Wednesday, March 3, 2010

Spring cleaning

Rasa macam dah lama giler tak buat gotong-royong dalam rumah ni. Lama tak lama tu the last time was before Raziqh lahir lah, haaa berkurun dah laa kan. Selalunya kalau nak bersihkan rumah(read: vacuum ka lap perabot ka bersihkan genkang(pintu keluar-masuk rumah) ka cuci dapur ka cuci toilet ka tukar susun atur perabot ka bla3), semuanya dibuat pada hari yang berlainan, takkan buat sekaligus, tak menang tangan wooo. Tapi memandangkan sabtu lepas plan mengejut tiba2 ja nak ajak orang datang ke rumah so kena laa bertungkus-lumus bersihkan rumah, hahaha nampak sangat macam selama ni pemalas kemas rumah kan, haah memang pun, hiks...

Sabtu lepas myLove kerja, ada ka patut pagi sabtu tu tengah2 bersiap nak pi ofis baru dia 'sedar' makan2 dibuat malam tu, myLove kata kalau tau hari ni nak buat jamuan dia dah cuti dah, hish sabar ja laa. As usual petang2 lepas balik kerja dia terus akan ke padang main bola, so pukul 5 tu I sms-ed dia minta dia balik awal sikit sebab dah tak sempat dah nak kemas ruang tamu, time tu dok kelam-kabut memasak. Bila myLove balik, dia laa yang tolong selesaikan kerja2 yang terbengkalai tu...

Pulun sungguh kami membersih rumah, sampaikan myLove siap kata kalau nak rumah bersih-kemas-cantik sentiasa kena laa buat jamuan selalu2, mak aih perli ka hapa, hahaha... Kesimpulannya sabtu lepas kami dah berjaya clear-kan rumah cuci-calat, perghhh puas hati! Nampak gaya aktiviti gotong-royong untuk musim bunga ni dah tak rumit laa, sebab banyak yang dah settle, tinggal sikit2 ja lagi, yatta ne!

Bila dah start panaskan enjin mengemas, tangan ni mula laa gatal nak menyimpan lagi. Pagi ahad tu lepas both 2R tidur, mak depa pulun dok munggah baju2 musim bunga/panas 2R bawa keluar dari box, walaupun mungkin masih terlalu awal tapi takpa laa kan, lagipun kat sini dah mulai panas dah. Pilih2 dan asing2kan mana2 baju Rafiqh yang nak bagi kat Raziqh tu letak dalam wardrobe Raziqh, yang Rafiqh punya buh dalam wardrobe Rafiqh. Sambil2 tu dok berkira2 nak membeli beberapa pasang lagi lah, hehehe sempat lagi tu fikir nak shopping, padahal penuh sampai dah tak muat dah dua2 punya wardrobe, kuang3. Dah habis keluarkan semuanya, pi angkut segala mak-nenek barang newborn pulak, lipat rapi2 simpan elok2 dalam case dan buh dalam box tu. Barut, mittons, booties, baju2, blankets, lampin dan semua perkakas newborn tu tak tapis2 dah, elok ka tak elok ka, pakai main sumbat ja, memang ada yang dah buruk/lusuh/koyak2 tapi sayang nak buang so simpan ja semua2, haa dah selamat masuk kotak dah pun, tunggu no. 3 nak mai nanti baru punggah balik, time tu baru kelaih2(pilih2) mana yang nak dan mana yang takmau, keskeskes.

Oh ya, hari sabtu lepas kami cuma ubah kedudukan baby cot ja, alih dari ruang tamu pi buh ceruk dapur pulak, perabot2 lain tak 'sentuh' lagi, maybe seminggu dua lagi kot baru nak arrange mana2 yang patut, sebab nak kena buka ruang bermain untuk 2R *rumah sekangkang kera memang gini laa nasibnya, hehe*. Baby cot tu sejak Raziqh dah cecah 4bulan, dia tak tidur dalam tu dah. I guna baby cot sebagai tempat persalinan dia ja, tapi dah lama dah menyalin Raziqh kat tilam atas lantai sebab tak larat nak bongkok2. Lama-kelamaan cot tu jadi tempat letak barang, habis bersepah2 tak larat nak kemas. Jadinya I buka cot tu ubah buat jadi playpen pulak, mujur beli cot jenis ni, boleh ubah2 ikut keperluan, haa kan senang sikit, la ni kalau nak buat apa2 kerja takmau diganggu 2R, I 'campak humban' dua2 dalam tu, lantak laa hangpa nak gusti ka hapa ka, muahahaha. Aman damai sikit nak buat apa2 takdak tangan2 dan kaki2 kecil yang mai mengacau...

2 budak nakal kena kurung...

9 comments:

kew_chop said...

kita dr 2 minggu lepas dah angkut baju haru tu ingatkan dah panas, minggu ni asyik ujan sejukla plak. baju newborn semua kita dah bagi kat orang budget takmo dah bersalin kat nihon, haha kang tgk2 kang kembung perut zayyan ada adik. ingat nak peknen kat mesia plak malas nk bwk balik baju tu semua tu yg bagi kat bb lain jekla.
btw cot tu sgt bestla, 2 in 1 gitu.

Fith said...

Murni
yaa rabbi,bior benor takmau bersalin dah kat nihong,kata nak duk sini lama lagi,hehehe.tp takpa gak kan,nanti kalau ter- boleh shopping balik,errr tiba2 rasa cam best ja idea ni,hahaha.
aah sini pun hujan tapi panas jugak,dah tak pasang heater dah pun,si Raziqh berpeluh2 sokmo.
cot tu nanti dah bosan buat playpen bleh lipat simpan,bg adik Raziqh pulak,kihkihkih *verangan*

mysara said...

sejak dua menjak nih,makin malas nk mengemas,masak pon.. seb baik ada suami mithali tlg.semalam pon dia yg msk.. rumah pulak,walaupon takde perabot byk,sekali kemas mau 2/3jam baru abis..xlarat aihh. tiap kali duk rumah, pk nk lepak2 jer..bila la nk dpt maid nehh.. tak lama lagi nak 'meletop' dah nih haa

Ina said...

kiter hjg mggu ni nk buat spring cleaning lg. ada je benda nk kms. nnt sbln 2 lg kms plak lg. kiter dr dlu bercita2 nk bli playpen mcm tu la sng nk sumbat ihsan masa buat keje. sng nk ubah2 sama. tp tulerrr rmh kecik xde tmpt nk ltk. kiter dapur dgn living totally terpisah so mmg leceh sket nk wat keje. kalau ltk ihsan kt dapur dlm bouncer or bumbo tu sekejap je bertahan nyer huhu.

Fith said...

My,
normal laa tu,dah tak larat dah kan,takpun mood ngemas tak dtg lg kot,hehehe.
aih tak de maid lg ka?hrp2 cepat dpt maid b4 meletop ek...

Ina,
amboih byk sgt ka brg nak kemas tu?byk tul nak kemas bunyinya tu.
haa mmg pun,rumah kecik nak letak apa pun tak syok.angkat sini lapang sini,letak sana sempit pulak sana,gitu laa pi mai pi mai kan.sabar je laa.
aah ada playpen ni senang sikit,dia bebas nak buat apa dlm tu,kita pun tak risau sgt kan

Ina said...

hihi brg tu xbyk la fith. buang or simpan brg lama bertambah plak dgn brg baru. nk xnk kena la punggah blk. kdg2 tu dh simpan2 time tu plak la nk guna. time xsimpan tu xguna plak hihi.

Fith said...

ooo macam tu ka,ingatkan byk brg sampai tak hbs2 ngemas,takpun rajin sungguh laa mengemas,hehe.mmg betul pun,simpan/buang yg lama,mai pulak yg baru2,hahaha.tambah2 dah ada anak kan,dgn toys lah hapa lah,penuh rumah,hadoiii

IDA said...

meh la tolong kemas umah kami sekali hehe.kalau buat sendiri setakat kemas kecil2an jela.kalau besar2an kena tunggu weekend hubby buat.maklumla umah comel..alih sana alih sini rase sempit gak..hehehe

Fith said...

Ida,
haha ingat fith ni jenis yg rajin ngemas ka?rumah fith ni tunggang-langgang tau,hahaha.