Monday, June 21, 2010

Mari jahit-menjahit, lalala...

Okeh2, atas permintaan ramai(tak ramai mana pun sebenarnya, hek), ni nak buh gambar2 hasil dari jahitan minggu lepas, starting from monday till saturday. Setakat ni I target untuk jahit satu benda sehari, kena berlatih jahit banyak2 sebabnya nak jahit garisan lurus pun masih terkial2 lagi, maklumlah I ni kan spesis 'tangan bangku', haha...

1st day(ahad) try buat seluar untuk Raziqh tapi hampeh tak lawa langsung, takmau tunjuk laa kat sini, maluuu. Isnin tu pulun jahit seluar lagi, tak puas hati punya pasai sebab before tu tak jadi, taraaa ni seluarnya, kira ok laa kan kan?! Kain ni ambil dari baju lama mak dia yang tak pakai dah. Ni tutorial yang I refer, sangat mudah nak faham -> baby's pants

muka happy pakai seluar mama jahit, hiks...


Hari selasa jahit beg ni untuk Rafiqh pulak. Sekarang ni dia suka main beg, ala2 macam mama guna handbag, nanti dia kumpul mainan dan bubuh dalam beg dan heret pi mai pi mai buat main. Kain ni pun ambil dari baju lama mak dia, habis laa baju mak depa jadi mangsa jahitan...



Rabu jahit apa2 benda yang koyak, jenuh mengorek almari cari baju nak dijahit, sebelum ni pakai tangan ja tak berapa kemas dan cantik tapi sekarang dah pandai pakai mesin so apa lagi kan, jahit jangan tak jahit, keh3...

Khamis buat pocket tissue case. Sejak dulu lagi I memang minat guna case2 gini, nampak lebih feminin bila setiap barang ada case tersendiri, especially barang2 dalam handbag. Senang ja nak jahit benda alah ni, kalau berminat boleh refer tutorial ni -> tissue case. Lepas ni nak pi beli kain japanese traditional style pulak, boleh laa buat case ni banyak2 dan bagi kat orang...



Jumaat jahit seluar tidur ni untuk mama. Kain ni ambil dari one-piece lama mama yang dah lama sungguh tak pakai, beli baju tu masa 1st year study kat sini dulu, haa ada laa dalam 6-7tahun yang lalu. Ni tutorialnya -> pajama pants.



Lastly, jahit eco-bag case. Eco-bag ni selalu buh dalam handbag tapi dok lipat2 lepas tu ikat pakai getah, huduh aih. Sekarang dah ada case sendiri, cumel!



Bila tengok hasil jahitan sendiri ni(walaupun tak seberapa), tetiba rasa kagum dengan diri sendiri, haha, dan mula laa berangan kot2 nanti boleh jahit baju kurung sendiri ka, lekeh2 pun kot laa tahun depan boleh jahit baju melayu untuk 2budak kecik ni ka kan, aiseh berangan! Tak dak sapa2 nak buka kelas jahitan ka kat sini, nak kena tanya my juniors ni mana tau kot2 ada yang terer menjahit, boleh laa nak belajar sikit2 kan, nanti kakfith upah kek ek, hehe...

11 comments:

Ina said...

bestnyaaa! ni yg buat terpk2 nk cari sewing machine ni. takat nk prekttis2 je kan n utk buat benda2 yg simple n alter baju2 sndiri. kiter ada byk baju nk kene alter n baju xguna. hish kena usulkan kt hubby ni. lawa jee jahitan2 fith tu. setakat nk pakai sndiri kt rmh ok sgt dh. jimat pn ye. esok2 lusa makin mahir boleh la buat utk org plak hihi :D

Fith said...

Ina,
best2,mcm ada kepuasan pulak menjahit ni,seronok!
try laa usulkan pd hubby,ada setahun lg boleh laa bljr basic2,sempat woo nak terer menjahit dlm setahun tu,hehe(pandai je ckp kat org,haha).takat nak pakai sndr n utk family mmg rasa ok sgt laa,mmg jimat sbb atl east baju2 tidur/pakai kat umah utk budak2 ni takyah beli dah kan...

kew_chop said...

pandainya fith..

Fith said...

murni,
uish jgn kata gitu,haha

Mysara said...

Wahh2! Produktif ni fith... Bila la mesin jahitku mau sampai. Kat msia nih byk la kelas jahitan.. Byr jer. Kalau kat kampung dulu, Mai pernah join KEMAS .. Xde la byk modal. Tp skg bole jer belajar ol, cuma susah sket la kot esp kalau baju kurung

Fith said...

My,
fith ni sbb tak ada basic lgsg,mmg rasa susah sket nak study ol.hari tu nak jahit seluar budak pun boleh rasa cam tak caya kat tutorial2 tu,haha(sbb cara potong kain tu cam pelik,ni betul2 kes takde asas ni).klau blk msia nanti,klau ada peluang boleh laa bljr menjahit ni,teringin nak buat baju kurung sndr.
my beli mesin dari nihong ker?nanti mesian dah sampai,sakan lg laa my menjahit yer,hehe...

mysara said...

fith,mai beli mesin jahit from US..kirim kat kawan skali ngan kontena derang..sbb tu sampai lmbt..huhuh

Fith said...

tuh dia,dr us,jauh sungguh.patut laa lmbt,hehe,takper2,skrg boleh fikir n buat list siap2 nak jahit apa nanti,hehe

Y U N I E said...

salam....pndainye jahit..menarik2,,
sy pon nk blaja jahit2 ni..isi mase lapang..skang tgh cuti,,bley la tnye kt k. fith nnti..huhuh~
bercadang nk wat seluar tidur utk 1st time ni,,

kasihsuci said...

salam akak..ajar jap cara nk ptong kain utk buat seluar bdak..

Anonymous said...

Woah! I'm really digging the template/theme of this website. It's simple, yet effective.
A lot of times it's difficult to get that "perfect balance" between usability and appearance. I must say that you've done a awesome job with this.
Also, the blog loads very fast for me on Internet
explorer. Excellent Blog!

Also visit my homepage acoustic guitar chords for beginners