ape...,
"hishhh.., giler laa mama nie.., lembab cam sabun.." mcm nak mati kering kat depan pintu tu dgr dia cakap camtu tau.., (sebelum dgr ayat dia tu..., zura mmg tak tau lagi pasal iklan sabun tue)
mmg laa dia cakap sambil ketawa n dia panic sebab ingat betul la pintu tu tak boleh bukak.., tapi ayat yang dia keluarkan tu mmg rase cam nak kitai je dia time tue..
zura tnya laa mana dia tau ckp camnie nie.., dia senyum2 kambing dgn muka yg cam salah cam tak salah..,
sekali bila tgh tgok cerita ilusi.., iklan nie pun keluar laa.., dia siap boleh ikut ayat budak pempuan tu sebelum budak tu cakap.., n kebetulan hari nie fith wat entry pasal iklan tue..,
aiee.., kdg2 sakit hati kan.., kita puas laa ajar anak kita bia betul jadi manusia.., tapi anasir2 luar mmg menakutkan.., kdg2 baru jap bawak dia keluar jumpa budak2 bermain, sekelip mata je balik ada je perkataan yang tak sepatutnya.., nie belum lagi sekolah.., nie baru 2thn lebih..,
kalau cam amsyar tu lagi laa.., kat rumah mana ada kawan.., lagi plak kita org baru pindah.., kawasan tu semua cina.., plak zura mmg jenis yg tak bg anak bercampur tak tentu hala.., bia laa kawan dia utk masa skarang nie adik dia je.., pun boleh jadi gitu.., aiee.., pening kepala kan.., nie rase nak wat sekolah sendiri je kat rumah.., hahahhaha.., kan best kalau malaysia ada homeschool mcm kat oversea..
bile ek boleh behenti kerja n jage anak sendiri.., huaaaaaaaaa
Kak oja,
yer sgt betul,sangat susah hidup dlm masyarakat yg songsang,bukan kita boleh kepung anak kita 24/7 kan,as diorang pun bercampur dgn dunia luar.sdkt sbyk semua yg ada kat luar akan beri kesan jugak pada sahsiah diorg,huhu.
rasa mcm tau siapa producer tu,hehe.org2 mcm ni laa tak fikir panjang kan,diorg pandang 1 arah ja,lain2 semua nak pejam mata,hmmm,kesian generasi muda kita ni kalau kita sndr tak buat sesuatu...
zura,
aduhhh,mmg mcm tu laa lumrah anak2 kecik kan,suka tiru bulat2,klau yg disajikan tu benda baik2 insyaAllah yg baik laa ada dlm diri mereka,klau yg tak baik pulak dipertontonkan maka yg tak baik laa diorg akan buat.diorg kecik lg belum tau menilai,jenuh jugak kita nak perbetulkan,hmmm...
mmg betul zura,kita kena get ready dari sekarang,kena tau mcmmana nak tepis semua anasir2 tu.
homeschool dah byk dah kat msia skrg zura.kena jd ibu yg betul2 komited n of course ada basic sket2 dlm pendidikan.fith ni tak mampu rasanya nak capai tahap tu,hehe...
sgt2 setuju fith. fith bknnya pndg remeh tapi peka sbnrnya. kiter pn kebetulan dok ckp2 psl benda2 ni dgn hubby haritu. sblm ni pn penah jugak jmpa isu mcm ni kt blog2 lain. kalau nk ckp contoh tu mmg byk. tgk jela citer halimah jongang la minah senget la apa la. benda2 ni kdg2 siap dgn lagu which is sebutan dia sgt2 catchy. bdk2 dia takkan paham n diorg sgt cpt tangkap benda2 mcm ni. mmg drpd media la diorg byk blaja mcm2. sedih, kesian n dlm masa yg sama geram kalau pk psl bab ni. sbb tu skrg kiter sebagai parents kena tapis2 plak ajar anak bezakan mana baik n buruk. tp sygnyer bknnya semua org kisah mcm kiter. ramai lg yg xkisah n akhirnya masyarakat dididik dgn benda2 yg bukan2. no wonder la masyarakat kiter rendah akhlak. ramai org dh komplen benda yg sama tp sgt xphm kenapa pihak media ni sgt lembab xboleh berpk guna otak. rasanya xperlu belajar tinggi2 pn dh boleh pk. kementerian pn ada tp apa ek keje diorg2 ni? susah sgt ke nk pantau? kalau semua org buat keje rasanya xde masalah. tp kalau ramai pakat buat keje sambil lewa n kisah xkisah mmg la benda ni takkan setel. skrg ni media kiter lebih kepada nk seronok2 saje n krg input yg berguna. agak nyer lps2 ni kiter tggu la ada la plak kot citer ali tempang, ayu tonggek, abu ketot n so on. sigh. xpela... kiter la kena teliti pantau anak2 sndiri selagi media kiter xberubah.
Ina,
oh dah ada org tegur yer psl isu ni?psl iklan tu ingatkan org tak 'pandang'/ambil kesah pun,tp klau isu halimah jongang,minah senget bla3 tu pernah gak dgr org marah2.mmg benda ni nampak mcm lawak dr satu sudut tp dari satu sudut yg lain esp dari kacamata anak2 kita,mereka mgkn tak sedar benda tu salah kan?!
betul ina,kita pulak yg kena pulun ajar dan betulkan semua ni pd anak2 kita,alangkah baiknya klau benda yg mcm ni pihak media n kementerian2 terlibat beri penekanan,sekurang2nya taklah beban sgt utk kita2 ni kan?hahaha...
pelik betul tgk masyarakat kita,susah sgt ker nak betul kan semua2 tu???hmmm mmg geram!
uish,selalu terlepas new entry fith.maklumlah,fith nih produktif sgt.dah jd org yg ketinggalan tp nk ngomel jugak.
satu yg mai perasan,contoh cam filem melayu yg konon ala2 nk wat gaya hollywood tak jd..buat adegan2 panas mcm k.oja cakap tu laa..contohnyer, aksi rempit laa,aksi atas katil laa,peluk2 laa..semua tu nnti anak2 muda akan ikut sbb dlm kepala derang pk,"ala,pelakon2 tu pon bukannyer dah kawen pon" so,derang tiru laa.. sbb tu ramai remaja rosak(antara penyebab laa).sbb ada org tlg bg contoh baik punyer dr media...
pelik kenapa derang takleh nk twist menda2 yg elok jd omoshiroi macam cite upin ipin tu ke.. ajar baca doa ect.. kan ada baiknyer..
My,
hehe gomen2,terlampau byk entry plak kan,haha...
betul tu my,taktau naper susah sgt diorg nak fikir ke arah yg bagus.benda2 buruk camtu bukan saja beri kesan pd remaja tp budak2kecik pun,yg baru umur 3-4tahun mcm2 dah pandai,kita skrg ni mmg kena pantau hbs2 sumber media yg anak2 kita access kan,nanka kowai ne.
Post a Comment