Friday, March 12, 2010

Hand and foot stamping

Rabu lepas salji turun dengan lebatnya, sungguh2 lebat dari pagi hingga ke petang, boleh dikatakan non-stop turun sebab setiap kali jenguk kat luar mesti tengah snowing, terasa macam berada dalam bulan januari laa pulak, dengan angin yang bertiup sangat kuat, bunyi macam ribut taufan pun yer jugak. Akibatnya kami melepak kat rumah ja la sepanjang hari, plan nak keluar ke post office pun terpaksa dibatalkan...

Semalam, seperti biasa adalah hari english class 2R, luckily cuaca dah cerah dan panas tapi atas jalan masih dipenuhi salji. Bila tengok cermin depan kereta penuh dengan salji, terus terasa alahai malasnya, part nak bersihkan ni yang den lomah ni, sejukkkk, dah laa takdak peralatan, tak bawa gloves jugak, hadoiii... Mula2 tu start enjin dulu kasi panas cermin, konon2nya nanti salji tu cair sendiri laa tapi sebab agak tebal, dah lama tunggu pun langsung tak nampak perubahan, nak tak nak kena jugak laa buat pakai tangan. Sakit dan merah2 tangan ni mengorek dan menolak salji ke bawah, hish tak boleh bayangkan orang yang duk area atas yang setiap hari bermain salji ni, sungguh tabah mereka, hohoho...

Rafiqh dah tak sabar nak pi kelas, suruh pandang camera pun taknak dah, huh!

Atas permintaan maklang 2R yang nak sangat tengok gambar2 2R di kelas, semalam mama 2R usahakan jugak ambil gambar budak2 ni, uish bukan senang nak tinggalkan Raziqh walaupun sekejap, kemain ligat lagi dia mengganggu ketenteraman awam, hehe. Tu tak kira lagi dia punya 'semangat' menjerit2 dan melompat2 bila tengok Rafiqh berlari dan main dengan kawan2, perghhh dah nampak dah dia punya 'belang' tu, tergedik2 nak join sama...

Selain dari aktiviti lazim nyanyi2, lompat2, menari dan hapa2 lagi tu, semalam teacher budak2 ni berbaik hati merealisasikan permintaan mama 2R yang berharap untuk diadakan sessi hand and foot stamping. Dah lama teringin nak buat benda ni tapi sangat susah hati dan risau nak buat kat dalam rumah, nanti habis laa comot rumah ni, lain laa kalau rumah ada laman kan. Since Rafiqh sangatlah enjoy buat benda ni so maybe next time boleh bawa peralatan2 ni ke taman atau playground, buat kat sana, ermmm good idea!

Selain hand and foot stamping, teacher depa sediakan jugak sayur2an untuk di-stamp, contoh macam bendi, lobak putih, karot, cendawan, potato dan banyaklah lagi...

ni hasil Rafiqh...

ni pulak Raziqh...

di-frame dan di'pertontonkan' sementara next karya mereka terhasil...

5 comments:

Ina said...

waaa byknyer yuki! kt sini xdela tebal gitu fith. nipis je turunnya n tghari ritu dh cair hbs sumer dh sbb selebihnya tu sleet aje n hujan hihi. nama je kt bwh tmpt fith tu. tp kiter dok tgk tenki forecast tu kiter prasan belah2 laut barat agak lebat yuki kan?

zura said...

wah bestnya.., penah terfikir gak nak wat benda nie kat amsyar dulu..! mesti seronok kan..! selamanie dok suka lukis tgan dia yg dilekap kat kertas je.., belum lagi cop kan pakai water colour.., nnt nak wat laa..!

ehehehhe

Fith said...

Ina,
aah belah laut barat mmg byk gak laa yuki turun,tmpt fith ni hujung pulau,biasanya mmg jarang laa yuki byk gini,tu yg pelik tak hbs tu,hehe.

Zura,
mmg best,diorg pun enjoy sgt tp tu ler,hbs arr comot baju,hehe.try laa zura,bleh buat kat aisy sekali,hihi,mesti cute giler

Fadhlyna Abd Wahab said...

ms fateh kt nursery sini dulu selalu mama dia ni dpt 'omiyage' cop tapak tgn drp sensei. sampaikan blk msia, asik mintak kt ucu dia,'ucu, nk cop tgn'. sudahnya karya2 fateh kt msia tu mama dia bg plk kt sensei nursery. bkn main suka sensei2 fateh dpt cop tgn+kaki fateh yg dh besar tu. btw, tgk cop2 bendi, carrot, kentang..teringat pendidikan seni darjah 1,2 dulu2...cikgu suruh bwk apa2 yg boleh dicop. lps tu mntk mak amik pelepah pisang, buatkn bentuk2 drp kentang, kutip daun utk dicop...hihi..natsukashiina~

Fith said...

Chiput,
pandai tul fateh ckp kan,tambah2 duk dgn ramai org dewasa,lg ler dia cepat belajar ckp kan,cute,hehe.
baru teringat,betul2,dulu time sekolah dulu pernah buat keje cop2 ni kan,pakai batang pokok pisang,ada corak2,natsukashiii ne.