Wednesday, March 17, 2010

Jodoh perlu dicari...

Sambung lagi topik pasal jodoh...

Masa balik Malaysia lastyear, I ada tengok 1 slot rancangan yang mengupas isu jodoh ni, kalau tak silap oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah. Ada seorang penonton tanya "kalau benarlah setiap orang tu dah ditetapkan jodoh buatnya, kenapa ada orang yang sampai sudah tak kahwin2?". Soalan yang menarik kan, sebelum ni pun pernah terfikir, kalaulah betul setiap orang tu Allah dah sediakan untuknya pasangan masing2, kenapa boleh jadi sampai ada bujang terlajak dan anak dara tua kan?!

Di sini lah kita perlu faham bahawa 'yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang'. Semuanya memerlukan usaha, orang lelaki berusaha cara lelaki, orang perempuan jugak perlu berusaha. Kadang2 kita silap, bila sebut perempuan mencari jodoh, kita tuduh dia takdak harga diri lah perigi mencari timba lah hapa lah, padahal dalam islam, hak memilih pasangan tu sama ja bagi lelaki dan perempuan, cuma cara nak approach-nya saja yang berbeza. Tak salah aih perempuan yang mulakan langkah awal, kalau kena pada cara dan orangnya, insyaAllah terlafazlah akad dan nikah...

Menurut beliau, memang setiap orang tu Allah dah tetapkan pasangan buatnya tapi adakalanya belum sempat mereka bertemu pasangannya mati dahulu, jadi jodohnya pun 'mati', sampai sudah laa dia tak kahwin2. Ada pulak orang yang terlampau memilih, pilih punya pilih hinggakan tanpa sedar dia 'menolak' jodohnya, jodoh yang pergi tu pulak dah tak datang2 balik, akhirnya mereka juga tak bersatu. Haa lebih kurang macam tu laa, banyaklah lagi situasi contoh yang diberi... Makanya di sini, selain berusaha membuta-tuli, kita juga dituntut untuk sandarkan hasrat tu kepada Allah Taala, minta petunjuk dari-Nya, mohon didekatkan si dia jodoh kita dan berdoalah moga dipermudahkan usaha kita...

Ada banyak jalan menemui jodoh, ada yang kenal melalui chat saja, yang terjumpa berselisih jalan, yang diperkenalkan oleh pihak ketiga, yang berkenan pada pandangan pertama, ish banyaklah. Selalunya, biasanya dan kerap kali kita dengar mereka2 yang selamat menikah ni akan kata sejak awal lagi mereka dah boleh rasakan 'detik' di hati yang si dia adalah untuk mereka, yer betul...

Sepertimana yang I tulis dalam entry lepas, abah mak sekarang dok risaukan soal jodoh my younger sister-ateh. Ada laa beberapa pilihan, nak kata abah mak terlampau memilih pun tak jugak, tak banyak pun syarat2nya, hehe sebab bimbanglah kalau2 terlalu memilih, nanti 'tertolak' pulak jodohnya, kesian laa kat dia. Bukannya nak kahwin segera pun, ateh muda lagi, baru 20tahun, tapi biasalah kan, dah 3 yang atas semua dah kahwin, dia yang seterusnya so lumrahlah untuk abah mak fikir soal dia pulak. Moga2 urusan jodohnya dipermudahkan Allah, amin...

5 comments:

Ina said...

wah wah dh ada org nk msk meminang adik fith ke? :D

Fith said...

Ina,
belum lagi,cuma ada calon dah ler,hehe.sempat kot kita blk msia dah baru dia nikah,nanti fith jemput ina n family insyaAllah,hehe

aisha said...

wahh bagus ye family pilihkan yek. awai gak yek fith dan adik kawin..takpe bile jodoh dah sampai jgn ditolak..;)

Ina said...

hihi dh ada org risik2 la tu ek. hot stuff ni adik fith awal2 lg dh ada yg nk booking ni. ok2 jemput jgn xjemput ye :D

Fith said...

Aisha,
nak kata parents pilihkan pun tak gak laa,tp kami mmg takleh buat keputusan sndr,100% parents yg bagi kata putus.kiranya klau hati ni giler2 suka pun tp parents taknak,takleh laa,hehe...
hrp2 camtu laa kan,moga Allah beri petunjuk,yg mana 1 laa jodoh dia,hehe

Ina,
haha,hot stuff plak,biasa2 je pun,haha.okeh,nanti insyaAllah akan dijemput!