Thursday, June 24, 2010

Lenggang2 kangkung

Hari ni saya rasa sangat gumbira, sebab utamanya tadi kami keluar pi shopping tapi satu yen pun tak kena bayar, sebab keduanya saya berjaya beli KANGKUNG, at last! Dah bertahun cari kangkung kat Jepun ni, rasanya banyak ja juai kat mana2 supermarket sebab selalu sangat tengok blog kawan2 kat Nihong ni yang beli kangkung tapi nasibku selalu malang, tak pernah pun jumpa, huhu. Alhamdulillah, hari ni boleh pulak terjumpa, haa esok boleh laa buat yong tau fu, yatta ne!

Pagi tadi obachan(=nenek) jiran rumah bawah kami ni datang. Dia memang selalu datang main dengan budak2 ni tapi baru je semalam datang bawa yogurt dan minuman yogurt so agak pelik laa jugak bila awal2 pagi dah dingdong2 rumah. Rupa2nya dia nak ajak keluar shopping barang, tapi kedai tu agak jauh, dah masuk daerah lain dah iaitu Hofu, hampir sejam perjalanan dari sini. Bila tengok risalah iklan yang dia tunjuk tu, jalan nak ke kedai tu memang agak familiar, so I cuma double-check tempat tu kat yahoo map, lepas tu bagitau dia boleh aje nak pergi. Bukan main happy lagi dia, terus cakap nak ajak obachan sorang lagi(jiran sebelah rumah I). Janji pukul 1 nak keluar, pukul 12.30 depa dah tercegat depan pintu rumah, aiseh nasib baik laa kami dah siap cuma I ja tak solat lagi. Panggil depa masuk dulu cakap nak solat sat. Pukul 12.45 kami naik kereta pi isi minyak dulu, as usual obachan akan bagi duit, memang tak boleh tolak cakap taknak, satgi dia bebel2 marah hahaha dah faham sangat dah perangai dia so terima saja laa. Kalau ikutkan pi situ tak payah buh minyak banyak2 tapi dia hentam suruh buh banyak2. Selalunya kalau isi amaun tu boleh tahan dekat2 sebulan laa, alhamdulillah rezeki, ngehehehe...

Hari ni weekdays kereta tak banyak, I cuma maintain drive 60km/j saja tapi dalam 40minit dah sampai. Melilau2 dalam kedai barangan antik tu, mak aih barang2 kat situ mahai nak mampuih, takut aih nak pegang, rata2 berharga puluh2 man(1man=10 000yen=RM300++), waduh2 nak beli memang tak mampu laa, takat cuci mata boleh laa sebab memang cantik2. Jenuh berkepung dengan Rafiqh, dia dok berkepit dengan obachan ja sampai naik risau dia sentuh barang2 tu. Obachan beli barang2 yang dia nak, habis dekat RM1000 jugaklah dia, perghhh kaya2! Then dia belikan beberapa barang untuk I, hihi sukeee...

Settle beli barang kat situ dia ajak pi SunPark shopping complex, dia nak belanja makan soft-cream. Apalagi kan, on the way balik Ube kami singgah kat SunPark dulu, lama dah tak pi sana, sekarang musim sale best sungguh cuci mata. Lepas makan soft-cream dan minum air, kami pusing2 kat kedai buah/sayur pulak. Hajatnya nak membeli sayur sikit sebab murah2, jalan punya jalan ternampak kangkung, terus terbayang2 yong tau fu di depan mata. Bila nak pi bayar obachan dah tunggu kat cashier, hmmm dia laa yang bayar, sayur2 tu tak mahai pun tapi tembikai tu mahal ler(bagi I laa)...

kangkung...


bawang 130yen, kangkung 100yen, terung 100yen dan tembikai 1000yen...


Habis membeli kami terus balik, dekat2 pukul 4 baru sampai rumah. Sekarang ni 2R tengah tidur kepenatan, walaupun Raziqh tadi dah tidur dah dalam kereta. Seronok jugak sekali-sekala melayan nenek2 ni, selalunya bawa pi shopping barang dapur kat area2 sini saja, kali ni pi jauh sungguh. Apapun, seronok sangat bila tengok obachan happy...

6 comments:

::NaS:: said...

Kak Fith beli kangkung kat sunpark onoda ke?
aiseh jenuh la camni.bila nak makan kangkung kena pi cari kat sana.lama dah nas duk cari kangkung ni.teringin sangat nak buat nasik goreng kampung buh kangkung,pastu kangkung goreng belacan.adehh meleleh...hehehehe..

Fith said...

Nas,
tak2,kat sunpark ajisu.
tu laa,teringin kan?kat trial takdak rasanya,selalu dah kakfith usha.esok klau rajin kakfith nak pi usha kat coop yamaguchi,kalau ada nanti kakfith bgtau k.aduhhh sedap tu nasi goreng kampung dgn kangkung goreng belacan,melelehhh

Ina said...

sedapnya kangkung. kt sini xpenah jmpa lg kt supa. tp dok tgk supa yg dkt je. yg lain2 xtgk pn. tp time summer slalu gak dpt kangkung berbungkus2 kwn cina tu bg. dia dok tanam :D

aisha said...

wahh seronot ye fith bawe obachan jalan2 shopping yek..mesti depa seronot bukan lain..kat sana takde kedai thai? klu summer cam skrg ni, kt kedai thai byk la jual kangkung ni fith..

Mysara said...

Mmg best layan obachan kat nihon. Dulu oyasan Mai pon camtu gak. Pemurah betul... Siap tlg tebaskn rumput2 rumah Kami waktu natsu.. Hahaha. Maklumlah, yg dok umh dia tu anak2 Dara pemalaihh

Fith said...

Ina,
tu laa ina,fith pun tak pernah jumpa lg b4 ni,merata cari.ina takyah beli dah laa,org dah bagi,best laa,hehe.

Aisha,
kat sini takde kedai thai,huhu.
obachan bawah ni dah mcm nenek budak2 ni dah,siap ngaku budak2 ni cucu dia,haha,layan~

My,
aah my,diorg ni pemurah kan.klau dah rapat tu boleh jd mcm saudara.
oyasan tu kesian kat korg,tu yg dia tolong tebas2 tu,hehe