Wednesday, June 2, 2010

Menu baru S/A - Nasi Daging Berempah!


Resepi nasi daging berempah ni diambil dari MyR-Kak Fida. I copy-paste balik resepi ni kat sini sebagai rujukan masa akan datang...

1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik

Cara2:
-Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
-Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
-Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
-Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.


InsyaAllah menu baru Sakura Apron ni akan mula dijual sabtu ni, harap2 menjadi dengan jayanya, amin...

Ada sedikit kemusykilan sebenarnya, kalau kat rumah biasanya nasi daging ni kami makan dengan air asam sahaja, tak ada menu sampingan lain tapi bila nak buat jualan, kena laa tambah lauk lain lagi kan, so far dah dapat beberapa feedback sebagai cadangan, in case ada viewers yang nak bagi pendapat, amatlah dialu2kan, thanks in advance! Agak2nya lauk apa yang menarik dan 'kena' bila digandingkan dengan nasi daging ni?!!! Ermmm...

4 comments:

IDA said...

air asam,dalca,jelatah atau acar timun/nenas :-)

Fith said...

Ida,
thanks.nanti boleh ubah2 menu sampingan base on idea2 ni,tq!

aisha said...

wahh sedappp yee...wahh award..tq fith walaupun lewat dah..hihi..;)

Fith said...

aisha,
haa sila2 ambil yer,dah terlepas ke bawahhh sgt dah tu,hehe