Sunday, June 27, 2010

Hujung minggu yang mandom

Alahaiii dah beberapa hujung minggu berlalu tanpa sebarang aktiviti, buhsan! Sekarang Jepun tengah musim hujan sebab nak beralih dari spring ke summer, dalam seminggu tu ada laa dalam 3-4hari hujan dan selalu jugaklah hujan turun pada hujung2 minggu macam semalam dan hari ni. Jadinya kami pun tak ke mana2, bermalas-malasan di rumah saja laa...

Mujurlah jugak semalam adik2 girls datang bertandang buat usrah kat sini, at least ada laa jugak benda nak dibuat selain terperap saja kat rumah. I cuma sempat buat triple choco cupcakes saja, niat asalnya nak buat chocolate mousse brownies sempena meraikan birthday kohai2 girls yang ramai sungguh lahir bulan 6 tapi sebab dapat short notice pasal usrah so tak sempat dah nak pi beli barang, next time habaq awal sikit yer, hehe. Gambar cuppies pun tak ambil, suka2 ja test buat cuppies ni banyak2 kali untuk 'asah' kemahiran, hohoho...

Hari ni pun tak ada apa sangat yang dibuat. Tengahari tadi sempat repair rambut 2R, berperang jugak laa dengan Rafiqh yang mengada2 takmau potong rambut pulak, Raziqh releks ja tadah kepala, huh! Rambut Rafiqh dan Raziqh ni sangatlah berbeza, si Rafiqh dapat genetik ayahnya, rambut hitam lebat manakala si Raziqh ikut mamanya, rambut sikit dan halus. Uish tapi halus2 nipis2 dia pun rambut tu sentiasa basah berpeluh2 especially tang tengkuk tu, busuk masam bergetah2 badan dia. Rafiqh tu tak payah cakap laa kan, memang berpeluh2 ja laa, kerja lari pi mai pi mai lepas tu dia dok ulang kata "atsui ne(=panas ek)" sambil pi jenguk tingkap nak check angin masuk bilik ka tak, "awat tak panaih, hang berlari pi mai pi mai macam peluru sesat, dah tu gaduh hangat pulak, acu dok sengap sat, mesti tak peluh, tak panaih!", mak dia mula laa nak bebel, hahaha...

Minggu ni ada beberapa urusan nak kena settle, harapnya cuaca baik. Bukan apa, kalau hujan susah sikit nak bawa 2R keluar, risau depa kena selsema atau demam pulak, kesian kat depa...

2 comments:

Ina said...

tulakan fith. bila dh hujan tu leceh nk kuar basah2 gitu. kdg2 nk kuar jap je jd lama. kami pn xg mana mggu ni. last week hujan2 pn kuar gak la. bab nk kuar jela yg xbest kan. tp kalo mmg nk dok rmh sedap jugak hujan2 tu sejuk je. baring2 mkn2 kt rmh. mata pn layu je semendung cuaca kt luar haha. kalo dolu2 leh la bermalas2 melayan cuaca mendung tdo ke golek2 baca buku ke. tp skrg berangan jela. sbb ada bdk kecik tu tukang pemusnah angan2 mama hihi.

Fith said...

Ina,
klau duk rumah melayan mata pun best jugak,tapi bila dah jadi mak ni,rasa susah dah nak rest2 hujung minggu,non-stop buat kerja,huhu.
nak keluar ok je kalau hujan tak lebat tapi umah fith ni nak ke parking pun jauh meredah hujan,tu yg malas sgt2 tu,hehe.
hrpnya weekends ni cerah laa,hehe