Thursday, March 4, 2010

Tag : Kenapa saya ada blog?!

Dah lama dah kena tag dengan Maisara sensei, baru terhegeh2 nak jawab tiba2 kena tag sekali lagi dengan Murni pulak, hokey2 meh laa nak jawab...

Tak pernah terfikir pun suatu hari nanti I juga akan terlibat dalam dunia blogger ni, sebab dulu2 setakat suka baca blogs orang ja, even though myLove dah laaaama suruh I buat blog sendiri tapi I ni kan pemalu *uwwek sila muntah* pemalu laa sangat kan, hahaha. Sebenarnya dulu taktau nak tulis pasal apa dan takut tak committed meng-update kalau dah ada blog sendiri tapi sekarang sampai tak larat orang nak baca la pulak kan, punya laa terlebih rajin tiap2 hari update, muekekeke.

I started to write in 'internet world' when I was pregnant with Rafiqh, somewhere in 2007. But at that time I guna flickr dan cuma letak gambar2 saja, itupun hanya untuk tatapan keluarga terdekat dan encik suami. Right after Rafiqh was born, I mula 'buka' that flickr untuk kawan2, then slowly ianya tersebar kepada orang yang tak dikenali. Dari hanya 'menemtep' gambar2 I mula menulis sedikit demi sedikit, akhirnya total entries dalam tu mencecah 200, which is the max limit for flickr user(kalau nak lebih space kena laa bayar). Fikir punya fikir, at last I managed to 'seret' myself terjun dalam blogger world. And here I am now...

Kenapa saya ada blog?!

1. sekadar ingin menulis catatan perjalanan hidup bersama suami dan permata hati, untuk dijadikan tatapan masa depan, perhaps sebagai kenangan...

2. sharing lots of information and knowledge with others. Saya tak kata saya ni pandai sangat hokey, cuma kalau kita tak berkongsi apa yang kita tahu, ilmu tu jadi tak bermanfaat. Blog jadi tempat berkongsi macam2 cerita, boleh tukar2 resepi, boleh tau banyak benda2 baru...

3. sebagai medium untuk berkomunikasi dengan dunia luar. As a fulltime housewife, I rarely have a chance to talk to others, kena tunggu weekends baru boleh jumpa kawan2. Tambah2 pulak duk di perantauan kan. Yes, I still have myLove and kids to talk to tapi apalah sangat yang boleh dicakapkan dengan 2R ni kan, most of the times feel like I ni syok sendiri cakap sorang2 ja, hehe. MyLove pulak kalau time tak busy dia balik awal so boleh spend banyak masa berborak tapi kalau time dia busy dengan kerja, balik rumah dah penat, I just update benda2 penting ja especially pasal anak2 cause I taknak cakap banyak sangat, nanti bunyi macam membebel pulak kan.

4. keep updating about us to my family, my parents tak baca pun my blog, abah mak ateh achik dan adik lagi suka bertandang ke blog lagi satu sebab kat situ hanya ada videos dan pictures 2R ni. Depa tak teringin pun nak tau pasal I, nak 'tengok' 2R ni ja pun, hohoho. Blog ni hanya kaklong dan alang ja rajin mai jengah tapi takpa, ia buat kami rasa dekat...

5. get to know lots of new friends. I love to make friends, sesiapa yang kenal I mesti tau I ni banyak cakap, suka berkawan, terlebih peramah, hahaha.

6. blog adalah sumber hiburan buat I, I rasa happy sangat bila bercerita dan kemudiannya kawan2 tinggalkan komen. Tak kesah pun walau kadang2 macam syok sendiri ja, yang penting hati puas...

7. jadi tempat untuk meluahkan perasaan, boleh jugak dapatkan nasihat/pendapat orang lain bila bermasalah...

Tu ja kot... Ok, settle dah bayar tag!

5 comments:

kew_chop said...

err bagi 10/10 la sebab dah bayar tag.. hihi

kew_chop said...

err bagi 10/10 la sebab dah bayar tag.. hihi

Fith said...

murni,
wah2 markah penuh,tq2!

mysara said...

bravo! heheh.. nk resit ke?

Fith said...

hahaha,sila laa tag lagi lain kali,cam best plak main tag2 ni,hehe