Thursday, June 10, 2010

Musim panas telah menjelma!

Sekarang ni dah rasa macam natsu(=summer) dah, walaupun suhu harian belum pun cecah 30darjah celcius, tapi setiap hari dah terasa panas membahang. Cuma kurang sikit feel natsu tu sebab tak dengar lagi bunyi cengkerik. Wooo kalau kat sini musim panas bising sungguh dengan bunyi cengkerik, tapi tang bising tu yang syok, terasa sungguh nikmatnya musim panas!

Kat rumah ni kepanasan tu belum sampai tahap buka aircond lagi. Siang2 memang buka semua tinggap dan pintu koridor, malam2 pulak tidur dengan tingkap bilik terpelahang, sedap ja rasa bila angin malam bertiup masuk. Mujoq duk tingkat 5, tak laa takut sangat nak buka tingkap dan pintu beranda pun, rumah jepun ni bukannya ada grill macam kat Malaysia, takut jugak laa nak pelahang ikut dan saja...

Bila dah makin panas ni, budak2 ni dah mula mandi 3kali sehari. Lepas lunch mandikan depa dulu baru bagi tidur. Lamaaa laa depa bantai tidur, ya laa kan, perut dah kenyang, badan dah selesa, sedap laa layan mata, hihi... Baju2 pun dah bagi pakai yang nipis2, ni pun dok berkira2 nak tambah beli 2-3helai rompers lagi untuk Raziqh, Raziqh tu kalau ikut dia, dia nak bogel, diaper baju seluar semua takmau! Aiseh budak ni, luku haa...

Rindunya nak nikmati musim panas, lastyear masa summer kami dah balik Malaysia, bila balik sini dah masuk autumn, insyaAllah tahun ni berpeluang laa nak merasa berpeluh2 panas natsu nihong, boleh jugak kot pi mandi kat taki(=waterfall) dan umi(=beach), yatta ne!

4 comments:

::NaS:: said...

rumah nas dah ada bunyi cengkerik dah Kak Fith.bising gilaaaa....

Fith said...

Nas,
aiks ya ka?musykil2,umah kita jauh sedepa ja,awat kat sini tak dengaq.ka telinga kakfith ada problem,hahaha,yabai2!

Heartilyina said...

Tula bestnya rmh tinggi2 privacy. Kiter bukak tingkap pn nk kena cover dgn blind. Still angin tersekat. If not ssh org kilang slalu lalu lalang boleh nmpk dlm. Rmh rapat2 sgt plak. Kami weekend ni nk buat bbq hihi. Hopefully cuaca sumer ok la. Fith kt sana leh wat ramai2 lg la meriah n best :D

Fith said...

Ina,
amboih ina,bbq,bestnya...
ni best rumah atas tanah,anytime bleh buat bbq,hehe.
aah rumah tinggi ni privacy sket laa.angin pun kuat bertiup.klau tak,panas berkuap laa kami ni...