Tuesday, June 22, 2010

Penyediaan dan pengendalian frozen foods

Updated!

A friend of mine - Tinie requested me to write an entry regarding frozen foods. Wahhh tetiba perasan diri ni jadi chef pro pulak, hahaha.

Mula berjinak2 buat frozen foods ni sejak awal2 kahwin, for those yang tak tahu, I kahwin masa masih study in 3rd year. Dengan komitmen terhadap pelajaran dan tanggungjawab sebagai isteri, memang kena laa pandai2 mengurus masa kan, myLove pulak dah pun bekerja pada masa tu, keluar pagi balik malam so memang tak boleh sangat nak harap dia tolong hal ehwal house chores ni. Disebabkan belum ada anak dan duk rumah pun kecik cinonet, kerja2 lain tu no hal sangat, in fact masa belum ada anak seminggu sekali ja basuh baju pakai washing machine, tiap2 hari basuh baju pakai tangan hokey. Tapi bila masuk bab memasak adalah sedikit leceh, sebabnya nak kena sediakan breakfast, bento(=bekal lunch), minum petang dan dinner everyday without skip! Dari situlah keluar idea nak buat frozen foods ni. Memang tersangatlah membantu, nak2 time tak sempat masak, time balik kelas lewat badan dah penat, time tetiba takdak idea nak masak apa, time exam sibuk nak study, time report/assignment bertimbun dan tak lupa jugak time malas, hahaha. Okeh, yang mukaddimah panjang sedepa ni dia tak tanya pun sebenarnya. Dia suruh tulis apa2 berkaitan penyediaan dan pengendalian frozen foods saja, ngeeee...

Kalau cakap pasal frozen kuih-muih, banyak sangat boleh di-frozen. Habaq mai nak beku apa, rasanya semua boleh, donat, karipap, pau, roti canai, murtabak, kuih bom, nugget, bergedel, keria, kuih kacang, pulut panggang, pulut dakap, lopes, cekmek molek, hish banyaklah. Bila mai mood rajin nak kelebek kuih, haa time tu buat siap2 banyak terus, pack cun2 dan susun masuk freezer. Nanti anytime nak makan, keluarkan dan goreng/kukus/bakar laa ikut kesesuaian. Menurut penjual2 kuih frozen, kuih2 ni mampu tahan up to 3months, perghhh lama tu, kalau kat rumah ni paling lama simpan pun sebulan ja kot, sat sangat dah licin...

Untuk penyediaan lauk-pauk frozen pulak, base on pengalaman sendiri masa tinggalkan myLove ketika balik bersalin dulu, dalam 2bulan lebih jugak laa lauk-pauk ni boleh tahan(read: tak rosak/basi), tapi janji pengendaliaannya kena pada cara. Untuk buat lauk-pauk frozen ni kalau nak simpan dalam seminggu saja boleh laa pakai seafoods dan daging, tapi kalau nak simpan berbulan2 tu better guna ayam laa. Sebabnya untuk yang nak simpan lama tu kena cari resepi yang ayamnya digoreng terlebih dahulu. Ni untuk elakkan ayam resap kuah, nanti tak sedap. Selalunya I goreng ayam agak garing baru campur masuk kuah. Tapi kalau in case nak buat base lauk saja contoh macam sambal kosong, masak merah kosong, masak serai kosong dan yang ala2 gitu, takdak hal laa. Sebolehnya elakkan masak benda bersantan atau bersayur(paprik/tomyam/kari).

Pengendalian frozen lauk-pauk ni pulak, kita pack dalam bekas2 kecik agak2 untuk sekali makan saja. Hal ni penting supaya bila nak panaskan tu nanti kita tak perlulah keluarkan sebekas besar, cedok sikit lepas tu buh dalam freezer balik, nanti cepat basi masuk-keluar-masuk-keluar gitu kan. Kalau dah siap pack kecik2 senang sikit, kita keluarkan bahagian yang kita nak makan saja, hat lain tu tak usik.

Contoh lauk-pauk yang boleh di-frozen lama ialah ayam masak sambal, ayam masak merah, ayam masak serai, ayam 3rasa, ayam masak acar(macam sambal ayam tapi letak biji sawi dan cuka), tu ja kot yang I pernah buat.

Bagi ibu2 yang rajin dan nak memasak tapi selalu kesuntukan masa(especially for working mommies), the way kita manage bahan2 memasak ni pun boleh membantu mempermudahkan dan mempercepatkan proses memasak.

1. bawang merah dan bawang putih boleh dikupas siap2 untuk seminggu. Masukkan secara berasingan dalam tupperware kering yang bertutup dan simpan dalam fridge. Sila jangan basuh bawang2 tersebut, kupas dalam keadaan kering, nanti nak guna baru basuh.

2. bawang merah, bawang putih dan halia boleh di-blend siap2 untuk kegunaan seminggu. Simpan dalam bekas bertutup dan letak kat bahagian paling sejuk dalam fridge(bukan freezer ok, kalau peti ais jenis atas freezer tu, buh kat tingkat paling atas dalam fridge, errr faham ker tak ni? haha).

3. cili boh pun sama, rebus dan blend siap2, buh garam sikit untuk tahan lama. Simpan kat tempat yang sama dengan bawang blend.

4. ayam, ikan,udang, sotong, daging bla3 tu semua bila beli persiang siap2 dan pack-kan kecik2 agak2 untuk sekali masak. Nanti senang nak defrost, tak payah tunggu lama, tak payah terhegeh2 nak persiang, semua dah ready, main campak2 saja.

Kalau nak kira dari work management, I'm sure working mommies out there ramai lagi yang terer kan. So guys, anyone care to share any tips?!

Ada tambahan info:
- my sil - kaklong 'pesan' supaya lauk-pauk yang nak di-frozen tu kita kena sejukkan terlebih dulu baru masuk freezer ye, kalau tak buat gitu cepat ler rosak/basi
- untuk buat kuih-muih frozen, kebanyakan kuih kita kena masak half-cook terlebih dulu sebelum di-frozen, contoh macam donat, roti canai, pau, cek mek molek, murtabak, kuih bom, kuih kacang bla2, masak sikit saja sebagai 'ambil syarat', tapi ada jugak yang tak payah masak langsung, boleh terus bekukan macam karipap, keria dll. Kalau ikut my mom, lepas dah kelebek2 tu dia atur atas dulang/pinggan dan masukkan dalam freezer sekejap, agak2 dah keras dia keluarkan dan susun kuih dalam tupperware then bekukan semula. Masa nak goreng tu tak perlu tunggu kuih2 ni nyahbeku, boleh goreng terus masa tengah keras2, kalau tak boleh tanggal satu2 sebab lekat pun takpa, nanti kuih2 tu tertanggal sendiri.

22 comments:

Unknown said...

thanks again fith..kalo bhn mentah mmg hubby persiang dan pack kecik2..bawang & etc mmg tini slalu wat camtu, donat pernah frozen..cuma tang lauk ni tak pernah wat..eheh..masa kita wat keluar dari freezer tu da boleh terus panaskan ke? ke kena tunggu dulu?

Fith said...

Tini,
no prob ;)
boleh je kalau nak terus panaskan.stgh org prefer panas pakai microwave je,lg senang,tp fith suka masak blk atas api,sbb selalunya suka letak bawang besar extra atau nak adjust2,hehe.slmt mencuba!

norlin said...

Fith kalau buat frozen kuih tu ...kena goreng dulu sampai macammana...noli sebelum ni simpan yang tak goreng langsung, patutla tak bagus sikit bentuk dia...

norlin said...

teringat umi noli..selalu buat stok lauk simpan dalam peti kat beku dlm bekas kecik kecik..time rajin masak byk banyak, bila sibuk .,..tak kalut masak....walaupun sekarang ni anak anak dah tak dak kat rumah...umi masih buat macam tu lagi...dah terbiasa umi kata...umi cakap org kerja mesti kena bijak urus dapur kalau tak mkn luar je la...hihi macam yg fith buat ni la...sama macam umi noli...

Unknown said...

haa mmg tepat ja entry ni..dyana pn tgh dok frozenkan foods utk tinggai kat muz..tiap2 hari keja dok gelebek buat kuih ja..mcm nk menjual plak rs hehe..oo daging xbleh eh?kalau wat rendang2 ka ok x?

Fith said...

Norlin,
thanks for the question,ternyata tak hbs tulis pun kan,selalu assume org faham.kalau fith,fith goreng separuh masak dulu.tp boleh ja sbnrnya kita bekukan kuih2 tertentu tanpa perlu masak.

haa betul2,biasanya mak2 bekerja buat camni,eso yg 'jaga' makan minum suami n anak2 kan,klau beli kat luar bukan sedap sgt pun,tak berkhasiat pun yer jugak kan.mcm fith ni still buat jugak sbb senang in case anak2 meragam.nanti noli dekat2 due atau lps bersalin boleh laa buat,senang laa nak handle baby kan,hehe

Fith said...

Dyana,
kakfith bukan tau sgt pun,main agak2 pakai lojik ja,hahaha.daging tu tak sure laa,tapi kalau takat seminggu no hal laa,klau lama2 simpan takut dia resap kuah nanti rasa dia pelik(pepandai ja).rendang tu klau tak buh santan ok ja rasanya,tp klau buh santan tak sure laa...

wah2 sakan laa ya kelebek kuih,syok laa muz nanti,hehe

Ina said...

bagus2. td memula baca terpk2 jugak certain2 kuih tu nk kena msk dlu ke apa ke. rupanya karipap n keria xyah goreng dlu pn xpe ek. kiter suka nk buat kuih2 frozen ni. tp tula dh naik malas nk buat sbb freezer nyer xmuat. nk simpan stok ayam daging lg huhu. kan best kalo ada deep freeser besar tu hihi. btw tq for sharing ;)

Fith said...

Ina,
haa betul2,peti ais selalu jd problem kan.fith ni pun sbb ada extra peti ais yg dulu pakai utk jual ayam daging halal tu,jd rajin ler nak simpan2.klau takde benda tu,malas gak benornya.
aah ina,karipap,keria,cekmek molek tu tak masak dulu pun takpe.

::NaS:: said...

benkyou ni natta.
thanks Kak Fith! =)

Fith said...

Nas,
wah,hontouni?yokatta!hehe.
bagus2,persiapan masa akan dtg,tak lama dah tu,hihi...

::NaS:: said...

Kak Fith,nak tanya skit.
K.Fith cakap lauk2 tu buh dalam bekas kecik pastu masuk dlm freezer kan.bekas2 kecik tu bekas cam tupperware kan,bukan plastik kan?
bukan apa,peti ais org bujang ni cinonet je.slalu bahagian freezer tu penuh gila.kalo letak dlm plastik boleh jimat ruang skit.tapi nak cari plastik yg boleh tahan masuk renji tu taktau ada ke tak.ke ada?Kak Fith tau nak cari mana?

eh banyak pulak soalan.gomen ne.
hehe

kew_chop said...

thanks fith info ni.. jap nak tabik spring jap kat fith memang pro sgt dah ni..

Fith said...

Nas,
ie2,boleh aje tanya,tak kena bayaq pun...
plastik boleh masuk renji kakfith tak sure laa,tak pernah dgr lg,tp taktau laa kot mmg ada kan,nanti bleh try tgk kat trial,hehe.tp nak simpan lauk dlm plastik mmg boleh,nas beli plastik yg tebal sket,tunggu lauk sejuk n pack,pastu masa nak panaskan tu keluarkan dari freezer dan rendam dlm air dulu.pastu ikut laa nak panas guna renji/atas api.

Murni,
haha tolong la,buat lawak plak ek...

Unknown said...

tini baru je place order set tupperware frezeermate, mmg sesuailah nakwat stok frozen ni..ala paling lama pun seminggu je, masuk weekend da leh wat stok baru..ehehe..wah, nampaknya ramai juga mendambakan tajuk ni..ehehe..thanks again fith..

Fith said...

Tini,
wah2 bestnya,senang laa kan nanti nak guna.
itulah tak sangka plak ramai yg berminat dgn tajuk ni,hehe.

Lady QisMar said...

Fith,
thanks for the tips.

nak tanya, kalau murtabak nak frozen kan kena masak half cook dulu ke? sebab inti dia kan ada telur. Takut basi.

anumuchan said...

thx sharing kak. follow here :)

Unknown said...

tq kak fith . info yg sgt berguna . sy working mommy baru ad sorang baby . sebelum ni dok berdua je tk kalut sgt kt dapur . agak2 tak sempat masak tu , makan luar le jawabnye , hehe . skrg dh ada baby baru kalut nk kene handle everything in one time , balik keje nk masuk dapur la nk tgok baby la mmg tk sempat .then terjumpa blog akak fith , sgt3 berguna utk sy . senang la pasni buat frozen je . trima kasih :)

azzahra88313 said...

Tq kak fith, blh la pas ni try buat hat frozen2 ni.. Hihi slalu kalut dgn anak2 n dapur.. Hahaha seorang dok gayut sana sini.. Aduhai...

Unknown said...

Aslmkm..maaf nak tanya..klu pulut panggang utk frozen mcmana ye..perlu nk bakar sekejap atau x perlu..just terus simpn dlm fridge je

Dzulkarnain Zulkifri said...

Assalamualaikum...
Terima kasih kerana berkongsi info/tips dan maklumat berguna kpd kami semua..
Dah bermacam2 saya google tips utk kuih frozen..
Boleh saya dapatkan pandangan atau tips utk penyediaan kuih/makanan frozen?
Saya teringin untuk berniaga TAUHU BERGEDIL.. tapi saya kekurangan masa untuk membuatnya segar setiap hari..

Bolehkah saya membuat Tauhu Bergedil secara banyak kemudian saya frozen kan utk digoreng kemudian/ pada esok-esoknya?

Berapa lama Tauhu Bergedil boleh disimpan frozen dan kekal segar/sedap seperti baru dibuat?

Ucapan Terima Kasih saya dahulukan, harap dapat membantu saya...

DZUL - O183758586