Thursday, March 18, 2010

iRobot

Sabtu lepas kami ke Kojima(kedai barangan elektrik), myLove ada nak survey harga barang kat situ. As usual berjam2 duk dalam tu sebab kami suka pusing2 tengok barang2 yang dijual, sambil2 tu mula laa dok berangan nak beli itu ini sebelum atau selepas balik Malaysia nanti, hehe... Salah satu benda yang menarik perhatian kami hari tu ialah iRobot...

Apa itu iRobot?
The Roomba iRobot is an autonomous robotic vacuum cleaner made and sold by iRobot. Under normal operating conditions, it is able to navigate a living space and its obstacles while vacuuming the floor.

Sejak tengok iklan iRobot kat tv baru2 ni, wahhh rasa teruja sungguh, eh tapi bukan nak beli pun, cuma teringat kat mak setiap kali tengok benda ni. Awat teringat kat mak pulak? Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi, mak dok sebut2 nak beli automatic vacuum cleaner yang boleh berfungsi tanpa kehadiran manusia ni, tapi masa tu iRobot masih tak ramai yang tahu kewujudannya, lately ni ja dah banyak model ala2 macam ni dikeluarkan tapi sayangnya sekarang ni mak dah pun ada vacuum cleaner yang canggih, so tak pandang dah laa iRobot ni gamaknya.

Masa kat Kojima hari tu, myLove on-kan suis iRobot ni nak tengok dia bergerak dan berfungsi, melopong mulut 2R tengok menatang ni bergerak sendiri pi mai pi mai, lupa laa pulak nak snap gambar depa melopong(padahal mak depa pun terlopong sama, haha kes jakun!). Uish best jugak kan kalau ada 1 kat rumah, jadi macam pet laa pulak dikerjakan 2R ni nanti, hohoho... Bagi I laa kan, iRobot ni memang praktikal laa bagi orang yang ada rumah besar, orang yang sibuk, orang yang banyak duit dan paling utama orang yang takdak anak kecik, hakhakhak. Kalau ada budak, sah2 benda ni tak buat kerja laa, asyik tersekat2 tak boleh bergerak, silap2 haribulan depa duduk terus atas dia kan, kuang3...


Ini contoh iRobot, yang ni model Roomba 577, ada 2 model lagi iaitu Roomba 527(silver) dan 537(putih). Setiap model ada bezanya dan paling canggih dan paling mahal ialah model 577, cecah RM3k jugak ler, perghhh. Selain 3warna ni, ada lagi version lain, ada yang warna pink, ada yang hello kitty bla3. Kalau nak tau lebih lanjut sila google sendiri ye, saya tak dapat komisyen pun untuk entry ni, so malaih aih nak cerita panjang lebaq! Kot kalau company ni bagi sebiji menatang ni, baru laa saya story terperinci, hahaha, sila jangan verangan ye!!!

Disebabkan orang jepun gila barang2 yang cute-miut, depa buat laa contest menghias menda alah ni, ish3 sungguh rajin kan, gambar kat atas adalah contoh iRobot yang siap dihias, cantik!

2 comments:

Ina said...

punya la lama xtgk tv jepun. sbb asyik on hikari tv je. dh jd ketinggalan je byk benda xtau huhu. bestnya ada vacuum mcm ni. kalau guna kt rmh mesia sesuai la lapang kan. kami xbncg pn lg apa nk bwk blk for good nnt. kena ckp la dgn hubby cpt2 hihi.

Fith said...

Ina,
takde la sampai ketinggalan pun,hehe.
aah klau umah msia berbaloi laa beli,klau takat umah jepun yg jln bbrp langkah dah jumpa dinding ni hmmm buang karan ja laa,haha...
haa senarai cepat2,bleh start beli dah,hahaha