Wednesday, June 30, 2010

Raziqh Takeshi @ 11months

Lagi sebulan ja lagi, lagi sebulan lagi maka genaplah usia Raziqh setahun!!! Alhamdulillah...

His milestones so far so good, kalau refer baby's milestones kat babycenter.com dan lain2 web, tumbesaran dia on track, alhamdulillah. Jom tengok gambar2 terbaru dia dulu(diambil semalam)...

Tengah nyanyi lagu Negaraku...
Kaki kena rapat dik, mana boleh kangkang2, satgi cikgu cubit haa...


Sukanya laa dia...


"Mama, cucuk kang!"...


"Banzai2!"

1. sekarang dia sangat teruja dengan binatang, dia suka dengar mama ajar onichan pasal binatang. Dia dah boleh buat bunyi tori(=bird) "ak ak"(bunyi gagak) dan wang2/inu(=dog) "ok ok". Bila tanya dia "tori/bird bunyi macammana? wang2/inu/dog bunyi macammana", nanti dia akan buat, hehe...

2. dia makin sukakan baby, mama take it as a good sign, hahaha. Dulu tak layan kalau tengok budak kecik sebab dia lagi suka nak berkawan dengan budak2 sebaya Rafiqh. Tapi kebelakangan ni kalau nampak baby muka happy kemain, siap tunjuk2, cakap2 dan lambai2 lagi, hohoho...

3. suka baca buku - kalau dapat buku dia akan tekun membaca, boleh concentrate 'membaca' agak lama sampai terbongkok2 menelek buku. Kadang2 dia akan ambil buku dan tepuk2 minta mama bacakan, bila dah ulang banyak2 kali baca buku yang sama mama pun nak tukarlah buku lain pulak tapi selalunya dia mesti tak bagi, suruh baca buku yang sama tu jugak sampai mama rasa nak muntah!

4. makin banyak cakap - suka cakap sorang2 lepas tu ketawa sorang2, wahhh sungguh pelik! Kadang2 tu dia macam main dengan 'someone' yang no one could see, hahaha, adik ada kawan halimunan ka dik? Yang paling best bila dia cakap dan ketawa sorang2 dalam kereta masa mama tengah drive, mama akan intai2 dia di sebalik side-mirror, onichan akan buat muka blank sekejap tapi lepas tu ikut gelak sambil ajuk2 adik, acara ketawa berdekah2 pun berlangsung, hapa2 ja laa hangpa berdua ni!

5. belum ada gaya nak berjalan lagi - berdiri steady lama dah, menapak ada laa 2-3tapak tapi prektis seminggu sekali ja, hahaha...

6. he can't sit still in trolley, suka nak berdiri instead of duduk baik2, aiseh! Kalau nak buh dalam trolley jugak kena guna trolley yang ada buckle tu, ala2 mcm stroller. Nak kata tak suka duk dalam trolley pun tak jugak, dia tak menangis tapi dia suka nak berdiri. Satu benda yang obviously I boleh tengok pada Raziqh ni ialah dia tak reti duk senyap, suka explore merata2 tak kira masa dan situasi. Kadang2 I pegang both tangan dia sambil tolak trolley, haa suka laa, berjoget2 atas tu. Kalau sorong dalam stroller no problem lagi setakat ni, sama ja macam Rafiqh...

7. he can dance! Hokey, diakui saya jakun! Cause Rafiqh tak pandai menari sampai sekarang! Melihat Raziqh menari selalu buat I ketawa, sungguh menghiburkan dan lucu. Goyang2 badan, geleng2 kepala dan kalau berdiri dia akan bengkong2kan lutut dia yang kadang2 nampak macam orang sakit lutut ja, hahaha...

8. sudah pandai marah kalau kehendaknya tak dipenuhi atau bila bangkang dia. Sorry laa dik, mama malas nak layan laa...


Ini saja yang terlintas, lain kali laa sambung lagi...

7 comments:

Dinda Boutique said...

how time flies kan kak fith.nk stahun dah!hehe.so mama nye dh ble plan utk next la ;p

kew_chop said...

wahh bagusnya raziqh. err dah suka baby tu nampak gaya ada chance la mama nak tambah tahun depan.. hihi..

Fith said...

Faeeza,
tu lah,cepat je rasa kan,tgk2 baby dah jd toddler.
yg next tu masih belum dibincangkan lagi,means not ready yet,hahaha.

Murni,
adehhh,haha,tunggu dulu murni.rasa mcm belum betul2 ready lg laa.murni laa dulu,hehehe

Ina said...

comel gambar banzai raziqh tu hihi. haih dok ingat2 lagi masa masing2 menunggu nk dkt bersalin. ni dh nk setahun dh kan. mcm xsangka pn ye jugak :D

Fith said...

Ina,
haa tu laa,due kita kan dekat2 je.mcm2 citer psl pregnancy dok kongsi,skrg dua2 baby kita nak jd toddler dah kan,hehe.

ojasamid said...

waduh...geram yg amat bila tgk raziqh gelak sambil tayang gigi dia tu. comey kan baby/toddler yg giginya belum penuh ni. hihi...kawaisugiruuuuu..:D

Fith said...

Kak Oja,
sou2,gigi sikit tp sengih lebar kemain.baby/toddler adalah ciptaan yang paling comel!hehehe