Thursday, June 17, 2010

Antara kerja rumah dan anak2...

Sejak minat menjahit ni, setiap malam asyik masuk tidur lambat, kalau dulu pukul 9 confirm dah pengsan dah, la ni pukul 11 pun dok menyengkang mata lagi. Akibatnya siang2 kalau takdak benda nak buat mata ni mula laa rasa mengantuk. Tengah baring2 main dengan 2R pun boleh terlelap tapi sat ja laa, takat 5minit lepas tu terjaga. Ni 2R tengah tidur, boleh sangat nak join tidur tapi mata takmau pejam pulak, aiseh! Takpa laa, kebetulan dah janji dengan Aisha-ibuAina nak cerita tentang macammana I curi masa 'melarikan diri' dari 2R untuk buat kerja, hehe, macam pelik saja bunyinya kan, bagi ibu2 yang ada anak kecil sure faham kadang2 nak settle kerja rumah pun terkocoh2, ni kan pulak nak dapat peluang buat benda yang kita suka...

Kawan2 selalu tanya, 2R ni tak mengacau ka time mak depa buat kerja, nak kata langsung tak kacau tu nampak sangatlah tipu kan, kacau wajib kacau, memang tu pun antara 'tugas' depa, pengacau separuh masa! Jadi mak depa kena laa pandai alih perhatian depa...

Sebelum nak buat apa2 kerja, untuk elakkan gangguan dari anak2, kita create-kan mood yang baik pada mereka terlebih dahulu. Senang ja sebenarnya, make sure they have enough sleep and full tummy. Lepas tu kita bagi depa buat 'tugasan' utama depa iaitu bermain...

Kita selalu dengar ibu2 merungut anak2 takmau main toys sendiri sebaliknya cari benda2 yang bukan mainan. Memang normal laa tu, fitrah kejadian anak2 untuk meniru mak bapa depa, sebab tu laa mereka lebih berminat nak main dengan 'mainan' yang kita dok 'main' setiap hari tu. Cara paling mudah nak tarik perhatian anak2 supaya tak kacau kita buat kerja ialah laraskan kerja kita dengan mereka supaya sama, haa tuh dia kena bagi sama standard ok. Time kita masak, bagi ja laa periuk, besen, senduk , sudu segala-mala perkakas plus bawang, karot, buah2 yang dah dikupas atau dibersihkan untuk depa masak. 2R ni sayur mentah pun depa belasah makan time dok 'masak', dengan bawang2 pun depa pernah kunyah, hahaha. Tapi kebelakangan ni I jarang bagi buah/sayur dah sebabnya nampak depa minat 'masak' blocks dan kad, bagi perkakas saja nanti pepandai laa depa berketung-ketang dengan blocks dan kad tu...

Time buat kuih, bila anak dah cecah setahun lebih I bagi doh sikit untuk main, nak makan pun takpa. Macam Rafiqh ni cookies dah boleh bagi dia terap, mixer kek pun dah boleh bagi pegang untuk putar. Bila siap adun kek, ada baki2 adunan kat besen tu mentah2 I suap bagi dia rasa. Benda2 pelik macam ni memang depa happy sangatlah bila dapat buat kan...

Sekarang ni menjahit pulak, selalunya untuk measure dan potong kain kena tunggu Raziqh tidur laa. Rafiqh tak kacau sangat, habis2 pun dia sibuk nak tengok, bagi ja perca2 kain untuk dia main. Nanti nak kena belikan gunting untuk dia belajar potong2. Mesin jahit ada dalam bilik toys 2R so time nak menjahit biar ja depa berkubang dalam bilik tu sama.

Masa buat kerja2 lain pun sama jugak, kalau nak vacuum rumah mula2 bagi depa 'vacuum' dulu, then ambil vacuum tu dan bersihkan rumah sampai siap, lepas tu bagi depa sambung balik 'kerja' vacuum depa tu sampai depa cemuih, nanti depa tinggal vacuum tu haa baru angkat simpan...

Memang tak dinafikan ada anak kecil ni memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa. Mungkin ada ibu yang rasa serba salah nak biar anak meragam bila dia nak buat kerja. Sebenarnya kita mampu penuhi keduanya, contohnya dengan babywearing. Sebolehnya sejak anak2 masih peringkat baby lagi kita boleh ajar mereka berdikari main sendiri. I memang bukan jenis yang suka duduk hadap depa 24/7. Most of the time, I bawa depa ke mana saja I pergi(kalau duk dapur heret pi dapur, kalau duk dalam bilik angkut masuk bilik bla3), bagi depa nampak kelibat I tapi I buat kerja sendiri, mulut ja potpet2 bercakap dan entertain depa. Bila dah boleh duduk, I ajar supaya depa pandai main sendiri. Bila dah mobile, let them explore whatever they want, tapi make sure kena monitor laa kan. Bila dah besar, dah pandai nak tolong buat kerja, kita kena bagi depa bekerja. Ajar depa switch on-off tv/kipas/cooler/air-cleaner, buka-tutup-lock-unlock pintu/sliding door, kutip baju2 masuk washing machine/laundry basket, kemas toys, simpan barang kat tempat, angkat pinggan cawan letak atas meja/dalam sinki, ambil kain buruk dan lap lantai, kalau terlampau rajin boleh bagi kain suruh lap perabot dan tingkap, hahaha dah gaya orang gaji laa pulak. Tapi tu laa kerja Rafiqh setiap hari, dah macam orang besar dah kan kena buat kerja, hehe, takpa jangan manjakan anak2, ajar depa berdikari, bukan saja baik untuk tumbesaran minda malah menyenangkan kita jugak...

Eh, menjawab soalan ker tak ek?! Sedang sedikit blur kerana mengantuk, otak pun tak berfungsi dengan baik(alasan!)...

6 comments:

aisha said...

wahh cepat ye..thank you so much fith..
mmg aina sentiasa ade ngan saya ke mana2..rumah pun cenonet(kecil) je pung..hihi..
doh roti ka, kuih ka, mmg bg gak... kejap je dan leh lak kate nanak( taknak)..fuhhh
mmg die main segala mak nenek kat dapur tu, tp ntah la kejap je, pastu tarik tgn ajak main toys die..haiyakk..
tulah perangai budak beza2 ke..
ke sbb pembawaan budak..hahaha..memandai je...hihi..yelah klu saya bace buku sambil die main pun die marah, tarik buku..sabar jelah..ke mmg kena keep going train si aina ni sampai berjaya..
takpe2..ganbarimasu..thanks fith.. cam byk lg soklan berlegar2 dalam kepala ni nak tanye fith..hihi..byk kena menuntut dr fith ni..:p

Fith said...

rasa mcm tak membantu ja kan,mesti aina lain karektor-nya,mmg kena cuba mcm2 cara sblm jumpa cara yg suit dia.cuba aisha tgk mainan apa boleh buat dia concerntrate lama.yg dia boleh tumpu tu tinggalkan dia bg main lama2 sorg2.kot2 nanti dia terbiasa utk main sndr kan...

normal sgt laa tu budak2 suka 'hangin',rafiqh pun lps satu stage,satu stage dia masuk bab nak tantrum ni,hehe,sabo je laa kan.selalunya punca utama diorg hangin tu sbb kita tak faham kehendak diorg,tp kita mmg dah cuba tp tetap tak fhm2 gak kan,haha.

ish takde benda pun nak menuntut,bukan pandai pun fith ni,hehe.

Unknown said...

fith, kalo boleh elakkan the kids with the perca2 sbb for the long term, tak elok for the respiratory system..habuk kain lain sket..anyway, nanti sharela apa fith da jahit2..ehehe..fith guna mesin ape ek?

Fith said...

Tini,
oh really?!thanks 4 the info.
lepas ni kena plan benda lain plak utk rafiqh main sementara nak menjahit.
haha baru start jahit sket2,starting 1benda 1hari,nak buat garis lurus pun terkial2 lagi tini,tp ada hati nak jahit baju dah,haha,hampeh kan...

Unknown said...

tini pun da slow menjahit ni sbb da kena resdung sbb habuk kain. Sbb tu it is NO NO for Fahmi & Tasnim to be in my sewing room. Anyway fith selalu pegi kedai alat jahitan tak? ehehe..nanti tlg survey2kan harga metal zip yg best2 ek..kat sini pun ada..tp rasa yg jepunnya lagi best kot..wah, senanglah tini nak tanya pasal menda2 jahitan kat jepun sbb fith da terjebak bidang jahitan..ehehehe..:P

Fith said...

Tini,
fith belum sampai tahap tini lg yg jahit byk2,hehe.skrg mmg takde space khas lg utk menjahit,menumpang bilik budak2 ni lg.1 day klau dah makin rancak menjahit mmg nak kena ada ruang sndr laa gamaknya.
metal zip tu rupanya camne?nanti fith survey yer.hehe,boleh aje nak suh survey/belikn,boleh fith bljr sama kan...