Thursday, September 30, 2010
Memilih susu selepas penyusuan susu ibu...
Minum petang lalala...
Puteri ayu ni 1st time seumur hidup buat. Kalau kat Malaysia suka je makan kuih ni, sebab ala2 apam dan manis. Acuan dah beli lama dah tapi baru sekarang terasa nak makan, tu yang cuba buat tu, not bad laa, jadi jugak, lembut gebu, Rafiqh panggil kek. Sengaja buat version without kelapa untuk budak2 ni, myLove pun tak suka makan kelapa. Pakai resepi my sil-kaklong tapi buat separuh adunan saja, tu pun dapat 25biji, jenuh nak makan, sampai boleh simpan buat sahur dan breakfast 2R lagi...
Bahan2:
2 biji telur (saiz besar)
150 gm gula (I letak 120gm saja, tu pun dah manis)
1 sudu teh ovallate
125 ml santan
125 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pes pandan
pewarna hijau
kelapa parut - putih saja
secubit garam
Cara2:
- panaskan kukusan
- pukul telur, gula dan ovallate hingga kembang dan gebu
- masukkan santan, tepung, baking powder, pes pandan dan pewarna, pukul sebati
- sapukan minyak pada acuan, masukkan kelapa yang dah digaul garam ke dalam acuan dan padatkan
- masukkan adunan dan kukus lebih kurang 5minit
- angkat dari kukusan dan biar sejuk sebelum keluarkan dari acuan
Semalam pulak cuba buat roti puri, kurang menjadi(rupa tak licin dan tak berapa kembung) tapi takpa myLove kata sedap, siap suruh buat selalu2, haha, Raziqh pun suka sangat, makan dekat 2biji, Rafiqh tak layan sebab dia kenyang bantai biskut 2packs. Minggu depan nak try lagi laa, dah buat berkali2 baru laa pandai kan, baru laa cantik hasilnya, yer dak? My sifu(kaklong) pun buat 3kali baru cun-melecun, ini kan pulak anak murid nak buat sekali terus menjadi, huh memang tak ah, kan kaklong kan?!
Bahan2:
* 175 ml air panas
* 1/2 sudu kecil garam
* 3 sudu besar minyak masak
* 2 sudu besar gula (I letak 1 sudu saja)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
40-50 ml air
minyak untuk menggoreng
Cara2:
- bahan2 bertanda * dimasukkan dalam periuk dan dipanaskan, kacau hingga gula larut, tutup api
- satukan tepung dan yis, gaul rata
- masukkan adunan air tadi ke dalam tepung, kacau gunakan garfu hingga bercampur saja
- dengan menggunakan tangan, gaul adunan hingga menjadi seperti breadcrumb
- tambah air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh dan tak melekat kat tangan
- biarkan selama 30minit
- bahagikan doh kepada 12bahagian
- canai doh seperti buat karipap, bagi nipis2
- bolehlah digoreng
tips menggoreng : goreng dengan api kecil dan sederhana saja, kalau guna api besar roti tak naik gelembong, masa menggoreng kena simbah2kan minyak atas roti, bila dah kembong baru terbalikkan...
Untuk tengok kuih2 ni dalam versi cun, boleh refer fp kaklong yer...
Bahan2:
*bawang merah/besar
*bawang putih
*halia
bawang besar - dimayang
perkakas 4beradik
serbuk kari - dibancuh air
cili boh *optional
serbuk kunyit *optional
ayam - dipotong kecil
santan/freshmilk
lobak merah
ubi kentang
air asam jawa/tomato - I prefer tomato
garam, gula
minyak - untuk menumis
Cara2:
- kisar bahan bertanda *
- panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang hingga kekuningan
- masukkan bahan kisar dan perkakas 4 beradik, tunggu naik bau, masukkan serbuk kari, cili boh dan serbuk kunyit, tambah2kan air sikit2 dan masak hingga pecah minyak dan wangi
- masukkan ayam, kentang dan lobak merak, masak hingga empuk
- masukkan garam dan gula, akhir sekali masukkan santan dan tomato, kacau perlahan dan kecilkan api, agak2 dah mendidih tutup api
Dadih ni pun buat semalam, Rafiqh suka perisa jagung, Raziqh pulak prefer yang plain, buat 2warna ni je laa...
Wednesday, September 29, 2010
Ish3 anak saaapa la ni?!
Tonton - what's wrong?!
Pelik betul, why most of the videos are error, wth, baik tak payah load kan?! Kalau setakat error for few days boleh laa diterima dek akal ni, tapi kalau sampai berminggu tak diperbetulkan langsung, apa pekerja IT depa ni buat ek? Sebesaq2 company tu takkan laa pakar IT ada 2-3orang ja kot. Takkan takat tau upload video ja, takkan laa tak check dah video tu ok ka tak, dan lagi depa tak baca ka komen2 yang orang ramai bagi, langsung takdak respon...
Ada tak viewers blog ni yang bekerja kat media prima atau ada saudara-mara yang kerja kat sana? Tolong inform depa sikit, minta upgrade sikit servis tu bagi setara web yang lawa tu, takat web ja canggih tapi isinya hampeh, nak buat hapa, hahaha...
Tukar je laa nama tonton.com tu jadi error-tersekat2.com, kan lagi baguih? Kena ngam2 dengan servis tu...
Tuesday, September 28, 2010
Cakap "gomennasaine!"
Rafiqh : Mama, cakap gomenmasaine(gomennasaine=sorry), cakap!
Hamboi2, kemain tinggi lagi tone suara memberi arahan, cobit kang...
Mama : Adik, gomenne, mama tak sengaja...
Rafiqh : Shi-kun(Takeshi-kun), gomenne, itai ne(=sakit ye)... *sambil usap adik*
Eleh, kalau dia yang buat adik nangis takpa pulak, ada masa mau laa cakap sorry, ada masa buat derk muka tak bersalah ja, huh!
This is not the 1st time mama kena sound dengan anak sendiri, haha dah banyak kali dah kena, in fact memang selalu pun. Kalau tengah driving and suddenly buat emergency break atau ter-break lebih sikit, nanti dia akan jerit "abunai yo!(=bahayalah!), abunai2!", so please be more careful if you bring him along in your car, tak pasai2 straight je kena sound. Tapi bagus jugak, at least mama lebih hati2. Eh tapi kalau drive slow sangat dan dia dah mula bosan tak sampai2, dia cakap "osoine!(=lambat ek)", haha serba tak kena aih hang ni, pandai2 sangat drive laa sendiri!
Masak apa tu?!
Sekarang ni mood rajin memasak dah kembali, dah panjang dah senarai foods yang menanti, bila cukup lengkap bahan2nya haa baru lah boleh menggodek kan. Yang pastinya nak try masak menu2 baru banyak2, konon2 nak asah lagi skill memasak ni...
Semalam sebelum nak order bahan2 mentah dari Baticrom, seperti kebiasaannya I akan check dulu apa yang dah habis dalam freezer sambil2 kemas dan cuci freezer. Tengah2 mengemas tu terjumpa laa tempe yang masih berbaki lagi. Aiseh tersorok bawah2 aiskrim sampai boleh tak perasan dan terlupa yang tempe dok ada lagi. Kat rumah ni I sorang je yang makan tempe, tu pun setakat tau masak sambal tempe ikan bilis je, bila dah nampak tempe ditambah dengan tengah puasa, terbayang2 laa enaknya kalau buat sambal. Jadinya petang semalam buat sambal tempe ni untuk juadah berbuka...
Bahan2:
Untuk minum petang semalam buat kuih sagu atau ada jugak orang panggil bronok. Ni antara my favourite kuih, memang suka sangat2. 2nd time cuba buat dan alhamdulillah kali ni hasilnya lebih baik, next time bolehlah buat lagi...
Bahan2:
3 1/2 cawan air - boleh kurangkan jika suka kuih lebih pejal
pewarna merah ros
1 cawan sagu kecil
3/4 cawan gula - boleh tambah jika suka manis
kelapa parut - ambil putihnya saja
secubit garam
Cara2:
- panaskan air dan pewarna merah hingga mendidih
- basuh sagu dan toskan, masukkan dalam air panas tadi, kacau rata
- masukkan gula dan kacau hingga lebih dari separuh sagu sudah masak(tak nampak biji2 putih)
- bila sudah pekat, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 20minit, atau sehingga kuih tiada biji2 putih lagi
- bila dah masak, angkat dari kukusan dan sejukkan, potong dan salut kepala yang dah digaul dengan garam
Kat sini mana laa nak rembat kelapa parut kan, pokok nyoq pun takdak, makanya pakai ja kelapa kering. Letak air panas 1 sudu kecil dan sikit garam untuk digaul, sedap jugak!
Monday, September 27, 2010
Bihun goreng singapore dan weekends
Bahan2 untuk bihun goreng:
garam
gula
mix vegetables
*** boleh letak seafoods/ayam dan sayur2 lainnya(kobis,sawi) jugak...
Cara2:
- panaskan mayonis, tumis bawang2 dan cili
- masukkan bihun dan sedikit air
- masukkan bahan perasa lainnya, akhir sekali masukkan mix vege, goreng hingga bihun masak
Bahan2 dan cara buat sambal kicap:
- potong cili padi, masukkan dalam blender bersama gula dan kicap, blend hingga cili hancur, siap!
Sabtu lepas myLove kerja, bosan2 melangut kat rumah tengahari tu lepas zuhur bawa 2R ke Fuji Grand. Seronok kemain laa bebudak ni bila kata nak keluar sebab dah 3hari terperap dalam rumah. Biasanya pukul 2petang waktu tidur depa tapi malas dah nak tunggu depa tidur dulu baru nak keluar, nanti jadi lambat dan tak sempat merayau lama2 dah nak kena balik sebab ayah dah nak balik, tu yang sengaja keluar awal tu. Jalan2 pusing2 sekejap then naik ke kids' play area, lepaskan depa main kat situ. Sambil mama borak2 dengan ibu2 lainnya, depa pun berkuntau laa main lari sana sini. Nak ambil gambar 2R banyak2 sebenarnya tapi rasa serba salah pulak sebab ramai jugak budak2 yang ada kat situ, kat Jepun ni tak boleh ambil gambar sebarangan, dikira ganggu hak privasi, sempat laa snap beberapa keping saja. Suka tengok Raziqh, semangatnya nak berkawan, Rafiqh tak payah cakap laa kan, sejak dah makin terer nihonggo(=japanese language) ni makin cepat ler dia buat kawan. Agak2 depa dah penat dekat sejam melompat kat situ, I bawa window shopping pulak. Banyak sangat sales tapi tak rasa ada keperluan lagi nak beli apa2, so terus ke 100yen shop cari barang sikit, kemudiannya ke hall shopping mall tu sebab ada matsuri(=festival). Ambil belon free kemudiannya beli toys untuk 2R. Both nampak kepenatan sangat dah, pergi belikan yogurt drinks untuk depa dan terus balik rumah. On the way balik tu si Raziqh dah tertidur, Rafiqh dah lali2 dah. Sampai rumah dua2 pengsan, hah tau penat. Semalam tak ke mana pun, lepak2 dalam rumah saja. Petangnya buat nugget ayam untuk minum petang dan goreng potato fries sekali. Tu je laa cerita weekends kami...
Recipes corner @ OurLoveStory
Jenuh jugak nak edit, penat nak klik satu2 entry, tapi takpa laa, berbaloi jugak untuk diri sendiri. Selama ni kalau nak refer resepi jenuh nak kena cari dalam blog archive, sekarang senang laa sikit. Lepas2 ni takdak dah kot yang akan message/email minta resepi itu ini, dah boleh godek sendiri, eh tapi kalau nak msg lagi pun no hal, mana2 boleh tolong I'll try my best insyaAllah...
Pun begitu, bukan semua resepi yang ada dalam blog ni ada kat tepi tu, sebabnya kan sebelum2 ni I banyak letak link saja, malas nak salin balik punya pasal. InsyaAllah lepas2 ni tak malas dah, setiap resepi akan diulang-salin baik2 dan di-link-kan di sebelah yer...
Sunday, September 26, 2010
Lipstick,lip balm,lip gloss,lip liner - mana pilihan anda?!
Ini antara koleksi lipstick, lip balm dan lip gloss yang sempat dicapai(dalam box make up), lip liner lupa pulak nak letak sama. Selebihnya benda2 ni ada kat merata2 - dalam handbag, dalam kereta, dalam bilik tidur, di sinki cuci muka dan sebagainya. Sebelum nak cerita lebih detail, jom kenali dulu apakah benda2 ni secara kasar/rambang...
Lipstick adalah pewarna bibir, ia mempunyai banyak pilihan warna, considered as make up...
Lip balm berfungsi sebagai pelembap bibir. It has ingredient to soothe, protect, moisturize and heal lips. Usually has no colour but some of them have some shimmer and a light tint, they also come in variety of scents and flavors. Turut digunakan sebagai 'alas' atau 'perata' lip cosmetics, dipakai sebelum mengenakan lipstick atau lip gloss. Lip balm is the best for natural lip, sekaligus melembab dan merawat bibir...
Lip gloss adalah penyerlah bibir, menampakkan bibir kelihatan lebih berkilau, menyerlah, juicier and somewhat bigger. Boleh diratakan ianya semata untuk mendapatkan bibir yang kelihatan lebih natural tetapi standout at the same time, atau boleh di-apply atas rataan lipstick...
Lip liner selalunya digunakan sebelum meratakan lipstick atau lip gloss, used to define the shape of lip and to prevent lipstick or gloss from leaking off lip...
I'm using lip liner, lipstick and lip gloss only for majlis2 atau bila keluar dinner, sometimes pakai untuk dating with myLove juga. Selepas pakai lip liner, sebelum letak lipstick or lip gloss kat bibir I'll surely apply vaseline first, lepas tu baru decide nak pakai lipstick dan lip gloss sahaja atau nak combine both. But actually most of the times I prefer lip balm most, more natural and simple. Lip balm ni pakai sehari berkali2, asal rasa nak pakai boleh terus tenyeh, that's why menatang ni bersepah merata2. Lip balm harganya pun lebih murah, boleh beli banyak2 buat koleksi. Kalau keluar ke majlis atau ke mana2, lepas makan atau selepas tempoh masa yang lama biasanya lipstick dan lip gloss akan pudar atau hilang, so time ni tenyeh lip balm ja senang. Lip balm jugak boleh ditenyeh ketika sedang memandu dan lampu isyarat merah, haha, gerenti tak berlemuih punya walaupun tak tengok cermin. Acu tenyeh lipstick without mirror, hoho horror!
Anda pula bagaimana? Yang mana pilihan anda?!
Saturday, September 25, 2010
Gomennasai
Wah2 hari ni dah 3entries di-published, eleh macam tak biasa publish banyak2 entry in 1 day kan, hihi. Bebenornya, hari ni myLove kerja, banyaklah masa senggang bila celik2 mata dah ready breakfast, dah settle-kan anak2, kain2 dah di jemuran, lunch simple2 dan melongok taktau nak buat apa sambil tunggu myLove balik. Saikin(=lately) takdak bisnes masuk, katering pun masih under-'rest', so rehat laa serehat-rehatnya. Anak2 pun macam biasalah, bertebaran mengecah, menunggang-langgang, meng-kapal tenggelam, men-tongkang pecahkan rumah, hapa punya bahasa daa, eh tapi hangpa paham kan kan kan?! Mujoq laa rumah sekangkang kera ja, kalau rumah besaq istana, ada maid pun dia lari balik negara dia, tak tahan dengan 2R ni rajin sangat menyemak rumah...
Nak tengok drama kat web tv3 yang dah di-'tonton'-kan tu pun haprak macam hapa ja webnya, buat baru ingatkan makin canggih makin baik kualitinya tapi terbalik pulak, makin hancuss, malas nak tengok dah, tunggu ia pulih sehat kembali lah gamaknya kot. Bosan2 ni meh nak merapu kat blog, kesian hangpa nak kena baca, haha...
Hari ni ada ka patut I boleh tak sedar yang myLove kerja, dah check jadual kerja dia hari tu tapi entah macammana boleh terlepas pandang, ataupun mungkin otak ni dah sedikit nyanyuk, lupa laa tu. Semalam pun tak check balik sebab rasa macam yakin ja dia tak kerja memandangkan sabtu lepas dah kerja dan sabtu depan pun kerja, dok main rasa2 takkan minggu ni kerja lagi kot kan, last2 memang kerja pun, hambik hang! Malam semalam dek kerana sangka hari ni cuti I pun masak bihun goreng singapore, sambal kicap, Radix fried chicken dan coleslow saja laa. MyLove pun tak perasan agaknya, tak pulak dia tegur atau hairan kenapa tak masak nasi, sebab I memang tak pernah masak menu lain selain nasi kalau next day tu myLove kerja, dia hanya akan bawa bento(=lunch pack) nasi je. Kalau next day tu tak kerja baru I masak selain nasi...
Alkisahnya myLove terbangun pukul 6.15pagi tadi sambil cakap yang dia kerja hari ni, huwaaa terkejut beruk laa bini dia, terus terpacak bangun bersilat kat dapur, kelam-kelibut laa sebab dah lewat. Cepat2 sediakan breakfast, tapi alamak nasi memang tak sempat laa nak masak, nasib baik ada lagi saki-baki bihun malam tadi, panaskan je, goreng telur, buat coleslow dan pack. Nasib tak baik ler myLove hari ni kena lunch bihun, kuang3, gomennasai...
Makanya sejak celik mata tadi dah berkali2 dok ulang sebut "gomen2", rasa bersalah laa pulak sebab cuai, mujur ler myLove tak marah, muehehehe. Eh kalau nak marah pun tak boleh jugak, ni 1st time hokey buat bento bukan nasi, selama ni tak pernah myLove pi kerja without bento, errr tapi ni bukan 1st time laa terlewat bangun, keh3. Apapun, gomennasai ne!!!
Anak2 saya sangatlah aktif!
There are 2 types of kids - jenis merap/kuat meragam dan jenis lasak, if you are able to choose, which 1 you want? hehehe... Secara lojiknya anak yang merap ni banyak masanya dihabiskan dengan dok dempek celah parents, so they have soo little time to explore around. Berbeza dengan budak lasak, meligat aje laa 24jam kan...
I have to admit that my kids are active, they walk, move, talk, play, explore and etc etc everything around them all the time, non-stop bekerja, selagi mata tu tak pejam selagi tu lah depa meligat. Sejak kecil lagi sebenarnya I dah get used dengan persekitaran budak tak buas(note: orang Kedah refer budak yang tak duk diam ni sebagai 'buas'), all of my siblings kaki merap, masa my youngest brother lahir I was still in form 5, had to take care of him so kinda faham sangat dah dengan budak merap ni, fehnat dan fehning hokey. Dulu2 risau jugak kot dapat anak semua kaki merap, luckily not, hiks. Disebabkan both my kids bukan jenis merap so depa memang lasak. Masa Rafiqh kecik dulu pening tengok dia sangat aktif(dah aktif sangat pun pening jugak, haha), suka lari2 pi mai pi mai, so I googled more info regarding hyperavtive kids, alhamdulillah feel so relieved to know that he was not that bad, fuhhh...
Bila I cakap my kids ni aktif, orang yang tengok depa mesti cakap "eh tak pun, they seem to behave all the time @ baik je tengok", siap selalu dipuji pulak "bagusnya, mendengar kata", adehhh deh deh, ok diakui my kids kalau kat luar rumah depa memang menunjukkan sikap2 yang baik dan sangat boleh berkompromi, depa boleh bagi kerjasama lah, pandai eh berlakon. Tapi humak aihhh kalau kat rumah, hanya mak pak depa saja tau, kalau mak depa tak jerit dan keluarkan suara ala2 petir, lambatttt laa nak jalan. Kalau 'petir' pun tak jalan jugak, memang depa kena laa cobit-cobitan, tampar-tamparan, hahaha. I memang garang dengan anak2, terlebih garang dah kot. Semua tu demi mendisiplinkan mereka saja, sebabnya I sangat2 tak suka anak2 melasak bila pi rumah orang. Sebagaimana sejak kecik dulu tak sukaaaa bila budak2 nakal mai rumah, serabut haku tengok tambah2 kalau mak pak tu jenis lantak pi ja anak nak tunggang-terbalik pun tak heran, perghhh sawan hokey! Sebab tu kalau boleh biarlah anak2 kami ni ada tertib sikit especially at public...
Mungkinlah anak2 kami ni tak aktif mana pun kalau nak banding dengan anak2 orang lain. Tapi in my case, I still consider them as active kids...
Untuk anak2 yang bukan hiperaktif, kesalahan perilaku si anak 100% berada atas batu jemalang si mak pak, sila jangan kata anda tak bersalah ye. Tapi kalau anak tu tak makan saman sebab dia hiperaktif, tu bukanlah salah ibu mengandung mahupun bapa yang memengandungkan si ibu, harap maklum!
Kenali anak hiperaktif... part 2
Apakah symptoms/gejala ADHD?
3 kunci utama sifat yang ada pada pengidap ADHD ialah inattention(kurang daya tumpuan), hyperactivity(terlampau aktif) dan impulsivity(impulsif). Kalau kita perhatikan memang kesemua sifat2 ni ada pada majoriti kanak2 kan, dah memang tu sifat semulajadi depa tapi perlu diketahui bahawa bagi pengidap ADHD sifat2 ni lebih parah, keterlaluan dan berlaku pada hampir setiap masa. To be diagnosed with this disorder, anak itu perlu memiliki symptoms ADHD for 6 or more months dan pada level yang melebihi kanak2 lain seusianya...
Symptoms of inattention are:
- be easily distracted, switch from 1 activity to another frequently
- sukar menumpukan perhatian atau stay focused on 1 thing
- mudah lupa, mudah keliru
- sangat mudah bosan dengan sesuatu after only a few minutes
- tidak mampu menyiapkan sesuatu tugas
- not seem to listen when spoken to
- alami kesukaran memproses maklumat
- blur, banyak berangan dan bergerak perlahan
Symptoms of hyperactivity are:
- gelisah dan resah, tak mampu untuk duduk diam even untuk meal time, at school or during story time
- talk non stop
- asyik berlari, be constantly moving around
- bermain atau sentuh dengan apa saja yang ada di sekitar
Symptoms of impulsivity are:
- sangat tidak penyabar, sukar untuk menunggu
- sering bercakap atau berkelakuan tanpa berfikir
- seringkali mengganggu perbualan atau aktiviti pihak lain
Apakah faktor2/punca2 yang menyebabkan terjadinya ADHD?
Persoalan ni sebenarnya masih belum mampu dijawab, pun begitu dalam banyak kajian yang dah dibuat, genetik memainkan peranan terbesar. Selain masalah genetik, pakar2 perubatan jugak mengambil kira faktor persekitaran, kecederaan otak, nutrisi dan social environment sebagai penyumbang kepada ADHD.
1. genetik - kajian masih terus dilakukan untuk mengenalpasti genes yang mungkin terlibat dalam membentuk penyakit ini. Dikatakan kanak2 pengidap ADHD mempunyai lapisan tisu otak yang lebih nipis pada bahagian otak yang berkaitan dengan daya tumpuan. Tetapi kajian jugak menunjukkan bahawa keadaan ni tidaklah kekal, dimana apabila kanak2 ini semakin membesar, level otak dan ketebalan tisu turut berubah yang akhirnya mengubah sifat2 ADHD yang mereka alami...
2. faktor persekitaran - ada kajian mengatakan terdapatnya kaitan antara merokok dan minum minuman beralkohol ketika hamil menyumbang kepada ADHD...
3. kecederaan otak - kanak2 yang mengalami kecederaan otak mungkin menunjukkan gejala2 pengidap ADHD, namun sangat sedikit kanak2 with ADHD yang mengalami traumatic brain injury...
4. gula dan penambah perisa makanan - ada kajian yang mengaitkan kedua2 faktor ini dalam ADHD. So please be careful to feed your baby, susu ibu adalah makanan terbaik bayi(most of formula milk mengandungi kandungan gula yang tinggi), homemade foods also the best for your kids, makanan bayi di pasaran turut terdedah dengan penggunaan gula yang banyak...
Bagaimana mengenali kanak2 ADHD?
Susah nak diagnosis samada seseorang itu pengidap ADHD atau tak, sebabnya gejala yang ditunjukkan berbeza2, cuma mungkin apabila anak itu berada dalam situasi yang betul2 constantly "out of control" kita boleh check lah anak tu. ADHD juga berlaku pada peringkat usia sekitar 3 hingga 6tahun, time depa tengah betul2 aktif tu, so mungkin kita boleh terlepas pandang...
Bagaimana mengelakkan ADHD?
Belum ada cara yang betul2 disahkan berkesan tapi kita boleh ambil langkah awal dalam mengelakkan permasalahan ni terjadi pada anak2 kita. Sebagai umat islam, kita dibekalkan dengan doa2 dan surah2 Al-Quran yang sangat digalakkan untuk dibaca ketika hamil dan selama membesarkan anak2, insyaAllah moga2 ia membantu...
Pernah terbaca artikel tulisan Pakar sakit puan Dr Hamid Arshat berkenaan kanak2 hiperaktif ni, beliau mengaitkan isu persekitaran sebagai penyebab utama berlakunya ADHD, kemajuan sosio ekonomi negara yang pesat telah memberi kesan2 negatif terhadap perkembangan jiwa dan mental kanak2, mungkin ada betulnya kan?! Apapun, sama2lah berdoa moga2 kita dikurniakan anak2 yang sempurna, amin...
Friday, September 24, 2010
Kenali anak hiperaktif...
Hiperaktif atau dalam istilah perubatannya disebut attention deficit hyperactivity disorder(ADHD) adalah sejenis penyakit yang melibatkan kesihatan mental yang most common dihidapi oleh golongan kanak2 yang jika tak dirawat akan berlarutan hingga dewasa. Terdapat kerosakan yang berlaku pada litar otak yang menyebabkannya mengalami masalah. Symptoms atau gejala yang menandakan seorang anak itu menghidapi penyakit ini ialah kesukaran menumpukan perhatian atau fokus, tak boleh duduk diam atau terlalu lasak(over active), ketidakupayaan mengawal tingkah-laku, terlalu asyik dengan aktivitinya dan sukar dikawal, mereka bersikap sebegini dalam hampir kesemua situasi tak kira kat mana mereka berada, jenis yang sungguh2 tak makan saman punya...
Unfortunately there is no cure for ADHD, but treatments can relieve many of disorder's symptons. Rawatan pulak bergantung pada jenis ADHD yang dialami, setiap jenis rawatan disesuaikan dengan keperluan pesakit, ada yang memerlukan behavioral modification therapy/phychotherapy, ada yang memerlukan terapi pemakanan, ada yang memerlukan medication, ada yang memerlukan alat2 pembantu/education/training dan macam2lah lagi. Rawatan demi rawatan yang konsisten akan membantu kanak2 ini supaya mereka boleh menyesuaikan diri di sekolah dan dalam masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha2 yang berterusan dalam meningkatkan keupayaan IQ dan membentuk sahsiah anak2 ini jugak sangat penting...
Walaupun tiada ubat untuk penyakit ini, tapi hakikatnya ia bukan saja boleh dirawat malah boleh jugak dielakkan. Pakar2 perubatan masih bekerja keras to find an effective ways to treat and prevent it. Penting untuk kita sebagai ibubapa untuk faham tentang penyakit ini, kalau betul2 anak kita menghidapinya kita boleh dapatkan rawatan seawal mungkin...
InsyaAllah in next entry kita cerita pasal tanda2 anak yang hiperaktif, punca2 yang menyebabkan kelahiran mereka dan cara2 mengatasinya...
Sejuk menggigil2...
2malam lepas hujan lebat sungguh2, siap dengan kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum-dentam cukup 1pakej, nak tidoq pun tak berapa nak aman. Risau kot budak2 ni terkejut terjaga tapi depa as usual maintain releks ja tidoq macam tak dengar apa2. Mak depa pulak yang terkebil2 tak boleh lelap. Taktau laa kenapa kalau guruh kat Jepun ni terasa kuat sangat bunyinya, takkan sebab kami duk atas awan tingkat 5 kot yang jadi rasa gitu? Ish musykil2, tapi memang sungguh tak tipu terasa kuat sangat2, sampai rasa macam rumah ni bergoncang(hat ni tipu kot, hehe)...
Semalam dah mula rasa sejuk yang betul2, rasa dingin menusuk hingga ke tulang. Adik2 yang masih bercanda2 di Malaysia, lai2 mai2 balik nihong mai, nihong dah sejuk dah ni(umpan depa balik, depa kata depa tak suka panaih, huh!)...
Hari ni walaupun cuaca panas terik kat luar tapi anginnya sejuk, haa cuaca macam ni laa paling best sekali. Kalau keluar melompat2 time tengahari rembang pun gerenti tak berpeluh, syok dan sesuai untuk beriadah atau berkejar2an dengan anak2 kecik. Anak2, petang satgi atau esok lusa kita pi playground yer...
Menurut forecast suhu di kebanyakan ken(=prefecture) di seluruh Jepun dah mendadak turun, ada yang sampai cecah hampir 10darjah celcius penurunan. Kalau kat Yamaguchi ni hari tu waktu siang suhu sekitar 34, semalam dan hari ni dah cecah 24 dah, perghhh menjunam turun. Saat2 macam ni kesihatan badan kena optimum, kalau tak, mudah laa sakit, especially bagi kalangan bayi/kanak2. Apatah lagi tak lama lagi dah nak masuk musim hujan menandakan peralihan musim, lagi laa kena jaga betul2, time2 macam tu mudah sangat nak demam, batuk dan selsema. Bercakap pasal sakit ni, baru teringat yang 2R ni sepanjang natsu tak sakit, alhamdulillah dah dekat 4bulan tak pi klinik, mesti paed dan nurses kat situ rindu kat hangpa, hahaha.
Jaga diri baik2 ye semua, selamat berhari minggu!!!(gaya macam takmau update blog dah laa petang2 nanti, hihi)...
Thursday, September 23, 2010
Rafiqh Tsuyoshi 13 ~ 24 months
Alkisahnya Raziqh Takeshi empunya cerita...
So lets continue the story, entry ni nak cerita pasal Raziqh, dari saat kehamilan hingga usianya sekarang 1tahun 1bulan 23hari. Alhamdulillah, syukur amat sangat dengan anugerah kelahirannya ini, moga2 Allah terus pinjamkan amanah ini sehingga I 'menutup mata' untuk selama2nya, just can't imagine my life without him, huhu. Teringin sekali melihat anak kecil ini membesar menjadi muslim yang bertaqwa, anak yang soleh, berkeperibadian mulia, bijak, hafaz al-Quran, pendamping yang disenangi semua orang. Pendek kata, seorang yang memegang dunia di tangannya dan memegang akhirat di hatinya...
Hamilkan Raziqh adalah kehamilan yang dirancang, memang kami dah bersedia nak tambah baby lagi. Walaupun pada mulanya kami agak terkejut sebab cepat sangat pregnant, I thought I hanya akan pregnant lagi selepas Rafiqh dah berusia 1tahun++(based on pengalaman pregnant-kan Rafiqh, after few times of trial baru berjaya concieved), but of course we're more than happy when I was confirmed pregnant, alhamdulillah pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik...
Sepanjang tempoh kehamilan jugak boleh dikatakan ianya mudah. The 1st 10weeks was a smooth journey for us, I means no morning sickness, tak rasa macam pregnant pun. Morning sickness adalah sesuatu yang agak menakutkan I sebab my 1st pregnancy sangatlah teruk, with another baby to handle sebolehnya morning sickness adalah sesuatu yang mahu dielakkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan di situ, apatah lagi my family pun datang bercuti ke sini masa tu, so need to travel here and there, sediakan makan minum, layanan dan beri keselesaan buat mereka memang memerlukan tenaga yang bukan sedikit, I survived that stage even though masa tu dah start rasa sikit2 gejala morning sickness, dah loya2 dan alah dengan bau2 tertentu. Sebaik saja my family balik, morning sickness pun bertandang, memang cun2 punya timing, tapi syukur sebab tak teruk sangat dan tak lama, +- 3weeks je, right after entering the 2nd trimester, everything was back to normal, dah energetic balik hingga trimester ke-3. Kehamilan ni juga tak banyak komplikasi, tak banyak benda nak dirunsingkan except for delivery part, awal2 tu memang agak tertekan sebab sebolehnya nak bersalin normal, I kan berangan2 nak anak berderet, hahaha. Pun begitu, slowly I tenangkan diri untuk yakin dengan takdir Allah, so that I was less stress and enjoyed the pregnancy more...
Proses kelahiran jugak agak baik, though he is my 2nd baby but the gynae and nurses had to consider my case as a 1st timer, ye laa beranak caesarean section dan vaginal mana sama. Luckily tak ada sebarang episod yang mentraumakan, cause I still remember masa tengah dibedah I boleh sampai terdetik rasa serik and even terfikir untuk tak pregnant lagi tapi masa tengah bergelut dengan sakit contraction yang sakitnya Allah saja yang tahu, takdak pulak sampai terfikir semua tu, hihi...
Jaga Raziqh selama ni pun sangat mudah, alhamdulillah. He was such a peaceful baby, tak banyak songeh, oh I guess semua 2nd baby pun macam tu, more easy to take care of. Still we have lots of ups and downs with him, tapi semuanya minor2 saja kalau nak compared dengan orang lain yang hebat2 dugaannya, haa yang ni kena banyak2 bersyukur pada Allah, moga2 dia terus menyenangkan sampai bila2...
I tahu masih banyak cabaran yang menanti di depan, membesarkan anak2 pada zaman sekarang ni bukanlah perkara mudah kan. Kadang2 rasa gerun dan risau melihat perilaku anak2 sekarang, walau apa sekalipun kita tetap perlu berusaha, dah kita yang bawa mereka ke dunia, kita laa yang bertanggungjawab membentuk sahsiah dan peribadi mereka. Semoga Allah membuka laluan jalan yang mudah...
Wednesday, September 22, 2010
Followers vs viewers - mana yang penting?!
Ada yang datang tinggal jejak tu semata2 nak suruh kita jadi followers depa, hmmm pelik2. Sebenarnya I suka je orang datang bagi komen, be it negative or positive, sangat2 dialu2kan, in fact I akan melawat balik blog mereka(my followers dan pengomen), tak jemput pun takpa, hehe. Cumanya untuk I jadi follower atau tak, tu terpulang laa kan, mana aci main paksa2. Kalau kita suka baca blog dia, belum tentu lagi dia suka baca blog kita, so kena laa fahamkan hakikat itu...
Penting sangatkah untuk memiliki followers?
Untuk jawab soalan ni 1st of all kita kena tengok fungsi/peranan utama blog tu ditubuhkan. Kalau blog tu ada unsur2 sebagai saluran income contohnya seperti ada iklan2 berbayar ataupun bisnes, memanglah followers ni boleh dianggap satu aset jugak. Dengan adanya followers yang ramai, impaknya sangat besar pada 1st viewer yang tiba2 tersesat masuk. Bila dia tengok blog tu ada 7ribu followers mesti punya akan terdetik dalam hati dia, wah glamournya blogger ni, mesti tulisannya best, haa kan kan?! Dia pun akan tertariklah nak baca dan baca dan baca, lepas tu jadi followers jugak. Secara tak langsung, ia menyumbang kepada banyaknya viewers seterusnya...
Tapi ada jugak blogger yang saja2 buh column "followers" tu just for fun, like me. Dia tak kesah pun berapa ramai followers dia, takdak aih nak ajak2/minta2 orang follow dia, apatah lagi nak buat giveaway yang mensyaratkan peserta mem-follow-nya. Golongan blogger ni mungkin jenis yang santai2, menulis untuk kepuasan diri...
Samada blog kita ramai followers atau tak, tu tak penting sangatlah, sebab bagi I yang paling utama ialah bilangan viewers yang datang secara konsisten. Kalau followers ramai pun belum tentu semua yang follow tu adalah readers kan. Ramai ja yang jenis follow membuta-tuli...
Apapun, pilihannya di tangan anda!
Saya hargai setiap ruang hadir pembaca, especially for those who willingly to leave their comments, their warm wishes and everyone who has becomes this blog's follower, thank you so much! (Tiba2 budget artis bagi ucapan lepas menang anugerah, kah3)...
Penerbangan Air Asia ke Jepun
Oh honestly I tak ambil port sangat pun pasal ni cause the flight is just available for Narita Airport which is in Tokyo, jauh maa. Lain arr kalau AA buka kat Fukuoka Airport kan, haa time tu boleh ler I nak berangan2 balik Malaysia setiap 6bulan sekali, hiks.
Dulu2 masa I masih student, ada je flight KLIA-Fukuoka, senang giler, boleh keluar rumah awal pagi, naik shinkansen(=bullet train) sampai Hakata station, naik bas terus ke airport, flight biasanya pukul 11lebih. Memang sempat sangat, boleh releks lagi on the way tu. Tapi dek kerana kurang sambutan(kot), tak lama lepas tu MAS dah takdak dah kat Fukuoka, international airport paling dekat nak kena tuju everytime nak balik Malaysia adalah Kansai Airport kat Osaka. Tak best langsung!
Kalau masa takdak anak lagi no hal laa, boleh ke Osaka sehari sebelumnya, lepak2 sana atau pun naik bas malamnya then sampai Osaka awal pagi tu, sempat je lagi nak rush ke airport. Tapi kalau dah ada anak ni, nak bawa ke Osaka sehari awal pun renyah sebab nak kena naik-turun densya(=train) untuk ke hotel selepas dah naik shinkansen 2jam lebih, pernah merasa dah sekali dulu, perghhh penat taktau nak kata. Kalau nak naik bas lagi laa muri(=mustahil), 6jam perjalanan woo. Solution yang kami ada setakat ni ialah dengan bawa kereta sampai airport, adehhh penat toksah habaq laa kan, bawa budak2 naik kereta untuk perjalanan 6jam++, memang pengsan laa. Tapi nak buat macammana dah takdak choice, cumanya lepas2 ni dengan 2budak ni memang nak fikirkan solusi lain laa, kalau boleh takmau dah travel ke Osaka setiap kali nak balik Malaysia...
Dengan itu, harap2 sangat laa AA akan buka servis depa kat Fukuoka jugak tak lama lagi. Tak payah laa buat penerbangan seminggu sampai 3-4kali, memang laa tak dapat sambutan, acu buat sekali atau 2kali ja, gerenti ramai yang naik, hehe...
Kalau tengok price memang murah laa tiket AA ni kan, even dah campur2 tax lainnya pun I'm sure masih jauh beza dengan MAS. Cuma nak kena tengok dari segi servisnya laa pulak. Kalau baik dan selesa, memang bagus sangat lah, bagi saingan sikit kat MAS tu! Cadang2nya tahun depan nak balik bercuti, alangkah indahnya kalau time tu dapat tiket murah, boleh laa balik lamaaaaa, muehehehe...