Wednesday, June 29, 2011

Rafiqh Tsuyoshi

Hari tu dah cerita pasal si Raziqh, hari ni nak cerita pasal si Rafiqh lah pulak...

Anak bujang kami ni dah besaq, nak masuk 3tahun 7bulan dah. Sat ja kan, lagi 20tahun boleh laa nak jemput hangpa2 mai makan kenduri, hahaha, gila mak dia berangan...

1. Banyak cakap
- habuan kecik2 dulu takmau bercakap, takat boleh cakap sepatah2 saja, dah umur 3tahun baru pandai nak buat ayat panjang, haa sekali dah bercakap hambik hang, non-stop dia potpet2, naik pening nak melayan. Sejak balik Malaysia ni skill bercakap makin hebat, kagum jugaklah kadang2 tu, especially bila dia keluarkan ayat yang tak terjangkau dek fikiran mak dia ni, wahhhh terkesima!
- kalau dulu2 time sebelum nak tidur tu, I suka develop skill bercakap dia dengan ajak bersembang, tanya itu ini, bercerita dll tapi sekarang dah terbalik. Sebab dia bercakap banyak sangat sampai naik pening nak melayan, I akan cepat2 berpura2 tidur, hahaha. Agak2 dia tensyen dak, awat dulu ghairah ajak dia bercakap, la ni takmau dengar dia bercakap pulak, hakhakhak.

2. Bahasa
- awal2 balik Malaysia hari tu takmau langsung cakap melayu, bantai nihonggo(=japanese) saja, sampai penat mak dia nak jadi tukang translate. Lama2 tu dah biasa sikit baru laa mula belajar cakap melayu. Vocab makin power, loghat pun dah keutaraan dah, kotoq, ayaq, takmau, tidoq, hihi... Budak2 ni cepat belajar, kemahiran dalam pertuturan banyak bahasa jugak sangat mudah depa pelajari, cuma untuk maintain-kan skill tu mak bapak kena mainkan peranan laa kan...

3. Potty training
- dah fully diaper-less pada waktu siang, malam je masih kena pakai. Kalau outing tengok masa, tempat dan berapa jam nak keluar, selalunya tak pakai diaper dah. Cumanya dia masih ragu2 nak poo kat toilet, yang ni masih under training, fuhhh...

4. Skills
- kemahiran lain banyak dah boleh buat sendiri. Dah pandai buka-pakai baju dll sendiri. Boleh laa nak harap buat kerja mana2 yang munasabah...

Ish, taktau nak cerita apa dah. Umur tara ni banyak dah benda depa tau buat kan, kebolehan yang diperkembangkan saja biasanya, dah tak banyak benda2 baru. Tengah plan balik nihong nanti nak pi daftar dia untuk masuk youchien(=kindergarden), harap2 masih sempat dan ada tempat untuk dia. Kat sana bukan senang nak dapat tempat ni, selalu full. Duk rumah pun buat mama pening saja, baik hang pi sekolah pagi sampai petang. Si Raziqh pun sama, nak hantar pi hoikuen(=nursery), dapat yang 3kali seminggu pun ok dah. Bagi chance mama nak golek2 dengan baby kat rumah, hihi...

Sambungan - Of week 26

Semalam tak sempat nak habis menaip ada gangguan pulak, meh nak sambung sikit lagi...

Sambung cerita angin lagi, angin ni penyakit keturunan dah kot. Abah memang agak teruk anginnya kalau salah makan, adik-beradik I pun ramai yang ada masalah ni, I pulak kalau tak preggy tak obvious sangat, mungkin sebab pemakanan I yang jenis sukakan halia. Cuma bila preggy, macam tak boleh nak tolerate, memang senang kena sampai sengkak2 dibuatnya. Selain jaga pemakanan, I suka jugak sapu losyen mustajab halia tu, awal2 pregnant hari tu memang tiap2 malam kena sapu losyen, kalau tak, alamatnya berjam laa baru boleh nak lelap. Maklumlah 'tukang urut' terpisah jauh, tak bolehlah nak minta tolong gosok2. Habis sebotol losyen tu pi beli lagi, try losyen halia Yusmira pulak, mak aihhh panaih nak mampuih, baru pakai 2kali, serik dah rasa, ish awat yang panas sangat taktau, eh bukan panas, macam pedas, tak tahan cheq!

26minggu usia kandungan dan mama masih boleh tidur meniarap, 1 pencapaian yang mengejutkan(for me at least), haha. Dulu2 pernah terbaca orang preggy tidur meniarap even dah 7months++ dan sangat2 terkejut tak dapat nak bayangkan. Tapi sekarang bila sendiri yang rasa, ermmm takdak laa pelik sangat pun. Perut tak besar sangat, memang boleh laa nak tidur meniarap, ops tapi ni bukan meniarap yang betul2 tertiarap tu tau. Ni meniarap yang almost 80% of your body berada pada posisi terlangkup, and make sure dilapik bantal dibawah bahagian perut dan paha. Memang kalau tak preggy pun I suka tidur meniarap, nak2 kalau penat sangat, rasa sedap sungguh tang bahu, macam release je segala tekanan2 yang ada. Well, I know tidur meniarap ni tak bagus dalam islam, the best position is mengiring, cumanya kalau kadang2 dapat meniarap tu waduh2 syok woo!

Ada 1 lagi common problem I setiap kali hamil iaitu kurang zat besi/iron yang menyebabkan rasa berpinar2 nak pitam. Mana2 gynae pun(Nihong/Msia) selalu komplen tang tahap hemoglobin dalam darah, selalunya dok bawah paras normal, walaupun tak teruk sangat tapi sebab pregnant so kena consider sebagai merbahaya, especially bila tiba masa nak deliver baby. Masa Rafiqh dan Raziqh, I kena ambil pil zat besi ni berasingan dari supplement maternity, try jugak minum air sayur yang bermacam2 jenis kat pasaran Nihong nun, tu pun tak jalan2 jugak. Bila balik Malaysia tunggu nak melahirkan, mak pulun laa jamu makan macam2 nak tambah darah, hehe, lawak pulak bila ingat2. Tapi alhamdulillah untuk pregnancy kali ni takdak problem tu dah. Walaupun mabuk teruk tapi mungkin sebab selera makan tak jatuh, I memang banyak makan ulam2 mentah sampai sekarang ni, makanya so far tak ada lagi datang rasa pinar2 tu. Hari tu check darah pun, hemoglobin dalam paras normal, walla bukan senang woo nak dapat angka 12++ g/dL ni...

Sekarang ni dok makan supplement yang gynae bagi - pramilet, calcium, neurogainPB dan acid folic. Selama ni dok makan obimin tapi dah doc bagi pramilet pulak, stop sat obimin, nanti2 sambung balik. Madu dan kurma jugak makanan wajib ketika hamil ni, tapi kat sini sebab tak bawa kurma dan madu, I cuma amal makan kismis saja. Selain supplements yang dok hadap hari2 ni, ada 1 lagi supplement yang I makan tapi jarang2 iaitu Arinamin EX plus, beli kat nihong, gabungan pelbagai vitamin B. Alhamdulillah rasa selesa dengan vitamin ni especially bila rasa penat amat2 tu, senang je hilangkan segala keletihan, both of us memang makan vitamin ni bila badan rasa lemah atau penat. Oosusume(=recommend) untuk ibu2 kat Nihong, try laa cari yang halal kat pasaran, memang best sangat utuk recover energy, baik jugak untuk ibu hamil dan menyusu anak...


Ok dah, tu je kot...

Tuesday, June 28, 2011

Of week 26

26minggu sudah... Lebih kurang 6bulan dah, lagi 3bulan boleh peluk-cium newborn, best2! Yang tak berapa best-nya, maybe selepas baby ni kami akan 'rest' lama, nak jarakkan jauh sikit, 3-4years maybe, yang pasti insyaAllah kami plan sebolehnya biarlah pregnant no. 4 tu lepas dah balik Malaysia for good dah. Apapun, kita hanya merancang kan, selebihnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Moga2 baby ni baby girl lah, baru aman damai hati ni nak 'berehat'. Selagi tak dapat girl, rasa macam tidur tapi mata tak pejam rapat, hakhakhak, boleh pulak gitu kan?! Well, I guess sapa2 yang senasib dengan kami ni akan ada 'rasa' yang sama, betul tak?! Haa sat lagi ada yang tanya, so kalau yang ni pun boy jugak macammana?! Errr wallahua'lam(malas nak fikir, keh3)...

Dah sebulan kami kat sini, sepatutnya minggu ni kena pi check up, tapi tak buat apa2 keputusan pun lagi. So far semuanya rasa ok, baby punya movement pun bagus, aktif sentiasa. Ada jugak tanya doktor2, kalau tak gi check up tak apa ka?! Most of them jawab, pada peringkat ni kalau pi check up depa cuma monitor urine, kedudukan baby, kedudukan plasenta dll. Kiranya depa banyak scan laa sebab time ni dah boleh check gender. In most cases, kalau rasa stabil, no vaginal discharge yang pelik2, baby movements pun ok, insyaAllah should be fine. Hari tu before datang sini dah minta gynae tengokkan plasenta, alhamdulillah plasenta berada kat atas. Hopefully semuanya ok2 saja in case kami tak dapat nak pi check up. Tapi tu lah, ramai jugak suruh pi check, boleh tau baby boy/girl, hihi. Sabar ye, kalau dah tau nanti insyaAllah I akan cerita...

Sekarang ni rasanya dia dah berpusing, but not so sure betul ka tak arah pusingannya tu, jangan kaki kat bawah udah lah yer. Sebabnya dah mula boleh rasa kehadirannya di bahagian bawah, geli2 gitu, sedikit kurang selesa bila dia terlalu aktif, kena ulang-alik pi toilet. Pergerakan lainnya banyak di bahagian atas dan tengah perut, bila ditepuk2 dia akan beri respons. Kadang2 tu bila dengar 2R menjerit2 pun boleh rasa dia tersentak2 kat dalam, terkejut agaknya kan...

Lately jugak makin mudah rasa mengah. Kadang2 tu tengah tak buat apa2 pun boleh tercungap2 mengah, biasanya berlaku waktu malam laa, perut pun sedang mula belajar mengeras, macam tak cukup oksigen dibuatnya, aduhhh. Time mengah2 ni selalunya I tak ada mood nak melayan 2R especially si Raziqh yang suka nak berkuntau bila tengok mamanya baring. Kesian jugak bila kena 'tolak' depa jauh2, tapi nak buat apa lagi, dah mama pun tak cukup nafas nak bernyawa, sat lagi semput teruk haa tak pasai2 masuk hospital...

Masalah paling teruk dialami kehamilan kali ni ialah angin. Ni angin dalam badan tu ye, angin yang satu lagi tu pun yer jugak, hihi. Masa pregnant sebelum2 ni memang selalu angin pun, tapi tak seteruk yang ni. Awal2 hari tu memang dasyhat sungguh, tahap sampai muntah2 untuk keluarkan angin. Muntah keluar isi dengan muntah keluar angin is totally different, sapa pernah rasa dia tau laa seksa tara mana bila muntah angin ni, perghhh boleh tarik segala urat2 badan, sungguh2 sakit. Sampai sekarang ni tak boleh salah makan, kalau mai anginnya tu hadoiiii taktau nak cakap laa, nasib tak muntah saja laa...

Ops, kena stop sini dulu, nanti2 update lagi...

Sunday, June 26, 2011

Rutin harian...

Rutin harian kat sini simple saja, in fact sangat2 simple!

Bangun pagi pukul 3.30 untuk subuh, tidur balik dan bangun pukul 6 terus masak nasi, sediakan breakfast dan masak nasi goreng untuk bento(=lunch pack) myLove. Breakfast selalunya makan roti saja, untuk mama dan 2R akan makan cornflakes+freshmilk dulu, lepas tu lewat2 sikit bedal roti dan biskut pulak...

Lepas ayah depa pi kerja, mandikan 2R dan basuh kain-baju. Kemudiannya mama hadap laptop jawab email2 customers, message dan merewang2 dalam internet. Budak2 ni main je laa, nak buat apa lagi kan...

Pukul 11 lebih baru sediakan lunch. Lunch kadang2 nasi goreng, kadang2 spagetti. Senang amat! Kalau tanya 2R nak makan apa, jawapan depa mesti spagetti/udon. Udon tarak kat sini, tapi sebenarnya depa maksudkan spagetti tu. Kalau kat Jepun memang 2-3kali seminggu makan udon, kat sini spagetti je laa, pun begitu, mama 2R tak reti masak spagetti lain selain guna base tomato, kat Jepun dipanggil naporitan spagetti, tiap2 hari makan spagetti tomato, tu pun budak2 ni tak reti nak jemu, kesian kat hangpa, hihi. Nanti2 laa mama belajar masak spagetti jenama lain pulak eh. Sat lagi masak pelik2 hangpa tak reti nak telan pulak kot...

Ni spagetti ka mee goreng?! hehe...



Lepas lunch, makan dessert pulak, selalunya yogurt laa. Kat sini macam2 jenis yogurt ada, yang pekat, yang cair, yang pack kecik2, yang dalam kotak 1liter, etc etc. Murah2, rasa yogurt sini lebih kurang macam Nihong jugak, tak masam sangat...

Chocolate&vanilla yogurt with strawberry...


Pukul 2~4petang budak2 ni tidur. Haa sejak mai sini, almost setiap petang I tidur, hahaha. Kalau sebelum2 ni punyalah seksa mata nak lelap siang2 tapi sekarang senang lah pulak. Mungkin sebab malam2 tidur lewat, tunggu settle solat dulu baru tidur, bangun awal macam biasa so agak 'kurang' tidur sikit compare to masa kat Nihong dan Malaysia, kat sana pukul 9 dah hanyutttt...

Bangun petang kami selalunya makan ringan2 dan minum susu. Budak2 ni sambung berkuntau sampai pukul 5lebih I akan bagi depa keluar kalau tak hujan. Jalan2 kat area sini saja, pi mai pi mai seround 2, balik! Pukul 7 masak dinner...

Yang ni menu bila entah, nasi + sup ayam + sambal ayam + ulam timun saja. Sempoi habis menu harian kami kat sini. Dalam gambar tu nasi 2R, buh sup ayam dan kicap saja, kalau makan sayur mentah mesti letak mayonis...



Ni timun kat sini, rupa bentuk dan warna macam Nihong punya timun tapi saiz gemuknya dan rupa dalam macam timun Malaysia. Harga 0.68euro sebiji...


Sebelum pukul 8 biasanya dah dinner, pukul 8 baru mandikan 2R dan get ready untuk tidur. Masa tidur dah berganjak sedikit, pukul 9 baru depa lelap...


Agak santai jadual hidup kat sini tapi tetap rasa penat setiap hari...

Sebulan sudah...

Semalam 25 jun genaplah sebulan kami kat sini, ada lagi sebulan lebih sebelum balik Malaysia. Harap2 jangan laa ada penangguhan macam yang sebelum2 ni, ngeri pulak memikirkan nak kena puasa kat sini, haha. Maghrib sekarang masuk pukul 10malam, subuh pukul 3pagi, 5jam saja untuk makan, so buka puasa dengan sahur tu boleh satukan terus. Bukan taknak puasa kat sini sebab takut tak larat ka hapa ka, kat sini nama je summer tapi tak panas pun, suhu sekitar belas2, nyaman. Cuma rasanya mungkin akan extra letih sebab tengah pregnant dan ada 2heroes nak kena uruskan saban hari. Mak kata try laa puasa, nak tengok sapa yang letih. I kata depa ni nak letih hapa, depa makan non-stop. Mak kata nanti depa letih kena penampaq dengan hang laa, hakhakhak, ish mak ni, tak lawak hokey!

Have been thinking a lot especially about our future since we come here. Mentang2 ada tasik belakang rumah, suka laa beristirehat sambil merenung masa depan pada keindahan alam ni, ewah. Kalau sebelum ni pernah berangan2 nak merasa hidup di Eropah pulak selepas Nihong,(kes berat hati nak balik Malaysia), but now I must say I kena fikir 44kali untuk buat keputusan tu. It's not that I tak suka Europe or whatnot, Europe memang best kalau datang melancong, tapi untuk stay bina life ermmm entahlah, I'm afraid I tak boleh sesuaikan diri. Ok enough, nanti2 maybe boleh buat entry khas tentang ni, mesti ada yang tertanya2 kenapa laa I takut sangat tak boleh 'hidup' kat sini, hihi...

Life is good, alhamdulillah, cuma lately agak membosankan. Weekdays myLove busy dengan kerja, weekends pun dah back to our common weekends(macam kat Nihong), I hate that! Anak2 pun dah mula sebut ajak balik Malaysia, haha, Rafiqh hari tu tengok kapal terbang kat langit, tiba2 dia cakap "onichan nak balik Malaysia, nak duk rumah tokma, tinggal mama dengan ayah", he keeps saying nak balik Malaysia setiap kali ambil beg dan kemas toys, hadoiii laa, mungkin dah terbiasa berbulan2 enjoy life kat Malaysia, tiap2 hari naik kereta, tiap2 hari main kat laman, tiap2 hari happy je macam2 aktiviti, jumpa orang itu ini tapi sekarang tiap2 hari balik2 buat benda yang sama, boring laa tu. Hal ni pun buat mama banyak berfikir hingga serabut otak, macammana laa agaknya life balik Nihong nanti, both 2R dah besar, makin depa besar makin banyak benda nak kena bagi depa explore in order to feed their curiosity. Terasa depa makin nakal, kadang2 I hilang arah taktau macammana nak handle. Ya, I tau benda ni normal especially for boys, dulu hadap kenakalan Rafiqh sorang saja, sekarang dah berdua(tak lama lagi bertiga?! pengsan! :-p)...

My mood swing is getting worst, sesiapa yang kenal I personally mesti tau I bukan jenis orang yang bawa2 emosi dalam urusan lain, kalau marah seseorang/sesuatu, I tak babitkan hal lain, I tak hangin tak tentu pasal, agak mudah rasional dalam mengurus emosi tapi sekarang ni pelik, bila moody tu boleh berlarut2 entah hapa2. This pregnancy imbalance hormones is driving me crazy, huh! Untuk legakan keserabutan ni I kena fikir benda2 yang best je, perbanyakkan berangan, hehe. So apa yang best selain making money dan perabih duit kan? hahaha, so sekarang dah mula buat list untuk souvenir, ngeeee. Banyaklah pulak benda yang nak dibeli, jangan tak muat beg sudah!

Thursday, June 23, 2011

SK-II & Clinique


Pre-order SK-II baru je ditutup lastweek, alhamdulillah sambutan yang menggalakkan, terima kasih terima kasih!(kena cakap terima kasih sebab sebahagian customers adalah this blog viewers)...

Sekarang I tengah kumpulkan order untuk Clinique set pulak, tarikh akhir sehingga 26hb(ahad) ni. Haa sapa2 berminat tu cepat2 eh, nak buat hantaran pun boleh, nak bagi hadiah kat wife/kawan/diri sendiri pun boleh, memang sesuai sangatlah! Setiap set disertakan dengan elegant cosmetic bag...

Honestly I tak berapa familiar dengan Clinique ni, pernah laa belek2 tengok tapi so far belum pernah ter-beli apa2 barangan Clinique lagi, even the make up products, mahal seh! Tapi sejak mula jual Clinique ni, dah mula ambil tau dah serba sikit tentang barangannya, sapa2 nak tanya, mai2 tanya, hehe *budget macam terer*...

Clinique ni brand dari US, dimiliki oleh Estee Lauder Corporation, mengeluarkan barangan untuk skincare, cosmetics, toiletries and fragrances. Istimewanya Clinique ni ialah mereka dah test each product for allergic reactions, with a standard of ZERO reactions, sangat selamat untuk sesiapa yang memiliki kulit sensitif...

Dalam kesemua 6 set yang I jual ni, setiap set mengandungi Clinique make up dan Clinique skincare products, mix! Cuma fragrance saja tak ada, sebab produk ni memang tak boleh 'lepas' kastam mana2 negara sekalipun. Kesemua set ni datangnya direct dari US of course, I bawa masuk dari market Jepun, with lower price sebab tengah promotion!

By the way, kalau masih ada yang berminat nak order SK-II, boleh2, masih available lagi, especially untuk single bottle medium/big size. InsyaAllah kali ni pun I akan masukkan ready stock set2 SK-II dan Clinique, bagi yang tengah kumpul "budget" tu, boleh booking dulu, insyaAllah mid july nanti barang sampai Malaysia, so boleh bayar bila barang dah ready nanti. Stok sangat terhad, as usual 1st comes 1st serve!

Happy2 shopping!!!

Misi mencari biskut raya...

Ish lagi sebulan saja lagi dah nak puasa...

Takmau cerita pasal persiapan raya yang lain lagi, belum masanya, yang tu KIV sampai dah masuk ramadhan nanti baru best nak story2 kan?! Kali ni nak cerita pasal biskut raya dulu, haaa mengancam!

Tahun ni insyaAllah kami beraya di Malaysia(hooray! ops, tak berapa hooray lah kalau cik abang tu tak dapat balik, huhu). Sepanjang ramadhan nanti akan berada di Malaysia, maknanya tahun ni tak ada laa istilah meriah2 berbiskut raya. Kalau duk nihong boleh laa buat 10jenis biskut tapi duk rumah mak ni, sah2 mak tak approve laa, haha. Sebabnya time tu I dah agak sarat(takut tak menang tangan nak handle 2R), kat rumah tu tak ramai yang suka makan biskut raya(me and kids je kot yang gila biskut) dan sebab paling utama ialah oven kat rumah mak tu tak syok, lambat bebenor nak siap membakarnya, cemuih! Kesimpulannya mungkin buat 2-3jenis saja kot. Apa kelas kalau raya tapi tak meriah dengan biskut2 ni kan, rasa macam tak best je sebab dah terbiasa time raya berbalang2 penuh biskut, so sekarang I tengah menjalankan misi mencari biskut raya versi tunjuk2, hak3...

Kawan2 sekalian, kalau ada website2 yang jual biskut best2 tu sila laa promote. Sendiri bikin ka, saudara-mara punya ka, kawan2 ka, nak susume(=recommend) ka, haa sila2! Dok usha2 kat facebook jugak dan ada laa sekedai dua yang ceq berkenan, cuma tak order saja lagi. Tak berapa nak arif bab harga2 biskut ni tapi hentam sajalah, beli dalam 4-5jenis ok kot. Kalau tengok kat supermarket2 tu memang bersepah biskut raya dijual tapi hmmm harap cun sajalah, rasa out kot, takmau2!

Biskut raya oh biskut raya...

Wednesday, June 22, 2011

I love baby!!!


Melihatkan aksi2 Raziqh terhadap baby ni, please tell me, adakah I patut rasa happy atau risau?! I'm confused! hahaha...

Both my 2R memang sejak azalinya sukakan budak2, they love babies, that's good, right?! Apparently they have totally different reactions/characters towards baby, yang sorang tu cool and steady, suka tengok but he hardly touch the baby, ala2 nihongjin(=japanese) gitu, "no body contact!". Alah, dia kecik2 dulu pun tak suka orang sentuh dia, so habis2 berkenan pun ditenung2, dikelih2 dan tak berganjak dari duk depan baby tu. On the other hand, yang sorang ni pulak humak aih, agak brutal sikit cara dia approach. Dia macam geram semacam je tengok baby, kalau ada peluang memang akan dipicit2 dipenyet2 pipi budak itu, hish sabaq ja laa...

Gambar kat atas diambil ketika kami di London, baby kak Ita, Fayyish namanya, baru 7bulan tapi montel amat, comel! Rasanya lagi berat dari Raziqh kot, berketul2 badannya, semangat sungguh. Masa sampai kat rumah tu baby tak ada lagi, 2R dihulurkan mainan oleh abang dan kakak2 baby so masa baby datang depa dok ralit main, tak laa kacau baby. Tapi bila dah lama, dah sedar ada baby, habis laa kena kacau, Raziqh laa si pengacau itu, tak senang duduk baby dibuatnya, sampai meraung baby tu bila tengok dia datang dekat, haha haru!

So far tak pernah lagi ada aksi2 lain yang lebih mendebarkan, kiranya paling dashyat pun dia penyet2 pipi sajalah, taktau laa nanti2 macammana kan, cuma kena elakkan dari dia tengok apa orang buat kat baby, risau dia ikut buat...

Tapi kan, dalam dok berkenan2 kat baby tu jelesnya tetap ada, yang ni paling tak tahan. Dia tak suka kalau I dukung baby lain, nampak laa muka jeles tu, lagi laa mama suka mengusik, hihi. Hah, macammana laa keadaannya nanti bila si adik ni lahir, apa agaknya reaksi dia kan?! Sekarang ni kalau tanya mana baby, dia akan tepuk2 my big tummy. Kalau tanya baby buat apa, dia jawab "baby tidur". Tanya lagi, Raziqh nak onna no ko ka otoko no ko?(=baby girl or boy?), dia jawab "baby kokok", hahaha kokok pun kokok lah, mama tak faham yang mana Raziqh nak...

Sejak balik dari rumah baby Fayyish hari tu, Raziqh dapat 1 perangai baru. Dia suka sangat sebut "tatatatata", hadoiii ni kes dapat dari baby laa ni. Baby tu sebut dia pun ikut sebut. Nak jadi baby balik ek?! Ada potensi ni nanti si adik lahir, apa si adik buat dia pun ikut buat, haiyaaa Raziqh oh Raziqh...

London Day 1 (11 jun 2011)

Naik eurostar kami terus lunch, makan kenyang2 kemudiannya tidurkan 2R. Sepanjang perjalanan tu 2R tidur, ayah dan mama pun sempat terlelap, terasa lama laa jugak perjalanannya walaupun hanya 2jam lebih. Setibanya kat London, myLove tanya, nak jalan2 dulu ka atau nak terus ke rumah kawannya? Risau sangat wife dia tak larat berjalan, entah berapa kali tanya dah, I tetap kata kita jalan je laa, awal lagi, baru pukul 3petang, tambah2 sekarang tengah summer, pukul 9 pun tak gelap lagi. Kami cuma ada 2hari je nak jalan2 kat London ni, rugi laa kan kalau tak guna sebaiknya...

Di London St. Pancras Station...


Setibanya kat station, misi mencari toilet, nak salin diapers 2R. Jumpa babyroom tapi terkejut tengok kotor sungguh, sampah melimpah-ruah. Nak masuk ke toilet ladies tu kena queue panjang, so depa ni dengan selamba badak tanpa segan-silu guna toilet untuk OKU/babyroom tu, errr 1 permandangan yang baru buat I. Dan taktau laa macammana boleh dipanggil babyroom sedangkan tak ada space pun untuk salin baby, I mean tak ada 'katil' atau pengalas untuk baringkan baby. In my case, I was lucky lah sebab both 2R dah toddler, depa pakai diaper jenis pants so tak payah nak baring2 boleh salin sambil berdiri, kalau tak, mau tensyen mama2R dibuatnya. Told myLove yang toilet situ kotor, sampah bersepah bla3, myLove tergelak and he said "ini bukan Nihong ok!". Owh okey, fine! Selesai bab diapers, pergi money-changer pulak tukar duit, settle! So next, mulakan langkah pusing2 London...

Kalau tengok forecast, hari sabtu tu akan hujan petangnya, masa kami sampai tu alhamdulillah cuaca sangat cerah, cantik! Tempat pertama kami tuju ialah London Bridge, naik train je untuk travel sekitar London. Since myLove dah pun pernah mai sini dulu, so segala urusan perlancongan serahkan saja kat dia, I ikutttt je. Kami cuma tengok London Bridge dari jauh, no point nak pi dekat2 sebab nanti nak ambil gambar kalau takat boleh nampak seketul 2 saja tiangnya, hapa kes kan?! Ambil dari jauh, baru nampak rupa bridge tu. Manusia berduyun2, London memang tak pernah sunyi dengan tourist, meriah!

2 gambar ni adalah the only family pictures we have in London, huhu. Tak berani nak minta orang ambilkan gambar, sebab semua pun nampak macam pelancong so ada ka yang kesah nak tolong ambilkan gambar orang lain kan?! Ni pun nasib baik ada mamat ni offer nak ambilkan. Guess what, dalam lautan manusia yang ada mamat jepun ni je yang sudi offer pertolongan.

Kami merantau jauh ke europe, tapi kami dipertemukan dengan 'samurai2' berhati baik dalam banyak kejadian, compare to mat2 saleh ni, so guys tell me, macammana ceq tak sayang kat nihong?! Ada kata I ni fanatik jepun, ermmm maybe, so what?! hahaha...


Habis bergambar sekitar kawasan tu kami ke London Eye pulak. Tak naik pun, mahal aih, orang pun ramai tak hingat, sesak!



Kemudiannya dari situ kami jalan kaki ke Parliment, bergambar dengan Parliment Clock Tower @ Big Ben...


Masa ni I dah mula rasa penat berjalan, tapi paksa diri pusing2 lagi sambil melihat berduyun2 manusia, bermacam2 gelagat, macam2 benda baru ditemui kat kota London ni, kenderaan yang pelbagai jenis dan pembangunan yang hebat, nice!

Pukul 7lebih kami naik train menuju ke rumah kawan myLove untuk kami menumpang bermalam kat situ. Both husband and wife were myLove's friends back in AAJ, sama batch. They have 4kids, dah setahun di London, Kak Ita sedang menyambung pengajian PHD-nya di Imperial College. Tak ada gambar kenangan pun yang diambil bersama tuan rumah, huhu, I ni segan sikit nak keluarkan camera bila kat rumah orang, hampeh betul kan, eh tapi tuan rumah ada ambil gambar. Mereka sangat peramah, baru je 1st time jumpa tapi rasa macam dah lamaaa kenal. Thank you so much for the warm hospitality. Kami menanti kehadiran mereka pulak ke Holland ni, takpun di Malaysia mahupun kat Nihong...

Tuesday, June 21, 2011

Jikoshoukai Takeshi-kun

Jikoshoukai = memperkenalkan diri

Soalan wajib mama2R akan tanya berkali2 saban hari ialah tentang nama, umur dan apa2 yang berkaitan dengan 2R kat 2R, suka dengar depa main jawab2. Adat budak2 laa kan, bukan reti jemu menjawab, tapi ikut mood jugaklah, time rajin tu berjela2 depa jawab, time pemalaih baloq liat tu, hagham sepatah takmau cakap, cet!

Mama : Onamaewa? (=siapa nama?) *mama tepuk dada dia*
Raziqh : Ajik A~shi (Raziqh Takeshi) *sambil tepuk dada sendiri*
Mama : Nansai? (=berapa umur?)
Raziqh : 2sai (=2tahun) *sambil jari cuba dibengkok2 nak buat peace*
Bla3 yang tu 2 saja betul2 boleh jawab, yang lain kalau tanya, ikut dan dia ja nak jawab, suka2 hati kelentong orang...

Tadi tanya macam biasa, bila sampai tang umur...
Mama : Kimi nansai? (=awak umur berapa?)
Raziqh : Kuuusaiii (=busuk), yucks! Adik yak!(berak!)
Hampeh, lain yang mama tanya, lain hang jawab...

Turn dia pulak bertanya...
Raziqh : OMamaewa? (bukan oNamaewa yer, hahaha)
Mama tak payah jawab, nanti dia tepuk dada mama sambil jawab "Maaaamaaa"...
I always think you're soo cute, hiks...

Kenderaan masa depan my 2R

Semalam bawa 2R keluar, pi kedai. Lepas habis membeli barang, jalan punya jalan, depa duk dalam stroller of course, mama rasa kepenatan, sejuk sungguh kat sini, summer hapa entah macam ni, beku hidung bila jalan lama sangat, so berhenti rehat sat. Sambil makan chocolate, duk laa bersembang dengan 2R, tiba2 sebuah lori yang sangat besar lalu depan kami...

Rafiqh : Mama, tu lori2! *excited*
Mama : Aah lori besaq kan?!
Rafiqh : Nanti onichan besar, onichan nak beli densya(=train) gadang2(bunyi densya). Ookiii takaiii!(=besarrr tinggiiii)...
Mama : Owh okey, beli shinkansen jugak, hayaiii(=lajuuu). Raziqh pulak nak beli apa?
Raziqh : kouki(hikouki = kapal terbang)...

Fuyyooo, tinggi jugak impian budak umur 2tahun ni, mama terkagum...

Belgium (11 Jun 2011)

Punya laa lama nak siapkan entry ni, phewww, maaf ye buat yang tertunggu2...

Pukul 5.30pagi mama dah tercegat kat dapur menyiapkan nasi goreng untuk breakfast. Siap masak terus makan, mandi dan bersiap. Kejutkan budak2 bangun dan suapkan makan dan siapkan depa pulak. Barang2 semua dah ready malam sebelum tu so awal pagi pukul 7.30 kami dah keluar rumah. Kali ni tak sesat dah cari train station (nak kena pelangkung la tu kalau sesat lagi), kami sampai awal sedangkan train kami pukul 8.22pagi. Europe sekarang kononnya tengah summer tapi sejuknya macam auturm, nasib baik bawa jaket budak2 ni, I pulak cuma ada long-cardigan, huh pakai baju 3lapis pun masih terasa sejuknya...

Selepas 3kali naik-turun bertukar train Sprinter kami pun sampai kat Brussel-Zuid Station yang terletak di Belgium pada pukul 11.42pagi, kami kena transit kat station ni untuk naik eurostar(ala2 shinkansen) ke London. Disebabkan kami bertolak awal dari Tiel makanya kami ada 2jam untuk melepak kat station ni, memang sengaja pun nak sampai awal, sebab nak ambil peluang ni jalan2 tengok Belgium...

Belgium terletak di bawah(selatan) Holland, kedua2 negara ni kecik saja, makanya tak banyak perbezaan pun dapat dilihat di kedua2 negara ni dari segi rupa bentuk bangunan, orangnya, pembangunan dll. Cumanya dari segi bahasa rasa macam berbeza, Belgium ni loghat macam France sikit, mungkin dapat pengaruh France kot sebab France sebelah je dengan Belgium, errr entah laa, not so sure, yang pastinya hapa depa cakap sepatah hagham kami tak faham, haha...

Masuk ke sempadan Belgium ni tak rasa pun macam kita sedang masuk ke negara lain, mudah sangat, tak ada check apa2 pun, main redah ja. Sampai kat Belgium kami terus keluar station, nak jalan2 area situ untuk ambil gambar. Dari dalam station lagi ada 1 benda yang kami perasan, mak aihhh ramainya umat islam. Baru beberapa minit kat situ kami dah jumpa berpuluh2 muslims, yang bila lalu sebelah kami usahkan nak tegur kan, senyum pun tak! Normal lah tu, bila dah ramai sangat muslims, dah tak rasa apa dah...

Antara gambar2 yang diambil di hadapan station Brussel-Zuid @ Bruxelles-Midi...


Jalan punya jalan, tak jauh dari situ kami terjumpa masjid, terkejut! Haha, maafkan laa ke'peghak'an kami ini, kami mai dari kampung Yamaguchi, masjid tarak maa, kat Nihong susah woo nak jumpa masjid, kat bandar2 besar ada laa, bukan macam Europe kan, kat kawasan terpencil kami tinggal sekarang ni pun dengar khabarnya ada masjid. Ada ramai orang dalam masjid, I dah agak dah ni mesti ada kelas Al-Quran sebab selalu terbaca tentang kelas2 begini di-organize di masjid2 pada hari minggu. Tepat sekali, memang tengah diadakan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak2. Taktau laa depa ni bangsa apa, rasa2 macam Turki kot. Cakap english tak boleh, arabic pun tak boleh, makanya berayam-itik lah kami. Both of us dah lama tinggalkan bahasa arab tapi still lagi boleh ingat sikit2, kalau membaca tu faham laa so most of tulisan dalam masjid tu I faham. Yang melayan kami masa tu rasanya imam kat situ, yang I tahu dia adalah pengetua berdasarkan explaination dia lah. Beriya dia explain itu ini, kira ok laa sebab still boleh 'tangkap' apa yang cuba dia sampaikan, terima kasih! Habis je ambil2 gambar, kami blah, nak tunggu lama2 pun sesak dengan muslims yang masuk-keluar. Jalan pusing2 lagi nak cari kedai makan muslim tapi tak jumpa, ada laa bakery dan kedai2 muslim lainnya tapi tak singgah pun. Alih2 untuk lunch kami cuma beli roti dan choc drinks saja...

Masjidnya 2tingkat, boleh tahan jugak luasnya...



Habis pusing2 kami jalan balik ke station. Train station ni agak besar jugaklah, macam2 ada...



Nak naik eurostar ni rasa macam nak naik flight, siap kena scan bagai, perghhh, nak masuk border UK lah katakan, straight habis! Prosedur masuk sama macam kat airport, check in, scan barang2, scan badan, isi borang, cop2 passport dan bersoal-jawab dengan pegawai kat situ...


Eurostar ni panjang amat, penat sungguh nak berjalan menuju ke gerabak kami tu, hadoiii. Istimewanya eurostar ni ada gerabak khas tempat jual foods, macam yang dok tengok dalam tv tu, toiletnya pun ok. Cuma dari segi keluasan seat dan keselesaan, I rasa shinkansen Nihong much more better...


Eurostar bertolak dari Brussel-Zuid station pukul 1.49petang dan tiba di London St. Pancras pukul 3.03petang. Kalau kira kat masa tu macam sejam lebih aje perjalanannya kan, walhal sebenarnya kena tambah sejam lagi sebab 'waktu' negara mereka berbeza sejam, jadinya 2jam lebih laa perjalanan keseluruhannya, merentas sempadan negara dan terowong bawah laut. Dari Tiel mengambil masa 6jam lebih untuk tiba di kota London, welcome to London!

Monday, June 20, 2011

Weaning off Raziqh Takeshi

Raziqh dah selamat graduated dari dunia penyusuan susu ibu secara rasminya ketika berusia 1tahun 8bulan, ketika itu usia kandungan baru 14minggu, dan hanya 4bulan saja lagi untuk complete-kan 2tahun penyusuan susu ibu. Kali ni pun tewas untuk penyusuan lengkap 2tahun, cuma ok sikit laa dari Rafiqh, Rafiqh cuma dapat menyusu untuk 1tahun 4bulan, kira ada peningkatan laa kan, hahaha, boleh pulak gitu?! Cover2!

Kali ni pun sama jugak macam Rafiqh dulu2, I belum pun bersedia nak wean off Raziqh, terasa sukarnya tu melebihi ketika dengan Rafiqh dulu. Punca utamanya ialah sebab Raziqh ni dirasakan manjanya melebih2, dia tak macam Rafiqh yang lebih independent dan matured. Raziqh ni walaupun dah setahun lebih tapi still macam baby lagi, sebab tu laa I jadi sangat tak sampai hati walaupun hanya untuk memikirkan tentang wean off ni. Tak nak bayangkan betapa kami nak kena struggle untuk proses tu. Ish rasa macam susah sangat2 laa. So bila orang tanya bila nak stop breastfeeding(bf-ing) Raziqh, I memang taktau nak jawab apa, cuma mampu kata "tengok laa macammana nanti". Hati jadi berbelah-bagi, at 1 side I rasa macam nak gamble je menyusu, at another side rasa macam nak stop-kan before baby lahir, sebab memikirkan "kesan2" positif dari wean off ni...

Awal2 tu I cuba pendekatan bercakap dengan dia "boleh tak kalau Raziqh wean off sebab Raziqh dah big boy, mou sugu onichan ni naru yo(=tak lama lagi nak jadi abang) bla3", keep saying benda yang sama ulang2 sambil kurangkan sesi penyusuan pada waktu siang. Proses mengurangkan sesi ni agak mudah sebab kami kat Malaysia, dia lebih sibuk nak main dan keadaan mama yang mabuk teruk buatkan dia makin kurang menempel kat mama so somehow dia cuma cari mama bila nak tidur saja. Malam2 memang tak boleh buat apa laa, asal terjaga mesti demand nak bf. I pun malas nak distract or whatnot, just go on with the flow, hanya waktu malam dapat rest betul2 so takmau stress-kan diri...

Kami balik Malaysia awal februari, dalam awal mac tu Raziqh dah tak menyusu siang selain untuk tidur. Susu pun dah makin berkurang, dia lagi banyak minum susu dalam cup, bf hanya bila nak lelap saja. Bila tengok dia dah boleh adapted, so we slowly switched to the next step "no bf before sleep", yang ni memang susah especially bagi yang fully direct bf since baby. I ambil pendekatan yang sama macam Rafiqh dulu, belikan dia feeding bottle, haha, anak orang lain umur ni dah nak stop botol, I pulak baru terhegeh2 nak on, arghhh lantaklah, ada haku kesah?! Awal2 tu dia tak reti pun guna botol susu ni, haiyaaa jenuh pulak nak mengajarnya, tapi tak lama pun, selepas 3hari bergelak-ketawa dengan aksi2 jakun dia, akhirnya dia pandai jugak minum pakai botol. Cumanya sampai saat ni pun still tak reti minum sambil baring, dia tonggang sambil berjalan, adehhh...

Pun begitu, botol susu bukanlah jalan penyelesaian untuk operasi tidur tanpa bf ni, tak macam Rafiqh, dia tak pandai menyusu botol sampai tertidur. Selalunya dia habiskan susu dulu, lepas tu kena pulun ulit2 untuk tidurkan dia. And again, I was so lucky, masa ni my sis-ateh dan my bro-adik banyak membantu, depa yang akan tolong tidurkan Raziqh, phewww just after few days dia boleh tidur without bf...

Next, misi bercerai susu pada waktu malam. Honestly part ni memang mencabar, mesti ramai ibu2 yang setuju kan?! Kalau dia terjaga waktu malam, botol susu bukan solution untuk dia kembali tidur so I cuma boleh "bercakap2" je supaya tak menyusu lagi. Alhamdulillah proses ni tak sesusah yang I jangkakan, dia boleh terima dengan mudah, sehari dua saja diperlukan, bila dia merengek2 tu I just peluk2, tepuk2 dan bercakap. Purata keseluruhannya, dalam 2minggu gitu dia dah fully stop bf siang dan malam...

Meragam?! Of course ada! Lepas settle semua misi2 ni, ada 1 hari tu dia buat hal, asyik meragam. Walaupun I tahu dia boleh calm down dengan bf, tapi I tak reverse balik. Just let him buat hal tapi geram laa jugak. The next day pun dia still buat perangai, serba tak kena jadinya so bila mak kata bagi laa dia menyusu, ketagih kot, kesian kat dia. Sebab dah tak sanggup dengar dia merengek2 so I pun bagi laa dengan 1 statement "ni last ok, no more bf!". "Ok mommy, fine!", hahaha agaknya tu laa yang dia jawab kot, sebab lepas tu dia dah tak minta dah, kuang3. Maka berakhirlah sudah kisah penyusuan susu ibu mama dan Raziqh...

Kali ni tak rasa sedih-syahdu-ralat-emosi-meruntun-jiwa macam masa Rafiqh, mungkin sebab dah ada pengalaman dan dia pun dah besar sikit(compared to Rafiqh dulu). Malah ada semacam perasaan lega pulak sebab sesenang ini nak wean off-kan dia. Seperti yang I mentioned awal2 entry ni tadi, ada "kesan2" positif jugak sebenarnya di sebalik wean off ni, nanti tulis dalam entry lain yer insyaAllah...

Konklusinya, walau apa sekalipun, never underestimated your baby eh, keh3. Kadang2 yang tak mampu tu mak-nya tapi anak pulak dipersalahkan...

Ni 2 entry pernah I tulis tentang weaning off...
How do I wean?
Pengalaman wean off Rafiqh -> Weaning

Gelukkige vaderdag!

Gelukkige vaderdag means Happy father's day in Dutch...

Vandaag is vaderdag. Ayah, wij houden zo veel van u!
Today is father's day. Ayah, we love you so much!



Perghhh tergeliat lidah mama 'tulis' dalam bahasa dutch ni, tu baru tulis tu, tak bercakap lagi, hak3. Kena pi asah lidah dulu lah, makan potato 10kilo baru bersepai terer kot...

Saturday, June 18, 2011

Mother's day...

Ni satu lagi entry dah basi...
Celebrated mother's day untuk my mom-mak awal seminggu dari yang sepatutnya sebab awal mei tu kan ada cuti buruh, my bro-achik balik rumah so kami keluar pi beli kek dan hadiah untuk mak tengahari 1mei tu. Petangnya potong kek, yeay!



I sponsor the cake, beli Tiramisu cake tengah ada offer, ermmm ok laa sedap laa jugak, boleh pulak adik I yang bertiga tu makan, walhal depa anti-cheese, hehe. Hadiah ateh+achik+adik yang share duit untuk beli, depa beli kad, fridge magnet mother's day dan bantal kecik untuk gantung dalam kereta. Tersenyum2 mak terima hadiahnya, suka la tu...

Sekian saja sambutan hari ibu yang sangat sederhana. Mama 2R takdak sambut2 pun, 2R hapa pun tak faham lagi kan, hehe.


Muka 2orang yang tak sabaq2 nak makan kek...

Father's day & birthday celebration

Bersempena hari bapa yang bakal disambut esok, meh laa nak update cerita ni. Sambutan ni berlaku hampir sebulan yang lalu(23hb mei), baru sekarang boleh update sebab dok tunggu gambar2 ni dari my sis-alang. Takpa laa cerita dah basi pun, simpan untuk kenang-kenangan...

As usual bila ada je peluang untuk kumpulkan kesemua adik-beradik(or at least most of us), kami akan plan for family dinner atau apa2 aktiviti keluarga. Kebetulannya malam myLove balik Malaysia dari Nihong tu kami semua ada kat KL, so set laa masa dan tempat untuk makan2. Kali ni buat surprise birthday celebration plus father's day celebration untuk our lovely abah. Ops, mother's day celebration pun tak cerita lagi, next entry lah, haiyaaa...

Pagi 23hb tu kami(mak, me&kids, ateh dan adik) meredah jam ke Sogo untuk shopping, hasratnya nak beli handbag+kasut mak, handbag for me dan present untuk abah. Setelah bertahun2 tak masuk KL, teruja sungguh dapat jalan2, rasa macam tak banyak pun berubah, 2R baru 1st time tengok KLCC, KL tower dan pusing2 KL, perghhh kesian kat hangpa noo. Tu pun nasib baik laa ada driver tok abah tolong bawa, kalau dak, memang tak ah! Berjam2 shopping, lepas lunch kami balik Seremban, sempat rest sekejap sebelum pi KLIA nak ambil myLove pulak. Sampai kat KLIA myLove dah lama dah sampai, selesaikan solat maghrib dulu baru bertolak ke restauran tasik dalam Uniten, dah janji dengan abanglong&family dan alang&hubby nak dinner kat situ, tapi malangnya restauran tu tutup, apakah?!

Bincang2 sat nak cari tempat makan, decided untuk pi makan kat restauran Tupai2. Restauran tu macam glamour sebab banyak kali masuk tv, tapi orang tak ramai sangat pun, makanan tu tak laa sesedap mana pun, tapi servis ok laa, boleh ler. Habis makan baru keluarkan hadiah2 dan kek. Mak hadiahkan kemeja kasual untuk abah, kami 6beradik pun share belikan kemeja, ateh&achik&adik belikan perfume(hadiah father's day), abanglong&me&alang sponsor kek. Kek tu my bil-Shahril yang tolong tempahkan a day before, nak cover line punya pasal kan, kek sangat sedap, SecretRecipe punya, I loike! Tak puas makan, nanti balik boleh beli lagi, hihi...

Sebenarnya birthday abah jatuh pada 30mei dan hari bapa jugak lambat lagi nak sambut, tapi dah kebetulan semua ada, tu yang kami sambut je terus. Bukan senang nak cari peluang macam ni, bila masing2 dah ada komitmen kerjaya dan keluarga, kenalah bijak guna kesempatan kan?!

Happy sangat bila dapat berkumpul ramai2, cuma malam tu achik sorang tak ada, huhu. Jangan sedih2 ye pakcik, lepas ni kita set birthday celebration 2S+2R pulak, kasi gempak sikit, kita buat pool party, weeee....

Ok, layan gambar lah pulak...


Yang diraikan - abah tersayang...


Mak bersama cucu gegurl sulongnya, ararara kawaiii ne...


Us...




Inilah jantung hati semua orang, 1st girl lah katakan, ciwi habis!

Comel kan?! Headband bunga daisy besaq-gedabak tu hadiah dari paksunya. Berbulan2 paksu cari, before baby Syadza lahir lagi paksu pulun nak beli tapi baru jumpa pagi tu kat Sogo, suka kemain lagi paksu. Rindu kat Syadza, balik nanti mesti makin montel, 2R ni pun tiap2 hari buka iphone mama nak tengok pic Syadza, sayangggg Syadza yer...


HAPPY BIRTHDAY ABAH !

HAPPY FATHER'S DAY ABAH!

WE ALL LOVE U SO SO SO MUCH!!!

Pukul berapa datuk harimau?!

Semalam pukul 11 lebih baru cik abangku itu balik dari ofis, malam ni pukul berapa lah pulak agaknya?! Sejak lastweek myLove dah mula busy dengan kerjanya, minggu lepas kena kerja under shift so ada beberapa hari pi kerja petang dan balik malam. Minggu ni tak kerja shift dah tapi almost everyday balik lambat. Semalam adalah rekod paling lewat, mata ni dah ngantuk2 menunggu, anak2 dah tidoq lama dah, kesian depa tunggu ayah tak balik2...

Sesungguhnya balik lambat tu adalah perkara biasa sebenarnya, kat nihong pun bukan tak pernah dia tak balik langsung kalau time tengah kerja berlambak2 tapi ku sangkakan bila kerja dengan company europe ni tidaklah 'segagah serajin' orang2 jepun dah, tapi nak buat macammana, orang europe memang tak rajin mana, laki hang saja yang dah terbiasa kerja dalam environment jepun yang gila kerja so terbawa2 jugak laa sifat tu ke sini. I ada jugak tanya2 tentang cara bekerja kat sini, biasa2 saja cara depa bekerja, simple, releks and steady gitu, tak laa macam kat Nihong yang memang mementingkan etika bekerja kuat demi syarikat...

MyLove ni sort of workaholic person jugaklah. Dah 6tahun lebih hidup dengannya, dah faham sangat perangai dia. Kalau dah ralit bekerja boleh sampai lupa nak makan, selagi kerja tak siap selagi tu dia akan pulun buat, sanggup tak tidur, that's him! Awal2 kahwin dulu hangin jugaklah dengannya, kita penat2 masak dia buat derk je, tapi la ni tak ambil hal dah. Cuti dia berlambak2, punya payah nak ambil cuti sampai boss kena paksa suruh cuti, ish3. Tu tak masuk bab mc laa kan, boleh kira dengan jari berapa hari sangatlah dia tak pi kerja sebab sakit. Takat sakit sikit2 tu memang gagahkan jugak diri pi kerja, baguih sungguh, pekerja contoh! hehe...

Dalam diam I kagum sebenarnya dengan orang2 melayu kita yang boleh bertahan bekerja di Nihong. Bukan mudah nak 'masuk' dalam mentaliti kerja masyarakat negara matahari terbit ni. Sebab tu tak ramai yang mampu dok sana kerja bertahun2, selalunya after 1 or 2years mesti cabut balik Malaysia. Kalau nak ikutkan, kerja mana2 pun ada stress-nya. Sebab tu I tak pernah kesah pun myLove nak kerja kat mana, suka hati dia laa. Kalau dia rasa nak balik Malaysia for good pun, I tak kesah, ikut je laa, sebab dia yang menanggung segalanya, as long as dia happy, I pun akan happy jugak...

Semalam hujan punyalah lebat, guruh berdentum-dentam sampai gegar2 rumah kami. 2R dah cuak2 dah, lagi ler suka mama mengusik, sakit perut gelakkan depa. Dah penat takut2kan depa, tunggu ayah pun tak balik2, depa pun tertidur depan tv. I melayan movie sorang2 sambil makan coklat, mujur laa kat sini tiap2 malam ada movie in english, kalau dak, mau sangap dibuatnya. Hati ni dah tak senang dah bila lebih pukul 10 myLove tak balik2. Risau sungguh dan mula laa fikir bukan2. Kalau kat nihong I dah bantai tidoq dah, tapi kat sini rasa takut laa pulak, tak terlelap mata ni haa. Tak biasa kena tinggal lewat2 kat tempat asing ni, kalau apa2 jadi taktau nak buat apa, phone pun takdak. Rasa macam nak je komplen kat myLove, minta jangan balik lambat sangat tapi bila tengok dia balik penat, tak sampai hati la pulak nak cakap. Takpa laa, insyaAllah moga kami sentiasa dalam perlindungan Allah...


Esok sabtu, sepatutnya every weekends nak keluar jalan2 tapi nampak gaya minggu ni kena terperap dalam rumah je laa. Maybe esok pun myLove kena kerja, huhu. Alah macam tak biasa pun kan, heh!

Friday, June 17, 2011

Strawberry @ Aardbei

Aardbei means starwberry in Dutch...

Orang Holland tanam strawberry kat laman rumah depa macam tanam rumput je, jeles I tengok! Negara yang subur macam Holland ni tanam apapun semuanya menjadi, tengok rumput depa dah laa, subhanallah seluas mata memandang menghijau bagaikan dijaga rapi, cantik amat! Ini kan pulak kalau ditanam pokok2 bunga, buah2 dan sayuran, macam senang ja nak hidup subur...

Kat Tiel ni terdapat banyak ladang pear, apple, cherry dan macam2 lagi. Kalau pi kedai atau supermarket, rasa happy sangat bila tengok longgokan buah2 ni, especially buah2 berries macam strawberry, blueberry, blackberry, raspberry dll, ish mama 2R memang suka laa, tu baru tengok je tu, belum beli dan makan lagi. Kalau dapat makan hish berganda2 laa seronoknya...

Awal2 sampai sini hari tu Europe ada masalah pencemaran virus/bakteria(not sure) e-coli, so dinasihatkan tak makan buah2 dan sayur2an. Makan hati laa mama sebab boleh tengok je tak boleh beli, sedih sangat2 sampai terbawa2 moody-nya, pelik sungguh perangai orang mengandung ni kan?! Haa sekarang masalah tu dah reda, apalagi, qada' laa balik makan segala yang dok teringin mengidam selama ni...

Hari ni kami keluar lagi. Malas sebenarnya tapi kesiankan 2R dan memikirkan yang mama jugak perlukan senaman, ditambah dengan barang yang nak dibeli tu penting, so keluar je laa. Kali ni kami berjalan jauh sikit, pi satu kedai yang depannya ada gerai buah/sayur tapi malangnya masa kami pi tadi gerai tu tak buka pun, bukan rezeki kami lah tu. Masuk dalam kedai tengok2 ada jual buah2 jugak, bila tanya harga wow murahnya. Tauke kedai tu tak boleh cakap english pun tapi sebab dia sebut harga dan mama 2R tau sikit2 dah bahasa dutch macam nombor, hari dan few other words so faham ler sikit, haha. Cuma beli strawberry je, 1.75euro. Teringin nak beli cherry dan plum jugak tapi punyalah banyak diisi dalam 1 pack, cherry tu 1kg cuma 3euro, kalau yang saiz mini(1st time tengok) sebakul cuma 1.5euro, memang murah2 tapi tak jadi beli sebab risau banyak2 sangat kang tak larat nak habiskan, mama sorang je nak makan, nexttime laa beli yang tu pulak, jangan tamak, hihi...


Sebakul besar ni kalau tak silap beratnya lebih dari 1kg, memang banyak sangat2, tauke tu siap tambah2 lagi. Tak masam sangat tapi tak manis, 2R pulun makan terkejut mama tengok, si Rafiqh tu memang tau dah dia suka tapi si Raziqh ni pelik pulak sekarang, before ni benda2 masam jangan harap ler dia nak telan tapi lately suka pulak. Hari tu beli apple pun masam dia bantai je, strawberry pun dia boleh makan banyak, selera dah bertukar yer dik?! Kalau macam ni gaya 2R makan, lepas ni boleh borong sakan laa...

Spagetti mama pelik?!

Sejak dijamu spagetti untuk breakfast ahad lepas masa kat London(kami menumpang kat rumah kawan2 myLove), si Rafiqh tak sudah2 sebut nak makan spagetti. Memang favourite 2R laa adik-beradik suku-sakat spagetti, udon, soba, mee, bihun dll, suka sungguh2, dah lama tak dapat makan, ketagih laa gamaknya...

Rabu lepas dah pi beli spagetti dah, so semalam for lunch mama masak spagetti. Tak beli pun tomato puree atau paste tomato tu, ganti dengan fresh tomato dan sos tomato saja. Letak daging dan apple slice baki dari makan tak habis hari sebelumnya tu, haha mama 2R memang suka merapu, itu perkara biasa...



Bila tengok spagetti mama dah siap, Rafiqh kata kat Raziqh "spagetti mama pelik kan?!", mama pun tanya "aiks, tang mana yang peliknya?". Tersengih2 dua2 orang, taktau pulak dia nak jawab, hish. Tapi bila dah makan pandai pulak dua2 cakap oishi(=sedap), nasib baik pandai memuji, ahaks. Pelik2 pun tak cukup lunch, dinner pun hangpa demands spagetti jugak, alahaiiiilaa anak. Tapi mama tak buatkan pun, pujuk dan paksa depa makan nasi jugak2, hehe...


Untuk dinner buat daging masak tomyam, cincai habis! Bahan2 tomyam langsung tak lengkap, serai takdak, lengkuas takdak, daun limau purut takdak, sayur2 pun tarak, argghhh nak tunggu serba-serbi tu ada memang tak makan hapa laa kami jawabnya. Belasah ja laa ala-kadar, asalkan ada rasa tomyam udah, kan kan?!




Menu kedua ialah salad with chicken and omelet. Ayam di-slice nipis2, perap dengan garam, lada sulah dan serbuk lada hitam, kemudiannya bakar dengan mayonis. Baki minyak ayam dan mayonis tu tak buang, buat goreng telur pulak, aromanya marvellous! Hancur2kan telur dan biarkan ayam dan telur sejuk sebelum susun atas salad, dressing pakai mayonis saja, simple!




Hari ni lunch makan spagetti lagi. Untuk dinner taktau lagi nak masak apa, ermmmm...

Thursday, June 16, 2011

Mama @ 24weeks

Dah 3minggu dah tak timbang berat badan, agak2 dah berapa kg laa yang berjaya ditambah yer?! Hontouni ki ni naru(=betul2 rasa nak tau)...

Kalau tengok dalam gambar, kadang2 boleh obviously nampak tummy ni membulat, depends on cara/sisi pose dan baju yang dipakai jugaklah, tapi kadang2 tu tak nampak langsung macam tengah preggy 5bulan++. In real pun sama jugak, memang tak ramai pun yang perasan I ni tengah pregnant, kecik! Kalau ikut 'rasa', memang rasa macam perut kali ni kecik je kalau nak banding dengan 2R dulu. Tapi entah laa, mungkin perasaan je kot, dok terlebih2 perasan kot yang diri tu tak menggemuk lagi, muehehehe...

All in all, tak banyak pun perkembangan baru pregnancy ni. Belum ada sakit2 yang ketara, cramp pun belum ada lagi, sama ja macam 2R dulu, pregnant tak pregnant mamanya melasak jugak. Cuma kali ni banyak kali alami pendarahan di hidung, masa Rafiqh pernah kena sekali, masa Raziqh tak pernah kena, alih2 kali ni sejak datang sini dah beberapa kali kena, haihhh...

Harapnya baby membesar dengan baik, sihat dan sempurna. Kalau dulu masa pregnant-kan Raziqh, I dah rasa suntuk masa nak spent time with the baby in me, kali ni laaaagiiiiiiiiiii takdak masa. With this 2 little rangers yang tak habis2 bikin mama stress and busy, with house chores(yang tak seberapa pun sebenarnya kalau nak banding dok kat Nihong), but still I rasa sangat sukar nak curi masa untuk ulit perut. At the end of the day, I akan rasa baby ni macam kurang bergerak, dah 1 hal pulak pening kepala fikir dan risaukan dia. Padahal kalau fikirkan lojik memang tak dapat pun nak rasa dengan jelas bilamana tak dihayati dengan betul2. Baby pun masih kecik, ruang kat dalam tu luas lagi untuk dia explore, so ada kemungkinan dia bergerak banyak tapi I je tak dapat rasa, nanti dah 30weeks gitu bila dia dah padat kat dalam tu haaa baru boleh senak2 setiap kali dia bergerak, time tu kalau tak rasa movement baby, memang patut dah kena risau...

Bila ada kelapangan, selalunya I akan duduk atau baring2 rehat2 kat sofa sambil cuba merangsang movement baby dengan berkomunikasi dengannya, elok2 nak bersembang dan main tepuk2 perut, mai laa 2 penyibuk ni nak mengacau sama. Last2 sesi tu berakhir dengan mama kena melayan 2 abang ni bercakap dan bermain pulak, cet!

Kalau tak silap, base on pergerakan baby rasanya dia masih dalam posisi songsang. Sebabnya I banyak rasa 'kehadiran' dia kat bahagian kiri dan kanan perut. Awal lagi kot nak risau, baru 24minggu, banyak lagi ruang untuk dia berpusing2, so baby, make sure you'll turn your head down soon okey...

Preggy kali ni jugak mama lebih 'berangin', sangat mudah dilanda mood swings. I may look happy before but then suddenly become moody in just a few seconds, phewww it's really weird! Even me myself pun rasa susah nak terima that fact of my changes, so how should I expect orang lain untuk faham kan?! Especially myLove laa, mesti dia pun fehning2 tengok wife dia asyik masam kelat mencuka je, hihi, sorry dear, I know I should clueing him about this, explain benda ni clearly so that dia boleh beri lebih ruang untuk I calm down, even though dah 3kali pregnant tapi ni 1st time mood jadi betul2 tak stabil. Benda2 kecik pun boleh buat I jadi upset and depressed tak tentu pasal, haha sabaq ja laa...


Gambar2 ni adalah latest pictures of me, @ week 24 of pregnancy...

Shopping barang baby - part 1

Since this is my 3rd pregnancy, so dari segi preparation barang baby tu taklah sehebat anak sulong. Kali ni rasanya tak banyak pun membeli, unless the baby is GIRL, mesti mamanya akan pulun gila shopping before balik Nihong nanti, lepas tu sambung gila shopping lagi once dah balik Nihong, haha, inilah namanya gila tanpa kesudahan...

Barang2 keperluan baby masa dalam pantang semuanya I tinggalkan kat rumah mak, cuma ada laa baju2 newborn yang orang hadiahkan kat Nihong ada kat sana. I dapat tahu yang I confirm pregnant pun lebih kurang 3hari before balik Malaysia hari tu so memang langsung tak sempat nak sentuh barang2 baby yang dah simpan lama dalam box. Lagipun kalau ikut planning asal, kami sepatutnya balik Nihong awal jun dan kembali ke Malaysia semula awal ogos untuk bersalin. Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya, anak2 dan I takkan kembali ke Nihong dah sampai laa habis berpantang nanti. Makanya barang2 baby yang kat Nihong tu tak dapat laa nak dipunggah, huhu, sedikit terkilan sebenarnya, rasa ralat pulak nak membeli barang2 baru sedangkan yang lama2 tu masih elok. Sebab taktau lagi baby ni girl or boy so tak membeli lagi pun baju2 untuknya, cuma beli keperluan dalam pantang je...

(1) Barut dan bekung baby
- Dulu dah tempah beberapa set barut baby dari kawan mak tapi untuk newborn tu dia salah jahit, kecik sangat. Dah sebab tertempah banyak, pakaikan je laa untuk 2R. Cumanya untuk baby baru ni saja je tempah lagi, tempah 2helai untuk saiz newborn dari my dear friend-Tini, sapa2 berminat nak tempah boleh tengok blog TinyTini, macam2 ada...


Kemudiannya tempah bedung baby jugak. Bedung baby dari kain kasa kat rumah mak cuma ada 2helai, tu sejak zaman kami kecik2 lagi mak dah guna, turun-temurun sampai laa ke cucu2 pulak. Kalau bedung pakai kain lain memang tak best, kena pakai kain tu jugak baru kemas dan tahan lama. Dah cakap2 kat mak, nanti kalau nak bersalin lagi I nak tempah lagi bedung baby so bila tau pregnant je terus laa menempah. Tempah sehelai dulu untuk testing, selalu dok tengok kat blog orang jual tapi taktau pun 'rupa' bedung tu macammana, so bila dah dapat yang Tini jahitkan ni owhhh sama laa macam yang I dok guna selama ni pun, macam kain bedung yang hospital dok guna tu. Rasanya cukup kot sehelai ni, campur 2 yang sedia ada dan beli uterus blanket lagi, memadai dah kan. Kalau tak silap kat pasar tani pun ada jual bedung baby ni, so kalau2 rasa nak beli lagi nanti boleh beli kat sana...



Barut dan bedung ni I dah selamat terima few days before datang sini, singgah rumah abang myLove di Kajang untuk ambil tempahan ni, sebab Tini ni berjiran dengan abang+kakak ipar I tu. I yang menempah tapi yang membayarnya my sil-Kak Ila, alahaiii baby tak lahir lagi tapi dah dapat present, thank you makngah!


(2) Cloth diapers(cds)
Lagi?!
Haaa dah lama tak menambah koleksi cds, last time beli masa bersalinkan si Raziqh, almost 2years ago. Cds 2R semua masih elok2, masih boleh digunapakai. Since now Rafiqh is no longer using his cds, so all his cds dah pass kepada Raziqh. While Raziqh pun dah tak lama dah nak say bye2 to cds so nanti semua2 tu nak bagi si baby pulak pakai. Atas dasar all the 22sets are still in good condition, I tak beli banyak sangat kali ni, walaupun dalam hati geram je tengok koleksi baru cds sekarang, super-duper cute!

Cds baru ni dah selamat ada kat rumah mak, beriya sungguh awal2 dah beli padahal lambat lagi nak guna, hihi. Kali ni tambah 4set saja dari jenama yang berbeza - babyland printed, QQ baby minky, rainbow bb dan sunny baby. Sangat puas hati melihatkan kualitinya, hopefully performance-nya pun bagus...

Kepada sesiapa yang berminat nak ber-cds tu boleh laa cuci mata kat sini ya, kedai kawan jugak QT Alami Shop.





Kalau baby ni girl, makanya akan ada banyaklah entry shopping barang baby ni, tapi kalau boy lagi, rasanya takdak apa sangat dah nak membeli, haha boleh pulak gitu kan?!