Wednesday, June 23, 2010

Jeruk pelam


Ni kalau ibu mengandung tengok ni mau meleleh ayaq mata(meleleh ayaq mata takpa lagi, jangan meleleh ayaq lioq sudah! hehe), jangan marah naa ibu2 mengandung yang duk ceruk perantauan!

Kat rumah ni ada banyak jugaklah stok asam, macam2 jenis ada tapi bukan makan sangat pun. Ada laa kot 3-4bulan sekali bila2 teringin mengidam takdak punca tu barulah terhegeh2 pi korek cari dalam almari. Bila tak teringin tu sebelah mata pun tak pandang, biaq dok laa terperam dalam almari, kadang2 tu sampai bertahun, I bukan jenis kuat makan asam, jadinya selalulah asam2 tu semua akan disedekah buat 'kenduri' makan ramai2 dengan kohaitachi setiap kali sebelum balik Malaysia, nanti balik Malaysia boleh beli stok baru, muehehehe. Mak kalau tengok I angkut asam banyak2 satgi dia tanya, "yang hang beli banyak2 ni hang nak meniaga ka, ka hang nak buat mandi?", kahkahkah perli sungguh!

Oh tapi stok jeruk tak pernah ada dalam rumah ni, tak pernah terfikir nak bawa balik sebab rasa macam tak tahan lama. Kalau teringin nak makan jeruk, I akan beli tsukemono(=japanese pickles). Tapi kalau balik Malaysia tak pernah lepaskan peluang beli jeruk, dapat makan 3-4keping pun cukup dah, selalunya akan beli betik muda, pelam muda dan buah kedondong, perghhh! Tak bagus jugak kan makan jeruk2 asam2 ni, tak elok untuk kesihatan, tapi kalau sikit2 takpa(nak jugakkkk...), hiks.

Kebetulannya beberapa minggu lepas teringin sangat nak makan tsukemono, sekarang ni memang tengah musim umeboshi(=plum) berlambak2 dijual kat pasaran, bila tengok buah2 tu terus terliur nak makan tsukemono. Hari tu dah beli dah takuan(=lobak putih), bila2 masak lauk japanese style boleh laa slice 5-6keping dan makan, nyum2. Tapi alkisahnya 2minggu lepas masa pi usrah, my kohai-Yatt bawa jeruk, disebabkan ahli usrah tak ramai dan makanan lain banyak dah, depa tak buka pun pack jeruk tu, teringin nak makan tapi segan, hihi, tiba2 Dena kata bagi kakFith je laa, aduhhh sukeee tapi malu sebenarnya, haha. Arigatou ne!

Jeruk ni makan selang sehari ja setakat ni, tu pun sekeping2, tu yang tak habis2 lagi. Bukan jimat hokey tapi risau kot2 ganggu susu badan pulak. Seronok kan kalau benda yang kita nak tu tiba2 gedebuk ada depan mata, hehe, alhamdulillah...

10 comments:

Ina said...

ni kalo org xngandung tgk pn leh nangis ni hihi. kiter pn suka jeruk mangga ni. family kiter kalo ada pokok mangga kt rmh slalu je buat jeruk sndiri atau pn buat lauk kerabu mangga hihi. tp tula certain jns jeruk jela mkn pn. n mcm asam tu kiter pn xmkn sgt. ada org bg last2 buang je. tp kiter sukaa sgt asam umeboshi tu. masa preggy ihsan dok mkn sket2 utk ilangkan loya hihi :D

aisha said...

alaa fithhhhhhhhhhhh ni....NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK....mmg kecurr ni tgk...wuaaaa...lama dah tk mkn jeruk gitu...sabarr sabarr ( sambil urut dada)..hahaha..

ojasamid said...

uwaaa fith, kecur air liur tgk gambo jeruk tuuuu..akak ni hantu segala jenis asam dan jeruk tau! ihihi..(dok kurgkan makan ni pon sejak jd mak2 ni lah, kalau dulu mmg hantu betul :p)

seb baik ada bekalan asam yg brape nk masam dri thailand, br sampai maghrib td..hehehehe..jadi la dri kempunan kan. ngeee,,

Fith said...

Ina,
uish kalau ada pokok sendiri mesti best kan,time musim2 berbuah tu boleh buat stok jeruk.yg buat sndr makan byk2 pun takpe sbb takde bhn2 tak sehat kan.rumah fith dulu ada pokok pelam jugak tapi buahnya tak brp elok,huhu.ntah bila laa nak merasa pelam pokok sndr,hehe

Aisha,
alamak,ni yg rasa bersalah post gambar2 benda pelik tak jumpa kat nihong ni,hehe,gomen2.klau duk dekat boleh laa bg kan.klau nak asam,mmg boleh sgt laa nak pos.nak?

Kak oja,
haa tuh dia,asam import dari thai tu,mesti hubby akan outstation ke sana kan,hehe.asam ada je klau akak nak,boleh je nak pos,nak ker?

Dyana Muz said...

uih sedapnya jeruk pelam..kecur liur dh ni..aritu pesan jgk kat adik ipaq time ada bdk tottori blk meysia tp xsempat plak dia nk p hantaq..hancur hatiku mengenangkn nasib xdpt mkn jeruk huhu..skali ms nk beli ayam kt baticrom terjumpa ada frozen green mango,teruih beli..boh grm n gula pastu perap 2 3 hari..alhamdulillah dpt jgk mkn;D

Fith said...

Dyana,
ooo sedap ek frozen green mango tu?klau nak buat kerabu boleh ka?rapuh lg ka?hehe,teringin nak mkn kerabu mangga lama dah ni,hihi.
takpa dyana,tak lama nak blk msia dah,boleh pulun lg nak mkn mcm2 sblm bersalin,hehe

Dyana Muz said...

hmm nk buat kerabu xsesuai kot..sbb dia frozen kan..satg lama2 lembik plak jdnya..kalau xwat jeruk takat nk mkn cicah kuah rojak ok la kot..tp sejuk la hihi
tula nnt blk meysia mmg kena mkn la puas2 hehe

Fith said...

dyana,
oh ya ka?terbantut hasrat nak makan kerabu mangga,hehe.takpa2,tq!
haa sila makan puas2,qada siap2,hehe

Anonymous said...

sedap2..suke2 :) hr tu blk kg..nenek iman wat..hehe

Fith said...

Iman,
aduhhh,org duk msia anytime boleh makan.klau yg homemade tu lg terangkat kan.hish jeles2,hehe