Monday, March 15, 2010

Kerana sudah ditakdirkan, perlukah lagi mencari JODOH?!

Wahhh tiba2 ja cakap pasal jodoh kan, sebenarnya entry ni adalah rentetan dari baca entry kat blog seseorang(you know who you are, hehe)...

Dan sebenarnya isu jodoh ni adalah dilema bagi hampir semua orang yang waras(read: ada keinginan mendirikan rumahtangga kerana berkahwin itu naluri fitrah manusia), tak kira lelaki mahupun perempuan, my own mom pun selalu cakap soal ni, nak2 pulak sebab mak masih ada seorang anak gadis yang belum dinikahkan, somehow mak sangat serius berfikir soal jodoh ni (errr ada ka mak yang tak serius fikir pasal soal jodoh anak dara dia?! Tak dak kot kan)...

Antara persoalan2 yang sering ditanya berkaitan jodoh:-

“Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah dan tak boleh diubah?”.
Ada dua pertanyaan dalam soalan di atas...

1. Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah?
Ya, benar. Bahkan, bukan hanya jodoh, malahan segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah sejak kita masih lagi berada dalam rahim ibu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

2. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)

Lantas, sekiranya jodoh(dan segala takdir lain) itu hanya boleh diubah oleh Allah, apakah sebaiknya kita hanya perlu menunggu takdir dari Allah saja tanpa perlu berusaha lagi?
Bukanlah begitu. Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”) sebagaimana sering kita lafazkan satu ayat "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaun itu sendiri mengubahnya"...
Allah SWT berfirman:
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kita doa istikharah(menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandungi permohonan mengubah takdir-Nya:
"Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini, dan TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya."

Kesimpulannya, supaya Allah mengubah takdirNya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”), termasuk dalam hal jodoh, kita perlu berikhtiar dan berdoa...

"Apakah jodoh itu perlu dicari?".
Ya, perlu. (Dalilnya, Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11, seperti yang tertulis kat atas)...

Telah digariskan soal mencari jodoh secara islami, sebagaimana yang diusulkan dengan kaedah2 usul fiqh, maka rujuklah dan ikutilah...

CINTA itu perjuangan... Tak wajar sekadar menguis harapan, ia perlu diusahakan, untuk dapatkannya pasti ada cabaran dan mempertahan keharmoniannya pasti penuh dengan rintangan... Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki...
"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..." (Surah Yaasin [36]:ayat 36).

Nanti2 sambung lagi...

3 comments:

mariam said...

Betul tu,semua dah ditetapkan oleh Allah sama ada baik atau tidak,tapi setiap yang kita rasa benda tu tak baik untuk kita tapi hakikatnya itulah yang terbaik di sisi Allah yang kita kadang2 tak mengetahui hikmahnya...
Pasal jodoh ni,Alhamdulillah Allah makbulkan cepat doa kaklong n abg amalkan,walaupun agak mustahil di usia tu untuk kami disatukan.Kadang2 bila difikirkan balik semua benda yang kami lalui dahulu rasa macam lancar aja...Allah permudahkan semuanya..

Fith said...

Kaklong,
aah yang baik/buruk utk kita semua dah ditetapkan,Allah lbh mengetahui.
tu lah namanya jodoh kan,kalau dah jodoh,mmg dipermudahkan jalan utk bersatu,alhamdulillah

Anonymous said...

saya seorang lelaki, saya keliru... dahulunya ketika umur 19-20 saya pernah mencuba mendekati seorang gadis yang saya minati sebaya saya..kerana percaya pada usaha dan jodoh seperti cerita di blog ini saya bersembahyang hajat, doa dan usaha..smua tips2 saya baca di blog internet.. sebaliknya apa yang saya dapat adalah MALU... perempuan itu menghina saya, rakan2 saya gelakkan saya. gadis itu juga turut bercerita kpd teman lelaki barunya tentang kebodohan dan kejahilan saya memikat perempuan.saya tidak pernah bercinta, mahupun tahu bagaimana mempunyai rakan wanita. saya jadi kekok apibila bersembang dgn perempuan. ketika saya cuba hampiri wanita ketika umur 19, saya rasa seperti terhina, kehidupan sosial saya merosot. disebabkan gadis yg hina saya itu, saya bersendirian dan bawa diri selama 4 tahun jauh dari rakan2. sehingga dibenci rakan2 lelaki. smua perempuan yg pandang saya ketawakan saya. kini umur saya 24~25. dendam saya terhadap kaum hawa menjadi2.mungkin kerana faktor umur, ada perempuan lebih muda mengusik mengatakan saya tampan? kadang2 itu juga membuatkan saya rasa terhina, adakah mereka hina saya, jika benar saya punyai rupa paras mengapa gadis saya minati dulu menghina saya dan menolak cinta saya? saya ikhlas berkawan? setiap kali melihat gadis2 yg memandang saya, bertentang mata dgn saya, ada juga jeling2. mulanya hati saya terpikat untuk berkawan tapi bila difikirkan lebih mendalam apa yg terjadi pada saya yg dulu saya jadi benci dan takut pada kaum hawa. saya cuba melawan, tapi setiap kali perempuan yg saya minati malu alah pabila saya mendekati mereka saya jadi benci kerana memikirkan mereka pasti menghina saya seperti mana gadis yg pertama saya terpikat ketika umur 20 dahulu. kalau dulu saya boleh terima kerana perempuan yg hina saya sebaya saya.. tapi kini perempuan2 itu smuanya muda dari saya..saya teringin bercinta 2-3 tahun dan punyai cerita indah untuk bercerita pada anak2 seperti mana ibubapa saya.. rupa paras saya biasa, saya kerap juga digannggu gadis2 muda dari saya. tapi perasaan benci pabila teringat kisah dulu buat saya rasa malas nk mencari gadis yg saya minati. perlukah saya menunggu, atau berkahwin terus dgn perempuan yg bukan miliki ciri2 saya minati? adakah itu akan mengundang keretakan rumah tangga. saya hanya mampu berdoa, untuk mendekati gadis yg saya minati kini semangat itu telah hilang. kadang2 gadis yg saya minati bertegur sapa dgn saya, dia juga menjeling2 saya, tapi saya takut, ditolak dihina seperti dahulu. kebanyakkan gadis2 muda sekarang yg sudah berpasangan bnyk melakukan perkara larangan..kemudian putus.. perlukah saya terima gadis2 yg telah rosak, istilah perempuan baik untuk lelaki baik kini tidak boleh dipakai, ramai2 teman2 saya mengatakan "manusia boleh berubah"SAYA TIDAK AKAN TERIMA PENDAPAT ITU! keruh dihilir keruhlah dihulu. mengapa perempuan2 baik susah untuk dekati manakalah perempuan yg telah rosak amat mudah.