Thursday, June 17, 2010

Cerita Raziqh

Alhamdulillah Raziqh dah tak muntah lagi hari ni, TAPI habis satu penyakit, penyakit lain pulak yang datang, hari ni dah 3kali dia membuang, ish sakit perut ka budak ni, macam cirit-birit pun ya jugak. But since ianya tak serius, I tak bawa jumpa doktor pun. Kalau esok masih poo banyak kali memang nak kena bawa ke klinik laa jawabnya. Dan seandainya dia sah cirit-birit, maknanya ni 1st time selama jadi ibu I berhadapan masalah cirit-birit. Sedikit gusar di hati...

Minggu ni Raziqh belajar 3 benda baru, I'm so proud of you baby. Raziqh baru pandai lambai tangan bila cakap bye2 kat dia, haha, lambat sikit kot compare to other baby, takpa2 it's ok! I baru perasan dia pandai melambai masa nak pi ambil Rafiqh dari sekolah selasa lepas, bila sensei Rafiqh yang berkenan sangat kat Raziqh ni kata "Takeshi-kun, bye2", dia pun lambai2 tangan, eh2 anak haku dah pandai lambai laa, rasa nak lompat la la tu jugak, hahaha. Lepas tu balik ja rumah mak dia pulun dok bye2 dia, sikit2 bye2, sikit2 bye2, tapi yang best tu dia balas, naik syok pulak(macam laa baru anak sorang kan, jakun tak habis lagi!)...

Dia jugak baru pandai clap guna kaki. Sejak kecik lagi suka buat baby yoga pose kat budak2 ni so selalu laa lepas tu buat aksi pelik2, dalam posisi dia baring kayuh2 kaki dia, clap2, silang2 dan sebagainya. Baru 2-3hari lepas perasan bila I suruh dia clap kaki dia buat. Masa balik Malaysia lastyear, selalu suruh Rafiqh buat "Rafiqh, clap your legs", he is able to clap his legs even without hold both of his legs. Mak tengok terus kata "ish awat laa hang ajaq meghapu2 kat dia", hahaha "laa mak, ni laa namanya aerobik, hehe". My sis kata "kesian Rafiqh, ada mak mereng macam angah", hampeh! Nanti balik Malaysia, adik tunjuk kat maktok adik pun boleh clap guna kaki ok, muehehehe...

Minggu ni jugak dia belajar mengemas toys. Walla wei yang ni mama kena tabik spring 7kali laa kat adik, baru 10bulan dah pandai mengemas! Serius tak tipu, dia kutip toys especially blocks, bola2 dan kereta2 kecik dan masukkan dalam bekas simpan toys. Kagum hokey, masa 1st time tengok dia kemas sama2 dengan Rafiqh tu I thought ianya kebetulan saja, kebetulan ja dia ambil benda2 tu, kebetulan ja dia letak dalam bekas, kebetulan ja dia keep collecting one by one. Tapi tak, bukan kebetulan, dia memang bermaksud nak menyimpan. Dah banyak kali bila tengok Rafiqh menyimpan dia pun kedek2 tolong kutip sama. Good boy! Hah memang adik patut simpan pun, adik kuat munggah jugak kan kan?! Kesian onichan sokmo2 kena kutip mainan yang adik buat sepah, kadang2 onichan penat2 pulun simpan elok dah, adik selamba ja mai tarik sepahkan balik, nasib baik dia tak pelangkong adik, haa sekarang sama2 main sama2 simpan ok!

5 comments:

Heartilyina said...

pandaiii raziqh! ihsan plak yg org penat ajar tu smpi sudah dia xbuat2. tp yg xdiajar tu tau2 je tetiba dia buat hihi. cpt2 sihat ye raziqh. cirit birit plak ye. tringat ihsan cirit birit aritu fuhhh mmg sgt mencabar n kesiannn. kulit manja bila cirit birit nappy rash dh luka kena infection plak. mmg pakej 2 in 1 sungguh.

norlin said...

bestnya dah pandai menyimpan...bijak betul...baru 10 bulan tu...haikal sekarang ni pun kena suruh baru simpan kalau tak memang bertabur je la....hihi

aisha said...

wahh good boy!!!..sugoiii..mmg bijak..moga2 ceoat2 sihat ye..mmg risaukan klu anak2 tak sihat..

Fith said...

Ina,
raziqh ni pun jenuh nak ajar,bukan mau ikut sgt pun,sedar2 ja eh2 dah pandai buat itu ini.mmg stgh budak mcm ni kan,style raziqh n ihsan yg suka bljr sndr,hehe...
taktau laa betul ke tak dia cirit,sbb tak kerap pun poop tp bila poop mcm cair sket.haa tu laa,takut melecet tu mesti kesian kan.hrp2 tak melarat laa...

Fith said...

Norlin,
aiseh,bukan rajin pun dia nyimpan,ikut mood dia lg ni.time dia nak tlg,dia tlg laa abangnya ni.time dia takmau,dia buat derk ja,haha.sbb kecik lg fith bg chance laa dia lepas,mcm rafiqh ni no way laa nak ngelat2 takmau simpan,mmg satu blok ni bleh dgr mak diorg ni jerit,haha...

Aisha,
thanks,moga cepatlah sihat.kesian sbb tak selera nak mkn,dia makan nasi kosong je selain nyusu tak henti2,hehe.mmg risau kan bila anak2 ni sakit...