Monday, June 21, 2010

Happy father's day!!!

Semalam adalah hari bapa sedunia...
Happy father's day to all abah, ayah, papa, abi, daddy, otousan or whatever you call them. May Allah bless them...

Pagi2 dah sms-ed abah to wish him happy father's day. As usual, akan ada ayat2 puitis untuk abah, kasi abah terharu sikit, hakhak. Alhamdulillah, I always feel so lucky dan rasa sangat bersyukur cause I have a great and wonderful father like him, thank you Allah... Moga Allah panjangkan usia abah and of course me too, so that I have lots of opportunities to take care of him, to make him happy, to make him proud of me. I mungkin tak mampu berikan abah kesenangan wang ringgit, sebab abah lebih 'senang' dari I sendiri tapi insyaAllah I berjanji untuk berikan abah kasih sayang, doa yang tak putus2, ketenangan hati dan kegembiraan yang tiada batasan...

As for myLove, walaupun bebudak 2orang ni kecik lagi tak faham apa2 lagi, on behalf of them I belikan myLove's favourite choco as present, lastyear pun beli benda ni jugak, hihik. Sebab Rafiqh belum pandai menulis, I tolong tuliskan note dan macam biasa berkuntau dengan depa untuk dapatkan 'cap' jari depa, uishhh bukan senang hokey nak ambil cop jari bebudak ni, kaki tangan semua kena pakai, jenuh nak pelekoh!

Petang tu lepas lunch Rafiqh bawakan hadiah ni bagi kat ayah. Tapi dia huloq kertas tu saja, coklat dia pegang sambil suruh ayah buka sebab dah lamaaa dia aim nak makan, hakhakhak, bertuah sungguh budak ni! Adik pun sibuk sama menyendel2 kat situ sebab nak coklat jugak, haparaa...

Untuk lunch semalam, I masak special sikit, ayam panggang dengan nasi goreng tomyam seafood. Takdak idea nak masak apa sebenarnya, last minute baru decided. Ayam tu cadangnya nak masak seekor, jadi ala2 ayam golek tapi pikiaq2 balik satgi tak habis pulak sebab seekor tu sekilo lebih, tu yang potong setengah saja.

Rafiqh tengok mama godek ayam, dia tanya "mama, kore nani?!(=ni apa?)", bukannya taktau tu ayam, lagi mau tanya, so mama pun jawab "kore wa chikin(=ni ayam), nama dia chikin panggang terkangkang", hahaha tak senonoh sungguh mak dia...


Sekian, sambutan hari bapa peringkat keluarga kami...

2 comments:

Heartilyina said...

ahaha apsal ek kiter ni jenis xamik port sgt psl father's day ke mother's day ke. tp kalau bday kiter mmg amik penting! dok la berazam nk jd kan amalan amik berat jugak father's n mother's day ni tp asyik la terlupa. nk cuba jugak2 la celebrate hari2 khas ni selain bday. smlm wish kt hubby gitu2 je. kt my own dad pn xwish lg hihi. xpe2 mggu ni redeem blk cuba buat leklok sket :P

Fith said...

Ina,
takpe,tak penting sgt pun,just for fun aje.
fith suka buat semua ni sbb nanti anak2 ingat n jd kebiasaan bila dah besar.kitorg kecik2 dulu mana tau nak celebrate benda2 ni,sbb parents tak ajar,tp dah besar baru laa pandai.seronok2 je sbnrnya,hehe...