Thursday, March 4, 2010

Muffins oh muffins...

Amboi aih, entry pasal muffins lagi, macammana laa nak kurus slim, kalau dah asyik duk kerja buat dan belasah makan kek ja kan, muhehehe...

Baru ja beberapa hari lepas I bercerita tentang salasilah perkenalan dengan muffins, tiba2 hari ni keluar lagi cerita hal muffins. Hari tu kan I ada kata yang selama ni I duk buat muffins main tibai ikut suka hati ja, so ada laa kawan2 yang berbaik hati story-mory lebih sikit hal-ehwal muffins, thank you so much! Yang paling best tu, 1 of silent viewers blog ni berbaik hati introduce-kan website masakan yang siap bagi tips2 macammana nak jadikan muffins kita tu mantap, thanks Aizarin! Oh actually I knew her personally, she's my junior merangkap jiran bilik masa kat UM dulu2, hehe. Pagi tu I baca komen dia, pagi tu jugak terus 'study' bab muffins. Memang seperti yang dijangka, banyak lagi I kena belajar untuk improve hasil muffins I, especially part 'rupa' lah!

Alkisahnya semalam memang tak ada niat pun nak buat minum petang, tapi bila tengok Rafiqh dok asyik pi-mai-pi-mai ajak pi dapur dan minta nak makan itu ini, alahaiii anak haku ni dah terbiasa minum petang, kesian punya pasal godeklah muffins ni kat dia. Sebenarnya even though minggu ni myLove balik lambat dan I sepatutnya tak buat minum petang tapi sebenarnya tiap2 petang masak jugak untuk si Rafiqh, cuma semalam ala2 malas nak ke dapur tapi diseret jugak, pukul 5lebih baru terhegeh2 baking. Buka fridge tengok2 apa yang ada, ternampak slice cheese. Tiba2 dapat ilham nak cuba buat cheese muffins. Semalam teruja jugaklah nak mem-baking cause baru belajar ilmu baru kan, tak sabar ler nak test. Taraaa inilah hasilnya...



Okey2, I tahu masih tak secantik muffins kat kedai tu kan, tapi hasilnya sedap, gebu dan best! Yang pasti kali ni langsung tak pakai mixer, betul2 guna kaedah pro, hiks.

Ni resepinya, letak sini supaya tak lupa, next time nak buat lagi...

5 keping slice cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
50 gm gula
1 biji telur

Cara2:
- panaskan oven 180darjah
- koyak2 slice cheese dan campurkan dengan susu dan butter, masakkan atas api perlahan dan sejukkan
- ayak tepung bersama baking powder dan soda
- masukkan tepung tadi ke dalam mangkuk dan masukkan gula, gaul rata
- masukkan adunan susu dan telur, kaup balikkan hingga rata dan masukkan dalam cup muffins
- bakar selama 10-12minit


Semalam buat muffins, hari ni buat lagi. Tengahari tadi kohaitachi(=juniors) datang ke rumah so pagi tadi buat laa muffins ni as desert, guna kaedah yang sama, superb! Kali ni cuba strawberry with choco, sama je bahan macam cheese muffins cuma minus cheese tapi tambah 100gm fresh strawberry dan 50gm chocolate...

4 comments:

Ina said...

haa baru je buat muffin choco strawberry ni sedap sungguh! dok bercita2 nk blog psl resepi ni jugak la kononnya. tp biasala dok tangguh2 silap2 basi terus xciter dh hihi. haa nk study muffin gak la. tq fith bgtau. nk carik gak link tu hihi

Fith said...

Ina,
nanti leh share tips jugak ek,hehe.
fith nak tulis tips yg jumpa tu tp tak sempat,2r mengacau.esok lusa la kot,hehe.

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

best part is xyah pkai mixer! so mknenye, sume perise muffin xyah pkai mixer la ye?i loike~ jimat blanje letrik ;p

Fith said...

Faeeza,
mostly gitu laa,tak pakai mixer,best kan?kakfithri plg malas kena amik-simpan mixer tu,hehe.
nanti kakfithri tulis lg entry psl muffins ni,ramai suh share tips buat muffns,pdhal akak pun berterabur lg,haha...