Saturday, June 19, 2010

"Shut up!"

Have you ever saying "shut up!" to your kids when they keep asking the same question non-stop?! Haha, sounds familiar, no?!

Once our little toddlers are able to talk, one of their favourite and must do is to ask, ask about this and ask about that, semua benda pun nak tanya, otak mereka sentiasa ligat berfikir what next to ask, what next?! Yes, kids are full of curiosity...

Rafiqh baru ada simpton2 suka bertanya, sekarang ni kalau naik kereta he prefers to sit next to me, jadi co-driver balik, dulu nak duduk belakang sebelah adik, sekarang takmau dah. Ooo patut laa nak duk depan, sebab dia ada hobi baru iaitu nak bertanya. Bila sampai kat junctions, automatically he'll ask me, "mama, kocchi ka? acchi ka? docchi?(=sini ke? sana ke? mana satu?)", mama pun kena laa jawab "kocchi da yo, hidari ni magarimasu(=sini ok, belok ke kiri)"... Bayangkan kalau sepanjang perjalanan tu kami jumpa junctions 20kali, maknanya 20kali tu laa dia akan tanya soalan yang sama, tau pulak tu right timing bila nak tanya, mungkin dia perasan I bagi lampu signal kot.

Semalam pun macam biasa dia dok ulang tanya, tetiba mak dia dapat ilham nak menyakat dia, bila sampai kat junctions ja tak sempat dia nak buka mulut nak tanya, I dah cepat2 jawab, hahaha, bila dah banyak2 kali dia terkena, dah bosan gamaknya last2 dia terus kata "mama, urusai yo!"(=bising lah!), hahaha hambik hang, kena sedas!

So far tak pernah lagi laa I naik hangin atau marah dia dok ulang tanya benda yang sama sebab dia pun bukan pandai lagi bercakap, takat tanya "apa tu?, nani?(=apa?), dare?(=siapa?), doko?(=mana?)", tu ja laa ulang2, tanya sepatah2, jawapan pun sepatah2, tak lenguh lagi mulut ni nak melayan, hehe.

Semua budak memang suka sangat bertanya kan, with just a simple reason, because that's how they learn. Dengan hanya melayan pertanyaan mereka, bahkan memanjangkan persoalan demi persoalan yang mereka ajukan mampu menjadikan mereka manusia yang genius. Kita sebenarnya boleh merangsang keupayaan minda mereka berfikir dengan mengisi komunikasi harian dengan soalan2 ringkas. Part bertanya tu no hal lagi, tapi bila masuk bab bertanya soalan yang sama 77kali, perghhh letih jugak telinga dan mulut nak melayan. Kenapa anak2 ini suka kepada pengulangan? Kita orang dewasa kalau tengok movie/drama/cerita yang diulang2 dah sah2 akan merasa jemu kan, kalau baca buku yang sama berkali2 sehari dan esok lusa pulun baca lagi, mau muntah hijau kan, tapi cuba perhatikan budak2 kecik, depa boleh hadap benda yang sama ulang2 banyak kali setiap hari tanpa sekelumit pun perasaan bosan dan jemu kan? Siap boleh hafal dialog dan jalan cerita lagi! Itulah istimewanya mereka, cara mereka belajar tentang kehidupan ni sangatlah unik!

Rafiqh ni tak pernah lagi kena sound kalau dia ulang2 bertanya tapi kalau dia potpet2 tak henti2 macam burung murai tercekik cicak, hadoiii memang selalu laa dia kena. Dulu dia cakap bahasa makhluk asing, agak boleh diterima dek telinga laa sebab tak faham pun dia merepek hapa. Tapi la ni 90% percakapan dia tu dah boleh difahami, volume pun takdak aih nak low2, tambah pulak gaya bersembang sakan macam orang parlimen pungpang2 dengan adiknya, huihhh bengang jugak laa bila tengok tv rasa macam tengok cerita bisu, nampak gambar ja hagham sepatah pun tak dengar. Kalau tengok drama tu sedar2 ja eh2 dah habis, taktau kepala punca pun. Begitu jugak laa hal nya bila dok sembang dengan ayah depa, suara depa lagi rancak 'berbual', dan dan tu jugak rasa nak buh soletip mulut 2budak ni. Tu tak masuk masa mak depa sembang telefon, time tu laa nak mengajuk, time tu laa nak menyanyi, time tu laa nak melalak, sampai mak kata "ish hang ni anak 2 macam 10 orang, riuh-rendah sungguh, tak dengaq aih hang cakap apa", tau takpa, lagu ni laa selalu pun, macammana laa tak hangin kan, hahaha sabaq ja laa...

8 comments:

norlin said...

fith tau tak...noli duk catat semua yang fith tulis nihongo dan terjemahannya (dalam entry entry sebelum ni pun....catat bubuh dalam satu buku kecik) ....hihi...nak praktis cakap ngan haikal jugak...haikal walaupun ke sekolah tapi perkembanagn bahasa jepun dia taklah drastik ...sebab mungkin kat rumah mama papa cakap melayu...lps ni bolehla sikit sikit noli speaking nihongo dgn haikal...hihi thnak you......bykkan la lagi tulis terjemahan tu....yang biasa biasa fith sembang ngan anak anak... :)arigato!

afu-chan said...

hahaha aku suka entry ni!

sgt2 agree dgn budak2 punya brains berkembang dgn communication. anak menakan aku pun kuat tanya mcm2, and aku pun seronok nk jwb. jwb pun kena jwb yg btoi2 x boleh tipu, kna tau bg jwn yg bernas.

mmg seronok layan buak ckp.

anak menakan aku ni byk ckp ikut bapak dia. org melaka kan mesra alam. kalau ikut family aku mmg penyengap ja.

rafiqh ni ikut mama dia kot? mama dia pun mesra alam jgk.. ;)

mysara said...

mai pon pernah rasa penatnyer nk jawab soalan rayyan nih...tp bila pk2,dulu nk sgt dia cpt cakap..boleh geng borak2..skg dah pandai cakap xterlayan pulak..esp,kalau naik keta..dia dah jadik tukang tunjuk jln..arah org belok sana sini..situ jalan tutp laa..sana banjir laa..pandai jerr dia..heheh..skg nih masih lagi suka melayan soalan2 dia,paling suka soalan,'mama, wat apa tu?' sambil wat renungan manja ..hahaha..cairr terus beb!

maklang said...

nak pi mana kalau bukan ikut mama dia.cuba tanya maktok tahap kemuraian mama dia.tak kurang dan tak lebih.huhu...lainla maklang, pendiam.tp otak ligat la. :p

tp mmg bagus melayan budak bertanya.kalo kt uk ni,org sini layan anak2 diorg cam layan org dewasa.setiap soalan yg ditanya akan dijawab dgn jawapan yg sgt dewasa.sbb tu budak2 ni bijak n kritis dlm berpikir.bukan cam budaya kita yg selalu kata, jgn tanya banyak2.ikut je/tgk je.

ojasamid said...

betul tu, mmg kena bijak juga nak melayan n menjawab soklan depa ni kan. sabar pon kena lebih, esp. bila dok ulang cakap/tanya benda yg sama mcm tape recorder. adeh. lenguh mulut nk jawab kan..hihi..

cuma yg jadi dilema tu bila ada soalan/kata2 anak2 ni dijawab (oleh org lain ofkos) dgn jawapan yg ada unsur2 penipuan di situ (wpon hal2 yg remeh je kadang tu..) faham je kadang tu orang nak pujuk atau explain supaya budak tu boleh terima, tapi biarlah cakap hal yg benar dan elok kan. sbb budak2 kan hatinya bersih. bulat2 dia boleh terima huhu...
bagi akak, lebih baik jawab dgn jawapan yg `tricky` (ala2 guna bahasa pusing2 sikit) tapi betul dan tak menipu. :D memang mencabar! hehe..

Fith said...

Noli,
adehhh noli,ke situ pulak yer,hehe.budak2 ni nanti bila dah mula ckp jepun,kita pun bleh bljr dr diorg,prektis sket2 ckp dgn dia nanti bila dia tau mama bleh fhm dia ckp,lajuuu ler dia bawa blk words nihonggo kan.insyaAllah nanti fith share lg dialog2 simple yer...tq noli!

Afzan,
haa ikut mak dia kot,potpet2.klau ayah depa ni penyengap sikit.

betul2,setuju sgt kita kena pandai jwb,takleh tipu2.mmg syok melayan depa ckp,rasa nak tergelak kdg2 tu,hehe...

Fith said...

My,
haha tuh laa pasal,dulu sibuk nak suh diorg cepat2 ckp,haa skrg dah pandai ckp penat plak nak layan.
rayyan mmg dah advance dah,siap ada imaginasi sndr dah tu,pandai sungguh!

Maklang,
hamboi2 tak syg mulut ek,haha.

tp mmg betul pun,budaya kita ni byk suh anak diam,suh tgk ja,takleh tanya byk2,tp zmn la kena open dah bab komunikasi ni,bg peluang anak2 utk tau apa depa nak tau.agh pun dah kena get ready dah dari skrg,rafiqh dah makin byk tanya dah ni,hehe

Fith said...

Kak oja,
yer betul,sabar pun kena ada.kita pun kena prepare diri dgn ilmu sbb nak jawab soalan diorg ni kdg2 memerlukan pengetahuan yg luas gak kan.

oooo dilema jugak tu kan,fith tak sampai tahap tu lg,tak rasa lg semua tu,hehe.tp mmg tak seronok kan bila bg ajaran songsang kat anak2 kita.kita kena tune blk laa info tu kat anak2 kan,aiseh.
gambarimashou ne!