Thursday, March 25, 2010

Raziqh budak baru belajar nak makan...

Sementara 2R tengah tidur, mai nak update cerita pasal Raziqh dan makanan dulu, satgi kalau sempat, boleh laa cerita pasal majlis konvo yang kami pi last tuesday...

Bila Raziqh cecah 7bulan, I dah mula prepare barang2 keperluan yang diperlukan untuk sediakan makanannya, contoh macam blander dan periuk kecil. Blander tu taklah sampai beli baru, cuma sebelum ni I selalu pakai bekas blander kecik yang orang guna mesin bahan kering tu untuk bland bawang dll(kes malas guna blander besaq, haha), so bila nak guna blander tu untuk Raziqh, tak boleh pakai dah laa, kena cuci bersih2 dan simpan. Periuk pulak yang zaman Rafiqh tu dah buruk, jadi I beli laa baru. Pinggan mangkuk gelas dan sudu, semuanya pakai kongsi2 dengan Rafiqh. Cup ber-straw baru ja beli jumaat lepas, tapi bekas2 kecik untuk simpan foods pulak sampai sekarang tak beli2 lagi, hohoho.

1st time nak bagi Raziqh makan, I cuma lenyekkan pisang dan suap dia, kalau sebelum2 ni apa ja abang dia suap dia boleh terima, tapi peliknya bila I suap pisang dia luah2 balik. At first I thought oh maybe dia taknak makan lagi kot, just nak main2 but I was wrong, hapa punya ngokngek laa mak budak ni, rupanya Raziqh tak reti nak telan pisang tu, cause few days later I tried to feed him apple puree and turned out he really love it, makan punya laa lahap macam 10hari tak jumpa foods, hihi. Then I bland pisang sekali lagi dan suap dia, taaraaa he ate it! Bermula dari situ, I pun bland nasi dan buah2 untuk Raziqh sekali sehari. Mula2 tu I bland bagi agak cair(air banyak), kemudian semakin hari semakin pekat(kurangkan jumlah air), nanti2 bila usianya hampir 10bulan++, mungkin dah tak perlu bland halus lagi, either softly mashed or chopped into fine pieces...

Kalau ikut dalam buku/website baby, biasanya mesti tulis mula2 nak bagi baby makan, amount-nya hanya 1 sudu besar saja. I don't know ibu lain buat macammana, kalau I, I give more than that, lebih kurang 4sudu besar gitu. Sebabnya dari pemerhatian I, masa mula2 baby nak terima foods, depa takkan mampu telan semua yang kita suap tu, lagi banyak yang tumpah(disembur/diluah) dari yang masuk perut. Kiranya kalau suap 4sudu tu pun, I'm sure yang masuk perut dia cuma 1sudu ja, macam tu lah lebih kurang...

Ada yang tanya, Raziqh tak makan ikan/ayam lagi ka, I told them that he just started to eat so kena slowly introduce 1 by 1 type of foods, sistem penghadaman dia baru nak 'kenal' dan baru nak mula proses makanan selain susu, kenalah bagi ikut step kan, tak boleh main redah ja. As for starting I prefer bagi buah2, sayur2 dan bubur nasi plain ja dulu. After 1 month ++, baru mula bagi ayam ka ikan ka tofu ka...

Walaupun sebolehnya I cuba apply '4day wait rule' for each of his new foods, tapi setakat sekarang ni I cuma tunggu 3hari ja, masa jumpa doktor for 7months check up Raziqh tempoh hari, paed pun ada cakap that 3days is enough to detect allergy symptoms if he has any. Paed jugak ada senaraikan foods yang seboleh mungkin perlu dilewatkan pemberiannya buat baby, contoh macam freshmilk, telur, certain type of fruits and etc., so part tu kena extra careful sikit sebab Raziqh suka sangat rembat makanan Rafiqh, huhu.

Sejak Raziqh mula makan ni, 1 good thing is dia dah poop kerap dari dulu. Kalau dulu seminggu sekali ja sekarang almost everyday, so mama tak payah nak risau2 fikir atau kira hari Raziqh tak poo lagi, hehe.

Unlike Rafiqh, dengan Raziqh ni I tak boleh nak strict sangat dah. Kalau Rafiqh dulu dia cuma makan 100% of homemade foods till he reached 10months++(tu pun sebab kami balik bercuti kat Malaysia), tapi Raziqh ni no choice I kena bagi jugak snacks baby untuk 'redakan' gangguan dia terhadap Rafiqh. Mak pun kata anak 1st memang senang nak monitor tapi bila dah kedua dan seterusnya memang susah sikit dah sebab dia ada abang/kakak. Sekarang Raziqh petang2 time Rafiqh makan oyatsu(=snacks), dia pun dapat makan senbe baby jugak, suka laa dia...

Tu ja ceritanya, gambar2 kat bawah ni takdak kena mengena pun dengan tajuk entry...

Rafiqh dan Raziqh kat Fracasso. Jumaat lepas dinner kat sana ramai2 dengan juniors. Kalau zaman takdak anak lagi, suka laa melepak kat family restaurant tu berjam2 tak hingat nak balik, kerja minum air sampai kembung perut, tapi la ni tak boleh laa kan, anak2 nak tidur awal, hihi...


Raziqh lena tidur, comel dak?! Rafiqh gatai suruh buh adik dia pakai menatang tu...


Ini gambar isnin lepas, sementara tunggu kereta dibasuh oleh 'abang2' stesen minyak, mama snap photos Raziqh bertopi. Topi ni onichan punya, tapi sebab ayah dah belikan topi baru untuk onichan, adik dapat topi ni ler. Wah2, sedondon dengan baju...

6 comments:

zura said...

Ya Allah Fith.., comeynya si raziqh nie.., geram betul tgok muka dia..! nak2 yang pakai menatang tu.., dah macam pempuan pun ade..! ehehehehe..! ngeram ngeram..,

mysara said...

raziqh otai la kiranyer..apa abg dia buat,dia pon buat...hehehe.. go raziqh!! bg mama dia pening

kew_chop said...

maira pun tak suka pisang kecik2 dulu, zayyan plak pantang jumpa pisang terus nak ngap tak buka kulit agi, hihi..
awal sgt kot nak bagi ayam. zayyan pun kita tak bagi ayam lagi, bagi ikan jek lagi.
hensem sngguh si kecik tu pakai topi.

Fith said...

zura,
haha menatang pun menatang laa ek,si abg yg ni pun kuat make up adik dia gak,cuma tak buh lipstik ja lg,hahaha

my,
haishhh ni pun pening dah,sikit hari lg bleh jln mau tingtpng2 mak depa ni,haha,sabo je laa

murni,
haha dashyat sungguh,ngan kulit2 dia ngap.raziqh ni awal je tolak pisang,skrg dah balun dah,hehe.aah ayam belum lg,lmbt lg kot,hehe

Ina said...

tq fith for sharing. ihsan bila dh hjg2 tu mkn mcm xikhlas je. penat kunyah kot. sbb pas mkn bg susu byk gak minum. pastu mama la hbskn solids dia. ihsan plak rajin poopoo. tp skrg dh mkn poopoo pn harum sgt haha. tu yg malas tu. tp pasrah lerrr apa nk buat huhu. ensemnyer si tecik raziqh dgn topi tu. ni bsr nnt ramai laa peminat ni :D

Fith said...

Ina,
haha penat ngunyah ka,haha ihsan2.
kesian mama,mama pulak kena mkn kan,hehe.
hah part poop tu mmg tak tahan,semerbak baunya,hadoi...
peminat ka,adushhh fehning laa mama dia nak kontrol nanti,haha mak dia yg over