Monday, June 14, 2010

Telemovie oh telemovie

Lastweek sempat tengok 2 telemovie, lama dah tak melayan drama kat youtube. Petang2 masa 2R ni tidur, lepas dah settle kerja2 rumah, dah taktau nak buat apa, bosan punya pasai cari laa drama. Sekarang ni dok ikut 1 ja drama kat web tv3 bertajuk Syahjihan, lain2 tak minat nak tengok sebab haprak cerita mengarut entah hapa2, Syahjihan ni pun tak best mana pun tapi tengok jugaklah sebab lawak...

Telemovie yang I tengok tu tajuknya 'Dunia batinku' dan 'Jiwa kacau'. Dua2 best!

Dunia batinku berkisar tentang kisah hidup sebuah keluarga miskin, kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan 3orang anak dan menjaga ibu mertuanya yang sakit. Ia memaparkan pergolakan perasaan seorang ibu yang cuba untuk pikul tanggungjawab tanpa mahu menyusahkan anak2nya, dan pada masa yang sama pergolakan emosi si anak yang nak tolong ringankan beban ibunya. Setelah kematian si ibu, tautan kasih adik-beradik pulak diuji dek kemiskinan. Lakonan pelakon2 budak dalam drama ni mantap, real sungguh sampai menusuk hati ni, terusik emosi dibuatnya, termenangis jugaklah beberapa kali, hehehe.

Jiwa kacau pulak berkisar tentang kehidupan seorang pemuda yang di awal kehidupannya adalah anak yang baik, seorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik tapi disebabkan salah memilih kawan dan tak kuat dengan 'cabaran' dia terjebak dengan dadah. Cerita ni bagus kalau dikupas terperinci pada golongan remaja. Teringat masa kecik2 dulu mak selalu pesan supaya pandai pilih kawan dan jangan mudah termakan dengan cabaran. Cabaran ni ada 2, yang baik dan yang tak baik, remaja2 ni kan pantang dicabar, tak fikir dah benda tu elok ka tak, asal kena cabar ja terus nak sahut, akhirnya ia memusnahkan diri sendiri. Sebenarnya ramai remaja yang terpedaya dengan rokok dan dadah ni semua bermula dengan suka2-saja-nak-cuba atau 'menyahut cabaran' teman sebaya laa.

Drama ni olahan ceritanya ialah dari Mawi, penerbitnya Mawi, lagu utamanya nyanyian Mawi, Mawi pun berlakon jugak walaupun hanya sekadar watak tempelan, hehe, takpa saya suke, best2! Oh ok, saya memang minat Mawi, dulu before dia kahwin minat banyakkk, la ni minat sikit ja, apakah?! Secara keseluruhan cerita ni ok laa, dialog yang lojik, bersahaja dan lawak, watak2 yang berkesan, mesej yang sampai pada penonton. Ada laa sikit2 plot yang agak ngokngek tapi biasa laa tu, mana nak cari drama yang sempurna macam Nur Kasih, hehe. Cuma tak syok tang ending-nya, sad ending. Mungkin mesej kat situ depa nak habaq once terjebak dengan dadah, sekuat mana pun keazaman nak jadi baik dan kembali ke pangkal jalan hakikatnya jalan yang ditempuh sangatlah payah. Tengok drama ni pun saya nangis, sedih bila fikirkan anak yang dididik dengan baik pada awal usia remajanya tiba2 berubah, tak boleh nak bayangkan, huhu.

Dah lama tak tengok cerita melayu yang 'bagus', dulu cerekarama best2 laa jugak tapi sekarang huh! Pelik kan kenapa susah sangat nak buat drama yang berkualiti sedangkan dalam dunia ni ada berbilion2 manusia dengan setiap orang ada kisah hidup tersendiri, maknanya ada berbilion2 jalan cerita yang boleh dibuat drama kan kan...

9 comments:

norlin said...

nak tengok jugak la cerita tu.. :)

Fith said...

noli,
hehe tengok2,bosan2 best gak layan drama kan,hihi...

::NaS:: said...

Kak Fith tengok kat mana?website tv3 ke?

norlin said...

sedihnya dunia batinku...memang menitiskan air mata..

Fith said...

Nas,
kat youtube je,hehe

Noli,
sedih kan kan...

IDA said...

ida pun layan gak cite syahjihan tu haha..tp mcm dh nk habis kan..mcm tak sempat je nk tgk last episod..lmbt lg la dpt tgk balik :-)
jiwa kacau tu pun tgk gak..cite psl dadah..cuma endingnya tu menyedihkan skit...

Fith said...

Ida,
aah mcm dah nak hbs.takpe ida,blk umah nanti cover blk hehe.
haa sedih kan,tp klau diorg buat happy ending best gak kot,huhu

aisha said...

wahh bagus ida dan fith tgk yek..nak gi layan gak la..tq2..hihi

Fith said...

aisha,
haha bagus tang mana tu?hehe.layan~~~