Wednesday, June 2, 2010

Bila masanya saya update blog?!

Ni antara soalan yang dah biasa sangat orang tanya, bila laa agaknya saya update blog yer, with this 2boys to take care of(elleh baru 2 laa *berlagak*, kan saya nak 8!), with never-ending house chores, with cooking and baking, with business, with almost everyday bring the kids out, with part-time job and yada2, hahaha, tak ada apa yang pelik pun, sama saja macam mak2 lain jugak, 'multitasking' is the answer I guess!

Bagi I laa kan, golongan mak2 ni selalunya adalah pengurus masa yang bijak, multitasker yang paling efisyen! Kan? Kan?! Tambah2 kalau ada anak kecik, memang gaya lipas kudung laa buat kerja. I sendiri kalau update blog, jarang sangatlah tak buat 2-3kerja at the same time, paling lekeh pun I akan menyusukan si Raziqh ni...

Selalunya pagi2 lepas myLove pergi kerja, I akan on-kan washing machine, sambil tu melayan budak2 ni breakfast sambil tengok tv, on laptop dan I pun breakfast sama. Settle breakfast, mandikan depa dan sambil menyusu Raziqh, I akan update/draft entry baru(kalau ada), kalau sempat siap terus publish, kalau tak sempat sambung nanti masa Raziqh tidur pagi. Raziqh kalau bangun awal, sebelum pukul 9 dah lelap dah, sampai laa pukul 11lebih, so masa senggang tu main dengan Rafiqh atau tengok dia main while mama hadap laptop atau settle-kan kerja rumah(sidai baju dan kemas dapur)...

Lepas lunch biasanya budak2 ni akan main, takpun kami keluar, then they both take their evening nap, I jenis tak tidur siang(unless kurang sihat), so lepas dah siapkan semua kerja(angkat-lipat-simpan kain bla3), dah taktau nak buat apa, bolehlah hadap laptop lagi, time ni boleh layan drama, hihi. Petang pun sama, lepas mandikan budak2 ni, siap masak untuk minum petang dan makan malam, sambil2 tunggu myLove balik tu, buka laa video ka hapa2 ka kat laptop ni, tv pun on jugak...

Disebabkan I update blog almost setiap hari, so menaip satu2 entry tu tak ambil masa yang lama pun, ibu2 yang rajin update sure faham kan. Kadang2 dalam 10minit pun dah boleh publish, ngam2 dengan masa menyusu budak kecik ni, so takdak laa kata nak melangut lama2 depan laptop ni kan?! Lepas myLove balik kerja laptop ni memang tak sentuh sangat dah. Lagipun I ni jenis yang tidur awal, pukul 9lebih dah lelap dah selalunya...

Sebenarnya semua benda pun depends on cara kita menguruskan masa. Masing2 ada prioriti tersendiri, kenalah bijak membahagikan masa untuk laksanakan 'tanggungjawab' dan disamping tu penuhi aktiviti 'kesukaan' kita. 24jam yang ada tu dah lebih dari cukup dah, sebolehnya I cuba elakkan diri dari dok sebut "takdak masa/sibuk/busy", dah kalau tiap2 hari doa lagu tu, memang jadi macam tu laa kan?! Kagum tengok mommies yang bekerja kat luar sana, ramai jugak yang bila balik rumah, bukan takat boleh memasak malah ada yang menjahit lagi. Itulah orang kata, kalau dah minat mesti pulun untuk buat kan, so I minat blogging, I cuba laa curi masa untuk itu, hohoho...

Kesimpulannya I've no specific time bila nak update blog, after all blogging is just my hobby, bukan dapat duit or whatnot pun, haha. Bila rasa nak update, I'll update, bila malas, tak payah laa...

6 comments:

Ina said...

kiter slalu cuba nk update blog cpt2 yg amik masa beberapa minit je. tp slalu xleh. sbnrnya bkn la xleh apa pn. tp xleh sbb it's not my style kot. rasa mcm xcukup syarat je n sakit je mata n gatal tgn bila tgk informal ejaan n so on. sbb tu kiter xreti sgt nk berblog in bm sbb bila tulis bm mesti nk tulis ayat santai. kalau nk tulis skema sgt pn mcm xbest jugak. boleh pengsan baca ayat sndiri ala2 'karangan' fakta :P bukannya ada sapa nk bg A1 pn hihi. kiter ni update blog ala2 nk wat karangan spm. nk kene check dlu susunan ayat, check words, siap refer dictionary online n study words pastu susunan paragraph la apa la. mmg skema badut habis haha. tp xpe sbb kiter suka even kdg2 penat jugak sbb lama sgt amik masa xsiap2. after all kiter berblog selain utk isi masa, tambah kenalan n so on sbb utamanya ialah to force my mind to think, talk n write in english. utk improve my english n dictionary. even smpi skrg xdela improve mana pn sbb xde cikgu nk betulkan haha. tp hopefully at least xdela rusty sgt. skrg ni dok determine to think fast n siapkan 'karangan' cpt2. ala2 dlm exam la kan ada limit masa hihi :D

Fith said...

ina,
haha ina lain arr,sekali update tuh dia,panjang berjelaaaa.update seminggu sekali pun kira ok sgt dah,lengkap semua ada,hihi.
mcm fith pun,klau benda2 yg santai mmg tak take time,tp klau kena refer itu ini dulu,kdg2 peram buat draft berhari2,sbb nak kena tunggu masa yg sesuai utk siapkn.
sama laa kita,selalunya fith mmg check dulu ejaan dll b4 publish.tak suka tgk entry tergantung/rosak kan...

Raudhah anje said...

suka baca entri dari blog fith....berilmiah dan boleh jadi reference jugak dlm bab penjagaan kanak2....fith kan dh berpengalaman.

Fith said...

anje,
cet pengalaman hapanya,haha...
blog anje pun apa kurangnya,selalu boleh tgk si bambam yaya,hihi...

Mysara said...

Mai pulak xreti sgt tulis entry berkaitan fakta kecuali kalau Ada pengalaman mcm bf... Biasanya entry Mai dikategorikan entry syiok sendiri sbb mostly psl life n family.Pastu tepek gmbr byk2. Lgpon tujuan Mai tulis blog sama ala2 tulis diari eventhough xde la semua benda nk tulis. Tp fith mmg power bab tulis blog. Salute laa. Souieba, lamanyer Mai xtulis entry baru.. Huhuhu

Fith said...

My,
haha power kemendanya,takat merapu boleh laa.
my tulis blog sbg diari,org suka baca kisah hidup my,so kira sama je laa kan.kita menulis apa yg kita suka,yer dak?hihi.
haa sila update kisah baru,letak laa pic rayyan n rifqi.stp kali tgk rifqi mesti kata "ya Allah,sebijik Rayyan",hahaha...