Wednesday, June 23, 2010

Mitos dalam penyusuan susu ibu...

Pernah dah post entry ala2 gini suatu masa lalu, so this is a re-post entry but surely with more update info, check it out!

Asas utama kejayaan penyusuan susu ibu ialah ILMU, KESABARAN, DORONGAN dan SEMANGAT yang kuat, DOA juga sangat penting...

ILMU adalah kayu ukur yang menilai sejauh mana seorang ibu itu faham dengan apa yang dia sedang lakukan. Alah, ilmu tu kan basic setiap perkara, Rasulullah sendiri memberi penekanan tentang kepentingan ilmu dalam segala aspek kehidupan. Memang diakui, ada ibu2 yang menyusu membuta-tuli ni berjaya capai targetnya, tapi persoalannya adakah mereka benar2 berpuas hati dengan hasilnya?! Berbeza dengan ibu2 yang menyusu berbekalkan pengetahuan, mereka faham konsep penyusuan susu ibu dan ianya memudahkan mereka untuk mengatasi sebarang masalah yang mendatang. Pastikan jugak informasi2 berkaitan breastfeeding(bf-ing) ni disokong dengan kajian yang terbukti ye, bukan dari cakap2 orang semata. So, we must know which is the fact and which is the myth...

Fakta2 ini dipanggil mitos kerana telah dibuktikan oleh sains bahawa ianya karut semata. Adakalanya mitos2 ini menjadi satu beban kepada mom-to-be and even mommies pun, and somehow ianya berjaya menyuntik keraguan dan melemahkan semangat. So, please, before you believe it, do a research, try to find out the truth! So, ni I senaraikan apa yang I pernah dengar dan terbaca, maybe ada banyak lagi...

1. Mommy yang bf tak datang haid sebab darah tu jadi susu
- Eeiii geli tau! Menstruation is depends on few factors such as hormone, ada je ibu yang menyusu but right after habis nifas dia dah datang period...

2. If you bf your baby, you won't get pregnant
- Nope, once you get your menstruation circle back, anytime you can get pregnant! In fact before datang period balik pun kita ada possibility to get pregnant, sebabnya kita tak tahu bila telur akan mula dikeluarkan. Bf bukanlah kaedah perancangan keluarga!

3. If your mom failed to breastfeed, you have the posibility to fail too
- Nope, basically, ALL women CAN breastfeed, unless she has health problems or she has no breasts!

4. Baby boy minum lebih dari girl
- No, tiada bukti sains atau mana2 kajian menunjukkan kesahihannya. So jangan terpedaya kalau ada orang kata, "oh baby boy yer? minum banyak ni, mesti tak cukup susu kau, campur2 laa dengan formula milk(fm)" atau "oh baby girl ya? minum sikit2 jer ni, nanti cepat laa susu kau kering!", nonsense!

5. If mommy do not bf her baby in 24hours, susu tu akan BASI
- hahaha, lawak hokey. How could susu dalam badan boleh basi?! aiyaa, tak logik, tak logik!

6. Anak hanya boleh disusukan hingga usia 2tahun. Kalau more than 2 years, anak tu minum darah!
- What?! Dalam Al-Quran disebutkan penyusuan 2tahun tu adalah saranan, sebaik2nya 2tahun. Tapi bukanlah beerti 2tahun je, mesti stop. NO!

7. Right breast is rice and left is water
- both breasts have exactly the same function, so they produce absolutely the SAME milk, no different at all ok!

8. Pregnant mommy should not bf sebab susu tu kepunyaan anak yang dalam kandungan
- NO! susu tu hak baby dalam kandungan hanya bila dia dah lahir! Dan tak salah pun kalau nak susukan 2 atau 3orang anak dalam satu masa, dengan syarat susu memang cukup, and the youngest membesar dengan baik...

9. Breastfed baby tak akan sakit
- Diakui susu ibu adalah makanan terbaik bayi, lengkap segala-mala nutrisi yang diperlukan, tapi ia bukanlah jaminan yang anak tu tak akan sakit langsung! Dah nama pun manusia biasa kan, akan sakit laa jugak. Baby yang minum susu ibu ni bukannya superman atau ultraman hokey!

10. When a baby or mommy is sick, it is better not to bf
- Nope! Sebaliknya, when a baby or mommy is sick, bf is more important than ever. Let say mommy tu demam, she needs to take medication, don't worry that the drugs will harm the baby because most drugs come out into the milk in such tiny quantities that it is extremely unlikely to be clinically significant for the baby. Consult laa dengan doctors. Badan ibu yang sakit akan keluarkan antibodi untuk menyerang penyakitnya, so baby yang minum susu ibu juga akan dibekalkan dengan antibodi yang sama...

11. Baby perlu diberi air masak sebab dia dahaga, tak boleh laa asyik bagi minum susu saja
- yang ni pun satu hal jugak, dah kalau dicampur2 benda lain, tak nama exclusive breastfeed dah laa. Jangan terkejut kalau jumpa parents yang anak umur sehari dah suap bubur dll, lapar katanya, sorry to say, BODOH!!! Allah ciptakan baby bila lahir jer dia mampu hidup minum sikit2 je susu ibunya (sebab breasts biasanya perlukan few days before produce milk).

12. Breasts ibu yang menyusu akan lebih cepat mengendur
- saiz breasts setiap wanita akan membesar ketika dia hamil, jika dia tak menyusu saiz breasts akan mengecil secara drastik dan mengakibatkan pengenderun, berbeza dengan ibu yang menyusu. Sebenarnya mengendur atau tak ni sangat bergantung pada cara hidup kita, sendiri mau ingat dan jaga laa...

13. Breast kecil tak boleh hasilkan susu yang mencukupi
- kecil atau besar bukan ukuran kuantiti susu yang akan dihasilkan. Saiz breasts adalah bergantung kepada berapa banyak lemak yang terkumpul di bahagian tu, that's all!

14. Si ibu perlu basuh nipple setiap kali sebelum menyusu
- kalau kita perhatikan di bahagian areola(kawasan gelap sekitar nipple) ada banyak small bumps kan, ia berfungsi untuk menghasilkan natural oil yang akan mencuci dan protect our nipple, natural oil ni jugak boleh membunuh bakteria, so tak perlu nak basuh2 bagai...

15. Modern fm are almost the same as breastmilk
- tolonglah jangan percaya. Cuba fikir, ada ka ciptaan manusia yang mampu menyamai sesuatu yang Allah ciptakan? Terang2 jawapannya No! Tak ada dan tak akan ada satu susu pun dalam dunia ni boleh menandingi kehebatan susu ibu. So please ye, ibu2 yang tegar fm, jangan promote those fm to me sambil kata susu tu bagus-gila-tahap-anak-boleh-jadi-kamen ryder bla3, geli telinga ni dengar, I'm not stupid like you!

16. A bf-ing mother should space her feedings so that her breasts will have time to refill
- a lactating mother's body is always making milk. Her breasts function in part as "storage tank", some holding more than others. The emptier the breast, the faster the body makes milk to replace it, and the fuller the breast, the more production of milk slows down. If a mother consistently waits until her breasts "fill up" before she nurses, her body may get the message that it is making too much and may reduce total production...

17. A mother must drink milk to make milk
- ini jugak satu set mind yang terlalu common untuk hampir kesemua ibu yang menyusu. Hinggakan bila ada ibu yang tak 'boleh' consume susu ni, la la tu terus give up takmau bf. Actually a healthy diet of vegetables, fruits, grains and proteins is all that a mother needs to provide the proper nutrients to produce milk. Calcium memang penting, tapi bukan hanya susu sumber utamanya, banyak lagi sumber non-dairy lainnya. Cuba fikir, no other mammal drinks milk to make milk, right?!

18. Bf-ing has a negative impact on the husband/wife relationship
- keperluan penyusuan ni akan berubah bila anak semakin membesar. In fact, the teamwork of nurturing a newborn can actually bring a couple closer as they develop parenting skills together.

19. Nursing a baby after 12months is of little value because the quality of breast milk begins to decline after six months
- I selalu baca tentang ibu2 yang ragu2 dengan kualiti susu mereka, pelik sungguh! The composition of human milk changes to meet the changing needs of baby as he matures. Even when baby is able to take solids, human milk is the primary source of nutrition during the 1st year. Kemudiannya menjadi supplement to solids during the 2nd year. In addition, it takes between 2-6years for a child's immune system to fully mature. Human milk continues to complement and boost the immune system for as long as it is offered, tapi takdak laa suruh nyusu sampai 4-5tahun, 2tahun tu kira ok sangat dah.

Ermmm, apa lagi yer?!

9 comments:

mysara said...

satu lg mai selalu dgr..org selalu ckp kat mai..kalau bf-ing mom makan benda2 pedas, nnti anak sakit perut.. yeke? mai tanya doc,dia kata tak..tp tanya sorang jer doc pon.tp kalau pk2 balik,boleh ke pedas tu masuk susu..jadik susu pedas2? huhuh..slain tu,makanan2 berangin(nnti bb kembung).huhuh

Fith said...

my,
haa,mmg selalu dgr yg ni jugak.
pernah dah wat entry psl ni,hehe.fith pernah gak tanya doc,doc kata klau keterlaluan mmg boleh jejas susu badan.tp kita tak laa pulun mkn sesuatu tu sampai sndr pun sakit kan.

Ina said...

ingat blk memula bf dlu seb baik la sorg2 je kt sini. kalau pantang kt mesia mesti tensen sgt2 nk menepis satu2. utk next bb insyaallah ok la kot sbb dh ada pengalaman so dh tau nk tepis2 cmner hihi. btw yg mcm mai ckp tu kiter percaya yg tu sbb mcm ada logik nyer juga. susu tu hasil drpd apa yg mak mkn. so kalau keterlaluan boleh terkesan jugak kt bb. kt mak2 lain xtau la. tp kiter masa kena diarrhea mkn apa ntah si ihsan pn terkena gak cirit birit sama. pastu masa memula hbs pntang kiter sensitif sket dgn timun n pulut. tp pi balun. sudahnya ihsan mlm tu keje nangis kentut2 n berak2 sama mcm mak dia haha

Fith said...

Ina,
sgt betul!insyaAllah next baby tak byk prob sgt sbb kita dah ada pengalaman,lgpun org pun pk 2-3kali nak 'tunjuk ajar' since dia pun tau kita dah tau serba sikit,hehe.
fith pun sama mcm ina,klau salah makan(terlebih ambil caffein dlm sehari),bleh nampak effect kat raziqh.bila perut rasa tak sedap raziqh pun akan meragam.fith yakin tu semua sbb foods yg dimakan.kesian baby ye,mak dia sedap makan,diorg pun terkena gak,haha

ojasamid said...

tu la kan, bab makanan ibu effect baby tu mmg lain org lain kesannya kan. xboleh generalize semua org sama. ada ibu tak tahan makanan berangin, ada yg ok. baby pon sama. bg akak yg pntg kita cuba sikit dulu n tgk both ibu n baby ok ke x..mcm makanan pedas tu pon "seibun" yg membuatkan benda tu pedas sdkt sebyk mgkn masuk dlm susu ibu kan. jd depends juga kot, ada anak yg tahan ada yg x. hehe...

as for me, utk dua2 anak akak hanya `pantang`/kurgkan pengambilan kafein aje sepnjg tempoh pregnant n bf-ing. setakat ni alhamdulillah kesemua makanan yg akak makan xeffect yg pelik2 pd both mommy n baby nye..tataulah pula kalau anak seterusnya. mgkn lain ragamnye kan. hihi.

Fith said...

Kak oja,
aah sgt bergantung pd badan sndr n baby tu kan.fith so far caffein je laa,mmg had 2kali je intake tp kdg2 pg minum kopi ptg bantai teh pulak,sndr pun tak tahan,raziqh lg ler kan.kena tgk jenis kopi gak fith ni,certain tu ok,certain tu tak boleh,aiseh pelik2.

senang gak laa kak oja takde pantang2 kan,hehe,bagusss,senang nak telan tanpa rasa was2 n bersalah.insyaAllah next baby pun no prob laa tu...

mysara said...

oo..so,bleh la kita simpulkn..kalu kita mkn xjejas diri kita insyaAllah bb ok..meaning jgn mkn byk2..mcm mai ni suka pedas,mmg balun jer tp xde la sampai cirit..alhamdulillah,masa rayyan,dia ok jer..rifqi nih pon so far ok..apa2 pon kita mkn mmg kena berpada2..huhuhu

zura said...

erm sebenarnya baby dulu2 yang kembung menyusu badan sebab mak depa pi tala air masak lagi banyak dari susu badan.., entah2 air masak tu pun tak masak betul.., sebab tu la baby sakit perut.., kalau nak kata kita makan pedas susu baby jadi pedas tu mmg tak masuk akal langsung..!

erm mcm zura.., mmg kuat giler makan pedas.., dar amsyar n aisy so far alhamdulillah tak de pape pun.., kdg2 baby nie kembung sebab benda lain.., tapi bila kita makan tak ikut mcm yg org tua pesan.., terus je la dorag salahkan kita.., tu la kan dah cakap jgn makan pedas2 nanti baby kembung.., ape pun kita sendiri akan tau secara automatik same ade benda tu ok tak utk baby dgn kita.. kdg2 mitos org tua nie mcm2..,

erm lagi satu org kata kalau kita preggy tak boleh susu kan bayi.., ade yang kata baby hisap darah ibu.. ape daa.., tak masuk akai langsung..! mcm zura dulu.., amsyar automatik tak nak bile dah nak masuk trimester ke tiga.., sebelum tu ok je susu bdn.., tak de maslah pada baby dlm perut, baby yang dah keluar serta ibu baby.., ehehehehe

Fith said...

my,
hehe boleh laa kot buat kesimpulan gitu.mmg ikut kita n baby.klau rayyan n rifqi takde prob,no hal laa kn my nak mkn pedas2,hehe.
sesetgh baby dia akan reject susu ibu sekejap sbb ada effect rasa,mmg ada kajian khas utk ni,nanti fith cari blk info ni,klau jumpa kita share k.

Zura,
susu tu tak jd pedas tp rasanya akan sdkt pelik.pemakanan kita yg over2 mmg akan beri kesan pd susu badan,susu badan kan terhasil dr pemakanan kita.fith mmg pernah baca n baru2 ni tanya doc.tp sgt bergantung pd baby n ibu,klau both no prob maknanya ok laa.fith dulu masa dgn rafiqh takde prob sgt,tp dgn raziqh ni mgkn salah beli coffee so klau terlbh minum coffee tu akan rasa angin2 sket,hehe.amsyar n aisy tahan dgn pemakanan zura,kira ok laa tu kan...