Tuesday, March 16, 2010

Haihhh bosan!

Aduhhh bosan sungguh hari ni, sangap tak hingat. Cuaca kat luar cerah tapi angin agak kuat, tu pasal malas sungguh nak keluar. Time boring2 taktau nak buat apa ni kalau dapat tidur memang syok lah tapi 2R ni dah tidur dah pagi tadi, puas ajak depa golek2 pun tak lelap2 jugak. Raziqh ni pun tak tidur2 lagi dari tengahari tadi, sakan sungguh dok melasak. Sat2 tengok kat ruang tamu, sat2 lepas sampai ke bilik2 lain, sat2 keluar pi dapur pulak, bukan boleh biar dia main dengan Rafiqh berdua ja, risau Rafiqh langgar dia sebab Rafiqh tu tak lekang dari naik kereta dia, mak depa tak senang duduk langsung, kena membontot dia ja laa, hadoiii...

Jom tengok gambar lagi...

Percubaan memanjat kereta onichan, ewahhhh...
Raziqh makin 'berkenan' kat kereta tu, tak lama lagi kena beli lagi 1 laa gamaknya...


Baru ja pagi tadi tulis Raziqh boleh 'berdiri' atas lutut kan, ni petang ni dah boleh bangun terus dah, perghhh habis laa laptop mama dia kerjakan lepas ni...

usha line ker tu dik???

tengok2 tekan2...

ketuk2 korek2, nasib kau laa laptop, lepas ni sah2 togel lagi laa buttons kau...

haaa kan dah tergolek, hahaha...


Ni pulak gambar semalam, saja ja buli Raziqh, hehe...

berkupiah!

berhijab!

Sabtu lepas buat karipap untuk breakfast pagi ahad, baki intinya buat roti goreng untuk minum petang ahad, sodap!


Tengah2 bosan tadi, baking kek pisang untuk Rafiqh. Waduhhh ni yang tak best ni, bila bosan ja mesti terasa nak baking kek, bila dah baking mesti laa kena ngap, bila dah ngap mano laa badan ni tak kombang macam lompang, eeeiii tensyen2!


10 comments:

zura_betty said...

ehehehehe.., kelakar la fith nie..! erm makin comel laa si kecik tu.., bile pakai kupiah cam tu muka dah macam jepun masuk islam daa.., ape pun mmg comel bangat..!

Fith said...

zura,
apa yg kelakar tu?hehe
haha mcm muallaf tak ikhlas je pakai kupiah,dia taknak sbrnya tu,tp best kan buli budak2 ni,nikmat tul bila dpt buli diorg,hihi...

kew_chop said...

ensem sungguh anak teruna tu pakai kupiah.
angin kuat hari ni tapi panas.. best best..

Fith said...

murni,
tuh laa,dok asyik buh tudung ja kan,try bg kupiah pulak,hehe.
aah panas tp angin kuat kan,fith pun ala2 segan malas nak menapak keluar,hihi

Ina said...

comel gmbr raziqh yg ats skali tu hihi. wah wah maju sungguh raziqh ni. ada harapan nk cpt jln gak ni. tulakan kuat angin arini. tp ptg td bwk gak ihsan kuar jap 5 minit. lps kena tiup dgn angin kncg muka dia tu bwk msk blk. senyap la sket. kalau tak tu dok merappp je ngan mama huhu

mysara said...

awat raziqh tu nanges ngadap penimbang berat?? huuhuhu...

Fith said...

Ina,
hahaha kesian ihsan,sejuk gak kan klau angin kuat.suka tgk muka baby bila kena angin sejuk,berkerut2,hehe.dia dah pandai nak suh mama dia kerap2 bawa keluar rumah tu,sib baik umah atas tanah kan,senang ler nak keluar,hehe

My,
dia marah sbb fith kacau dia dok pomen penimbang tu,tu psl dia nangis,hahaha.jgn ingat dia nangis sbb tgk angka berat mak dia pulak ekkk...

Anonymous said...

comelnya...

Anonymous said...

cara membuat website gratis
Agan Gadget
Harga Handphone Samsung
Cara Cantik Alami
harga smartphone terbaru
Harga Motor Matic

Anonymous said...

Cara Merawat Rambut Rusak Dan Kasar Dengan Produk Creambath
Cara Merawat Rambut Rusak Dan Kasar Dengan Produk Creambath
Cara Merawat Rambut Rusak Dan Kasar Dengan Produk Creambath
Beli Grosir Sprei di BediBedi Aja
Beli Grosir Sprei di BediBedi Aja
Beli Grosir Sprei di BediBedi Aja