Thursday, June 10, 2010

Preparing for a new sibling ! - Part 2

Entry kali ni kita cerita pasal persiapan bila dah dekat2 due date dan selepas kelahiran pulak...

Persiapan dekat2 due date...

Semakin dekat dengan due date, semakin kuat dan banyak laa kerisauan kita tentang soal penjagaan si anak tu kan?! As usual, I gunakan pendekatan bercakap, setiap hari ulang cakap "nanti mama kena duk hospital dengan baby, Rafiqh boleh datang tengok mama dan baby setiap hari, malam2 tidur dengan maktok dan makteh ok, Rafiqh kena dengar cakap maktok, main baik2, takmau notty2, nanti mama balik kita tidur 3orang yer dengan baby, bla3". Cara ni bagi I sangatlah berkesan, sebab input yang kita beri setiap hari tu memang masuk direct dalam otak dia, otak dia terus proses dan cerna info2 tu untuk dipamerkan melalui perbuatan...

Soal penjagaan ni, ada 2 situasi yang perlu diambil kira, pertama penjagaan saat kita sedang dalam proses nak bersalin, kedua ialah penjagaan selama kita berada di hospital... Untuk situasi pertama, masa nak bersalin selalunya suami mesti laa akan berada di sisi kita kan, so make sure kita dah 'sediakan' seseorang yang rapat dengan si anak as his caregiver. It's the best if the caregiver is someone he knows well, such as his grandparents, relatives, maid, babysitter, close friends and etc.

Untuk situasi kedua pulak, waktu siang mungkin tak banyak masalah sangat, budak2 peringkat usia ni sure banyak main, rutin harian depa pun sama saja, unless kalau mak tu surirumah, sure si anak akan 'terasa' kehilangan sikit. But it's ok, jangan risau, kita boleh buat 'plan' dengan caregiver dia untuk penuhi masa dia. Maybe boleh belikan new toys ka, bawa dia jalan2 ka, apa2 laa yang boleh distract dia. Yang selalu jadi dilema ialah waktu malam nak tidur, mungkin si anak akan rasa kekok bila dia dapati mak dia takdak dengan dia. So kalau si ayah yang ambil alih tugas jaga anak, sejak pregnant lagi biasakan si anak tidur dengan ayahnya. Kalau orang lain yang jaga dia pulak, seminggu dua sebelum bersalin tu boleh cuba latih dia untuk tidur or at least spends lots of time with that person...

I dulu balik bersalin kat Malaysia, tinggal dengan my family since 35weeks of pregnancy. Rumah tu sentiasa meriah dengan my siblings, in laws dan sepupu2 Rafiqh. Waktu siang Rafiqh banyak spent masa dengan orang lain, bila nak susu dan tidur saja cari mama. Tidur malam memang kami susah nak berenggang, tapi sejak balik tu I dah trained dia tidur sendirian kat tilam sebelah katil, while me sleeping on the bed. So selama I kat hospital dia boleh tidur dengan sesiapa pun...

Persiapan setelah baby dilahirkan...

Part ni I rasa agak sukar sikit, sebabnya cara I dan my mom sangat berbeza. Mak suruh bo-layan sama Rafiqh untuk beberapa minggu lepas bersalin, mak kata nanti Rafiqh akan beralih kepada orang lain untuk dapatkan perhatian, so that it'll make me easy to cope with my new life, make me easy to handle the newborn. I guess all orang tua kita akan cakap benda yang sama. But I strongly don't agree with that method, I told mak that I couldn't do like that, most probably because myLove was not there to accompany Rafiqh, to entertain and to take care of him. I tak kata I tak percaya orang lain boleh handle dia cuma it's all about parents' love, kasih sayang ibubapa takkan sama dengan kasih sayang pihak lain kan. Waktu ni kalau tak jaga emosi dia betul2, dia mungkin rasa I buang dia, I dah tak sayangkan dia. At least kalau ayahnya ada, I mungkin boleh buat endah tak endah dengan dia, and I'm sure he also won't mind sebab dia fikir dia still ada ayah. Tapi dah sebab berpantang sendirian without myLove, so nak taknak I tetap tak sampai hati nak buat derk saja kat Rafiqh...

Selepas beberapa jam bersalin, my family brought Rafiqh to the hospital. Bila tengok baby, Rafiqh macam biasa laa, suka dan terus teruja. And actually dia teruja nak panjat katil to be with me, disebabkan I masih lemah so I just usap2 kepala dia, I really wanted to hug him, mana boleh tahan weiii nak buat tak tahu ja kat dia. I really miss him maa, dari pagi pukul 9lebih masuk wad sampai dah lepas maghrib baru boleh tengok dia, rindu tak payah cakap laa. Kami tunjuk Raziqh kat dia, dia dok buat aksi geram. Sebelum dia balik, I sempat kiss dan pesan2 kat dia. Setiap hari dia datang tengok I dan dia sangatlah aktif, asyik nak terkam pegang adik. For the first 2weeks(kot), memang kami elak bagi dia kebebasan mendekati adik, kena kontrol sikit. Lama2 bila dia dah tau macammana nak 'main' dengan adik, baru bagi dia lebih peluang untuk sentuh dan kiss adik...

Kesimpulannya, I memang tak ignore dia langsung, I layan dia macam biasa. Even mak tak bagi buat susu, salin diaper, tidurkan yada2, lepas 2weeks bila I dah rasa kuat dah, I buat semua tu sendiri, even mandikan dan cuci poop Rafiqh pun I buat(ingat lagi masa ni fade up gila nak kena pakai-buka-pakai-buka socks, haha). Luckily Raziqh sangatlah baik, mungkin sebab dah ada pengalaman so 2nd baby ni I rasa sangat mudah nak handle, everythings rasa senang. Alhamdulillah memang tak ada kesukaran langsung part attention to Rafiqh ni, boleh dikatakan hampir tak berbeza pun sebelum dan selepas adik lahir...

Kalau orang tanya tentang perbezaan berpantang, of course laa berbeza. In fact, masa pregnant tu sendiri pun, how to expect the 1st and 2nd to be all the same? Imposibble, muri! Berpantang 1st baby dengan 2nd ni, masa 1st dulu I langsung tak mandikan Rafiqh hingga lepas habis pantang. Boleh dikatakan semua urusan Rafiqh mak dan ateh(masa tu tengah tunggu result SPM) yang buat. Memang rasa macam tuan puteri lah! Tapi untuk 2nd baby, sebab dah ada pengalaman dan rasa tanggungjawab pada firstborn, even dalam pantang pun I still bangun buat kerja. Kerja2 rumah lain memang tak sentuh laa tapi bila masuk bab uruskan anak2, both I handle all by myself. Walaupun I layan dia sama saja tapi part dukung memang I elakkan, pantang memang jaga betul2...

Bila fikir2 balik tentang tu, sebenarnya memang boleh sangatlah I berpantang kat Jepun ni kan, tapi kami consider bukan soal keupayaan handle anak2 tu saja(I'm sure semua mak boleh handle situasi ni kalau dah terpaksa kan), tapi kami fikir soal emosi I dan Rafiqh. Kestabilan emosi yang I dapat sepanjang tempoh berpantang tu I rasa I tak mungkin dapat kalau berpantang sorang2 di sini. Tu tak masuk bab penjagaan bertungku, berurut dan sebagainya lagi. Eh melalut pulak...

Ok2, nak habaq kata kita kenal anak2 kita kan, so ikut kita laa macammana nak approach depa pada baby lepas baby tu lahir. Biasanya tautan kasih antara adik-beradik tu dah sedia ada, even sebelum adik lahir si abang/kakak tu nampak macam taknak tapi percayalah once adik dah ada depan mata, cair jugak hati depa. Cumanya kita kena laa pandai mainkan peranan nak kukuhkan lagi perasaan saling sayang-menyayangi tu, we have to help them develop close bonds that will last a lifetime...

6 comments:

mysara said...

mai ada gak terfikir nk cerita pasal 'berpantang' nih sbb berminat nk share dgn mommies out there ttg topik nih.. tp ntah bila la entry tu nk keluar yerr...huhuh

Fith said...

my,
haaa fith tunggu entry my tu,hehe.lain org pasti lain ceritanya kan,berkongsi2 ni bagus utk kegunaan masa akan dtg,hehe

Ina said...

Tq Fith for sharing. Boleh la amik tips ni bila Ihsan nk dpt adik nnt. Wah bila la tu hihi. Btw kiter pn sokong dgn Fith utk jgn buat xtau dgn anak yg tua bila si adik dh lahir. Kesiannn tau. Kiter tringat masa adik yg bongsu lahir, adik yg 2nd last tu mcm shocked sgt2 mama tetiba berubah layanan kt dia. Dah la jarak dia dgn yg bongsu tu jauh. Mebi itu cara org dlu kot kan. But we can do better, InsyaAllah.

Fith said...

Ina,
aah ina,mmg kesian gila.bayangkan kita kat tempat dia,huhu.bukan takat anak sulung je takleh buat gitu,yg lain2 pun sama gak kan?diorg ada hati,tak pasal2 nanti diorg benci adik tu pulak...
bila laa ihsan nak adik tu?tak lama dah tu kot,hihi...

norlin said...

fith bagusla entry ni...noli ada sedikit kebimbingan juga dengan haikal....harap harap oklah dengan adik baru nanti dan tak jauh hati ngan mama ...macam noli mungkin bersalin kali ni just dengan suami dan anak anak ja....kalau siang haikal ke sekolah, malam baru kumpul semua...risau juga takut tak leh handle dua dua....macam fith juga, masa bersalin haikal dulu, memang rasa macam tuan puteri semua nenek dan famili yang uruskan, berurut bertungku, berdiang, mandi air akar kayu....mungkin tak semua tu dapat dibuat di sini...fith ada idea tak untuk penjagaan lepas bersalin yang sesuai kat jepun ni...macam fith cakap dukung memang tak boleh langsungkan takut peranakan turun....risaunya. haraplah allah permudahkan.
kalau boleh fith tulisla pasal pengalaman berpantang, boleh berkongsi idea...mungkin ada cara yg noli tak tahu....noli memnag suka berpantang sebab kesan dia bagus....cuma nak sesuaikan kat sini kena tambah tolakkla....noli pernah terbaca pasal bertangkas, tak buat pun dulu...macam senang nak apply kat sini, fith ada pengalamn?

Fith said...

noli,
berpantang kat mana2 pun sama insyaAllah,yg pntg kita kena disiplin dan betul2 mau jaga diri kan.cuma klau kat msia tu kira bonus laa sbb dpt berurut bagai kan.tp takpa laa dah takde choice kena bersalin kat sini,kita cuba sedaya boleh mana yg mampu.
fith sokong hntr haikal gi sekolah waktu siang.sangat bagus sbnrnya utk noli,baby n haikal sndr.noli boleh rest n concerntrate pd baby,haikal pun boleh enjoy mcm biasa.mlm2 bila papa dia pun ada,noli boleh bg byk tumpuan pd haikal n baby bg papa take over plak,hehe.so insyaAllah haikal tak rasa dia diabaikan kan...
bab pantang pulak kan,noli bersalin bila yer?klau musim panas tak susah kot,tp klau time dah sejuk tu klau ikut org kita kurang laa bagus,sbb badan tak berpeluh.tp boleh aje panaskan badan dgn heater.mgkn part ni nanti fith buat entry lain,mmg tgh draft entry psl pantang,hehe.dr apa yg fith nmpk,kita bleh je berpantang penuh kat sini(mgkn kurang tang berurut je),lain2 boleh usahakn utk sama,sbb dah byk ubat2 kampung di-modenkan.
psl dukung tu mmg kena jaga,mcm fith dulu sampai saat2 akhir masih dukung rafiqh,tp once dah bersalin mmg tak dah.klau dia menangis pun,fith pujuk cara lain.noli pun boleh cari kaedah camne nak sooth haikal,mesti tau kan mana 'kelemahan' dia,kita distract supaya tak payah angkat dukung,haa gitu laa lbh kurang...
no worry dear,insyaAllah semua akan ok...