Monday, March 15, 2010

Mana nak cari pati teh bunga kekwa?

Sekarang ni I dalam proses menyenaraikan barang2 keperluan yang nak dipesan kat mak dan my sis-ateh, nak minta tolong depa belikan dan kirimkan ke sini sebelum bulan puasa menjelang. Uishhh dah tak lama dah tu, la ni dah tengah bulan 3, puasa awal bulan 8 kan, oleh sebab kami guna kapal laut yang biasanya memakan masa antara 3-5minggu untuk sampai, kena laa kirim at least sebulan sebelum bulan 8. Bukan selalu pun boleh nak memesan, setahun sekali ja, tu yang kena semak stok dengan teliti takmau tercicir apa2. Dulu masa abah kerja kat Ipoh senang laa nak minta tolong uruskan pos tapi sekarang dok ulang-alik jadi weekends husband-wife, malas laa nak kacau dan susahkan abah. Jadinya sekali pesan tu at least 2kotak besar yang setiap satunya tu beratnya 20kgs, haha habis limit dah tu, kalau pos Malaysia bagi 30kgs, memang ceq bantai 30kgs jugak laa 1kotak tu, hohoho...

Tengah2 dok list barang2 yang nak dipesan tu tiba2 hari ni terlintas 1 barang yang I nak dan perlukan amat sangat tapi taktau kat mana nak beli. Viewers yang baik hati, sapa2 yang tau, tolong yer bagitau...

Sejak dulu2 lagi I sangat suka minum air teh kundur dan teh bunga yang dijual dalam tin/kotak tu, sedap woo! Masa balik Malaysia tahun lepas, masa bulan ramadhan lepas I dah habis berpantang, ateh 'perkenalkan' air teh bunga yang bersepah2 orang jual kat pasar ramadhan, wahhh taktau pun air ni dah banyak dijual macam tu ja, sebelum beranak tu dah beli yang dalam tin tu, hihi, lepas sekali cuba terus jadi gila kerja dok mengangkut beli air dan jelly teh bunga kekwa. Sedap sungguh sampai jadi macam ketagih pulak. Nak tanya kat orang yang jual tu rasa segan, tapi ateh kata 'pati' tu sebenarnya bunga yang dikeringkan dan direbus dulu sebelum jadi air, ala2 macam buah mata kucing laa jugak, tapi betul ka? Dia pun tak sure sebab dia dengar dari orang, bila I suruh2 dia tanya, dia kata kawan2nya kata pati tu boleh beli kat kedai ubat cina, ish pepandai-pandai ja. Disebabkan I habis pantang pun 10hari before raya dan a week after raya I dah balik sini so tak sempat nak cari dah masa tu, tapi mak kata nanti mak beli dan kirimkan. Ni nak tuntut janji mak laa ni, tapi kena laa habaq kat mana nak beli, takkan nak suruh mak merayau pulak kan semata2 nak cari benda tu, hehehe...

Yer kawan2, ada sapa2 tau ka kat mana boleh beli pati teh ni?! Kalau betul laa teh bunga ni memang dari bunga yang dikeringkan, mesti best boleh beli banyak2 dan simpan buat stok, walla heaven! Dah terbayang2 dah nikmatnya buka puasa minum air teh bunga, lepas tu makan jelly teh bunga pulak, mak aih melelehhh...

Inilah rupa air teh bunga kekwa...
(gambar dicilok dari yahoo-iamges)

7 comments:

Ina said...

mmg sedap teh bunga ni! kalau rmh mil diorg mmg ada je bli stok air kotak ni yg besar punya. simpan dlm fridge bg sejuk. hbs ltk kotak baru. rasa dia just nice je kan xmanis sgt ala2 tawar gitu. tp kalau air kundur tu kiter dr dlu xsuka. rasa pelik hihi. nnt dh tau mana nk bli share ek. tq! :D

Fith said...

Ina,
aah ina rasanya sedang2 elok,sgt sedap kan,tambah2 klau minum sejuk2 time tengah panas membahang,perghh nikmat!ok2,klau tau nanti fith share k.

IDA said...

laa..baru smlm minum air ni.tapi beli yg tin jela kat kedai siam :-)kalau beli bunga yg fresh buat sendiri takleh ke ye..hehe..ckp je tp taktau la pulak nk buat cemana..sbb tgk yg org jual kat psr mlm tu nmpk mcm bunga fresh je :-)mungkin ade kot jual kat kedai ubat cina benda ni sbb teh ni org cina rajin minum :-)

Fith said...

Ida,
wahhh bestnya,ada jual ek?hehe.
uish buat dari bunga fresh,cam best je bunyi tu.aah klau tgk org jual kat pasar tu bunganya mmg nampak fresh elok ja kan.
mmg kena try tanya kat kedai cina la ni,minta2 laa ada,hihi

zura said...

fith.., mmg betul adik fith cakap.., biasenya kat kedai seng seh (yg jual ubat cina) mmg ade jual., dia spesis cam longan kering gak laa..! try fith suh mak fith cari kat situ..!

Fith said...

zura,
ooo mmg betul yer?lbh kurang je mcm buah mata kucing/longan kering tu kan,main agak2 je part tu,hehe.
thank you,thank you!nanti nak suh mak cari n belikan laa...best2!hehe

Anonymous said...

Cara nak dapatkan pati bunga kekwa ni hanya rebus kekwa kering, sejukkan, tapis dan tambah gula/gula batu ikut sesedap rasa. bunga kekwa kering ni kalau tpt I (pekan kecik je) bole didapati di kedai runcit pelbagai (mean jual sardin + mee kering + frozen food)...di bandar, abang I kata ada dijual di pasar raya