Wednesday, June 16, 2010

Of today's activities

Pagi tadi bangun pukul 3.30 untuk subuh, lepas tu gedebum tidur balik. Alarm keitai (=handphone) bunyi 5minit sebelum pukul 6, bangun2 terus sikat dan ikat rambut, pi cuci muka dulu sebelum masuk dapur...

Masak nasi, goreng telur dan buat telur masak kicap, goreng ayam, goreng sayur, masukkan foods secara berasingan dalam 3 tupperware, bancuh air roselle dan letak dalam flask, ok siap bento(=bekal) myLove. Dah tu buat breakfast pulak - air koko 2mugs, koko+freshmilk untuk Rafiqh, rebus telur setengah masak untuk myLove, hidangkan roti dalam pinggan, letak lada sulah, kicap dan multivitamin atas meja, settle breakfast...

Jenguk 2R dalam bilik, depa tak bangun lagi so terus pi buang sampah. Naik balik on-kan washing machine dan angkat cloth diapers yang tak kering disidai dalam rumah(semalam hujan) dan sidai kat beranda. Raziqh bangun tidur, layan dia breakfast sambil tengok tv...

MyLove pergi kerja pukul 7, on laptop dan I breakfast. Rafiqh pukul 8 baru bangun dan layan dia pulak breakfast. Mandikan 2R, sidai baju, adun donat, update blog dan tidurkan Raziqh. Obachan(=nenek) bawah datang bagi sushi, sembang2 sekejap dan layan Rafiqh main sambil tengok drama. Pukul 11lebih Raziqh bangun, sediakan lunch Raziqh, bagi Rafiqh makan dan I pun lunch sama. Adun kulit karipap dan kelebet karipap, solat, main dengan 2R, call klinik kanak2 sebab Raziqh dah 4kali muntah, mama dah risau sebab badan dia tak panas dan dia aktif macam biasa cuma tak boleh makan, bila makan ja terus muntah balik, nurse minta bawa dia ke klinik petang nanti. So tidurkan Raziqh, kutip baju dan lipat, goreng donat dan karipap semuanya half-cook untuk frozen. Sambil tunggu Raziqh bangun tidur, I dan Rafiqh dah bersiap2 nak keluar. Bila Raziqh bangun dia muntah lagi, siap2kan dia dan kami keluar...

Kat klinik, doktor kata mungkin angin masuk perut, tak nampak tanda2 dia sakit cuma tekak sedikit merah. Doktor masukkan ubat ikut bontot dia dan suruh 'puasa'kan dia sejam, bagi dia makan ubat dulu sebelum bagi susu/foods lain. Tak lama pun kat klinik sebab orang tak ramai, nak balik terus pun awal lagi, myLove sekarang lewat malam baru balik rumah, dari dok 'berperang' dengan 2R ni kat rumah, baik ler bawa depa pi jalan2. Taktau nak pi mana pun sebenarnya, main redah ja sampai laa kat Yamaguchi Foods Fair. Melilau pi mai pi mai hagham satu makanan/sayur/buah pun tak beli tapi melencong pi bahagian menjahit, hahaha. Shopping barang2 menjahit laa apa lagi kan, kan tengah gila menjahit la ni, hakhakhak, poyo!

Pukul 6.30 sampai rumah, nyusukan Raziqh dulu sebelum nak mandikan depa tapi Raziqh tertidur pulak. Buh dalam buaian, mandikan Rafiqh, masak nasi, masak lauk, mandi, solat dan menengung depan laptop ni cari tutorials jahitan. Lepas dinner dengan Rafiqh, ambil kain2 nak ukur dan potong, settle jahit sikit ja Raziqh bangun, sakan tidur sampai pukul 9lebih baru terjaga, yang si Rafiqh dari siang tak tidur2, lately sebab ayah balik lambat dia pun refuse tidur awal, macam nak tunggu ayahnya. Tapi sebab ayah balik lambat sangat, dia dah tertidur pun tadi. Lepas 2R tidur, mak depa sambung potong kain dan update entry ni sementara tunggu ayah balik. Kalau selalunya pukul 9 dah padam, la ni kerap pulak berjaga malam, hihi...

Sekian, entry takdak motif...


sushi...


donat, karipap dan kulit karipap frozen...



hasil rembatan di Daiso 100yen shop...

5 comments:

Heartilyina said...

sedapnya sushi... dolu2 penah la buat sndiri tp xreti sgt nk gulung2 n xsesedap kt kedai. skrg ni mkn je kt chained sushi. murah pn ye sedap pn ye n xyah susah2 buat hihi. sian raziqh xsihat ek rupanya. moga makin ok. fith nnt kalau free2 buat la entry psl foods yg fith slalu bg raziqh utk every meal. ihsan skrg ni dh mkn mcm org bsr. mama la pening melayan selera dia sbb memilih dia ni.

Fith said...

Ina,
haha bagus sgt dah tu pandai buat,fith ni hampeh tak reti2 buat sushi haha.nak kena bljr gak ni,kot2 dah blk msia nanti teringin nk mkn sushi ker kan,haha...
aah tak sihat rupanya,ni nmpk ok dah,tak muntah dah,hrp2 tak muntah dah laa,huhu...
ok,insyaAllah nanti kita share menu foods budak2 kecik ni yer.mmg gitu laa ina,ada stage diorg memilih,ada stage nanti diorg balun mkn,kita plak yg nak kena ikut rentak diorg kan,haha sabo je laa...

aisha said...
This comment has been removed by the author.
aisha said...

alahaii raziqh..jgn muntah2 lg yek..fith klu buat kuih ka, menjahit ka, depan laptop ka...2R tu tak kaco ker? berbeza ngan aina,sgt susah..main pun tarik tgn ibu ni ha..time basuh pinggan, duduk peluk kaki ibu nih..duk tarik2 tgn suruh main..tido pun sama, gerak je bgn, die pun nangis2 bgn..wuaa...ade tips?

Fith said...

Aisha,
alhamdulillah dah tghari ni pun tak muntah lagi,hrpnya tak muntah dah laa,risau sungguh dok tak dok tetiba muntah2.
si abang ni tak kacau sgt,kacau sikit2 tu biasa laa kan,tp si adik kuat ngacau,hehe.nak taip kat sini cam panjang kot,nanti fith buat entry ek,boleh dgr cara org lain jugak kan.aina nak member tu,tak lama dah ada adik,boleh laa main dgn adik plak kan kan...