Sunday, June 6, 2010

Piknik di taman airport

Petang semalam mama bawa 2R pi piknik kat taman sebelah Ube Airport. Dah pernah datang sini masa winter dulu dengan ayah, tapi kali ni pergi dengan cik Nas dan cik Oshn pulak(note: cik adalah singkatan dari makcik, hihi).

Bawa macam2 jenis makanan(nama pun piknik, mesti laa nak pi makan). Ada donat, tau fu fa, roti, keropok dan pelbagai jenis air. Sampai2 ja terus cari port nak melabuhkan punggung. Taman ni takdak pokok besar2 pun, lapang sungguh dengan rumput yang menghijau. Sekarang pulak dah summer, pukul 5 pun dok panaih lit-lit lagi. Last2 kami pilih duduk bawah bayang2 sebatang pokok, haha tragis sungguh, siap kena tarik kain bentang tu lagi time matahari berubah kedudukan, nak laras dengan bayang2 tu punya pasai, mama kata takmau kena panas, satgi hitam, haha mengong!

Orang pun agak ramai laa jugak, ada group bapak2 budak main soccer, ada group mak2 budak dan budak2 dok aerobik, ada jugak yang bawa anjing depa bersiar2, ada bawa anak2 main basikal, macam2 laa. Kami ja yang selamba bentang kain dan dok pulun makan...

2R ni syok habis laa cik Nas dan cik Oshn ada, main bola laa lari2 laa dukung-lambung laa, ada orang rajin melayan. Mak depa sedap ja duduk tak bangun2, konon nak pi piknik nak exercise dengan anak2 tapi hampeh! Agak2 dah nak gelap baru mak depa bangun, nak minta cik Nas ambilkan gambar je sebenarnya.

Mama : Nas, tolong ambil gambar. KakFith dah ready pakai baju ni, kasi nampak slim sikit...

Hakhakhak, mujoq Nas dan Oshn tak muntah hijau!

"mama, tengok2, adik dah nak boleh jalan dah ni..."(tipu!)


"tatih adik tatih!"


nanti2 nak ajak cik Nas pi ambil gambar lagi laa, sukeee gambar2 yang cik Nas ambil, gaya pro!(bodek sikit untuk next photoshoot, hehe)


Tq cik Nas for the nice shoot!
Banyak lagi gambar, boleh tengok kat blog cik Nas...

Pukul 7lebih kami balik, seronok kan sekali-sekala dapat beriadah macam ni. Sembang2 gelak2 sampai penat. Lepas ni nak pi cari port lain pulak, teringin nak bawa 2R pi pantai, boleh buat istana pasir(sah2 bukan mama yang buat, haha)...

9 comments:

Heartilyina said...

haih bukan dh lama ke fith kurus. fith sntiasa je nmpk slim. maintain je hihi. raziqh tu nmpk gaya esok lusa dh boleh la melangkah. eh ke dh mula jln sndiri dh pun? :D

Fith said...

ina,
jgn tertipu dek gambar.jenuh jurugambar pulun cari angle-nak-bg-nmpk-kurus,hahaha...
tak jln lg pun ina,dia takat berdiri kaku gitu ja,taknak atur tapak lg,lmbt lg kot nak boleh jln ni...

::NaS:: said...

haha Kak Fith pakai baju apa pun memang nmpak kurus la Kak Fith.

aiseh pro ke?hehe bantai ambik ikut sedap rasa je,pro menda nya tu...

Fith said...

Nas,
haha ya ka?kena pilih2 gak,ada part2 kena cover baikkk punya,hahaha...

aiseh pro laa tu,ada gaya dah,berbakat!nanti2 mata yoroshiku ne!hehehe

♥FaTinFazLan♥ said...

salam kak fith...hihihihi...
comelnya raziqh..rafiqh dah makin encem!!

kak fith..actually fatin nak minta kebenaran nak edit gmbar akak ngan raziqh yg ada sunset 2..fatin nak bljar mengedit gmbar yg ada sunset mcm g2..boley tak kak.?hihihihi

Fith said...

fatin,
salam,lamaaa tak 'nampak',hehe.
oh nak edit,sila2,ambil ler.takpe tak nmpk pun muka kami,hihi...
wah2 skrg bljr edit gambar plak ye,good2!all the best sis!

♥FaTinFazLan♥ said...

kak..xhilang mana pun saya.. hari2 dok lepak kat blog akak senyap2..hehehehe...

xda la kak..saja nak bljar mng edit gmbar sendiri2..oh ya..nati saya upload masuk blog..tau2 jelah..line lembap!~hihihihi

Fith said...

Fatin,
wokeh,beres,nanti dah edit,bgtau k,bleh akak tgk hasilnya,hehe

♥FaTinFazLan♥ said...

kak,i2 gmbar..sudah ada saya update d blog..hihihihi