Hamboi2 gembiranya hangpa bergelak ketawa!
Depa 2 ni macam tau2 ja nak outing bila bagi depa pakai baju lain sikit, mood pun terus tukar jadi ceria...
Sebelum pukul 1 kami dah siap turun kat parking area, check beg 2R, stroller dan kemas sikit kereta. Lepas semua yang nak pergi tu ada kami pergi makan udon dulu. Settle 1 round makan dan berborak, baru berangkat pi Sunpark Onoda. Shopping mall ni terletak kat 'daerah' lain, agak jauh jugaklah dari sini, lebih kurang 30minit perjalanan kot, eh ka tak sampai ek? Last time I pergi sana masa tengah pregnant-kan Rafiqh, hampir 3tahun lalu, lama sungguh. Terkejut jugaklah semalam sebab tak sangka makin besar shopping mall tu. Nampak sangat best cause makin banyak kedai, banyaklah choice kan kalau nak shopping, hiks.
Masuk kedai-keluar kedai, tak membeli apapun cuma pusing2 tengok barang saja, jalan punya jalan ternampak pulak kedai jual barangan luar negara, wahhh bestnya, tak pernah jumpa kedai macam ni kat Yamaguchi, time ryouko(=travel) kat area bandar dulu2 ada laa jumpa, so agak teruja laa nak membeli, belek punya belek, akhirnya terbeli stok biskut2 untuk Rafiqh dan jugak barang buat kek untuk mama. Dari tingkat 1 naik tingkat 2, masuk food court pulak, lepak dalam tu sambung makan, I makan crepe saja. Ain yang baru balik dari Dubai+Turki bawakan omiyage manisan dari sana, makan halwa tu sambil berborak dan gelak2 sampai penat.
Dah makan sambung merayau lagi, pi kat area main2 pulak, apalagi kalau tak buat furikura kan. Rafiqh dan Raziqh 1st time masuk furikura, suka betul depa tengok flash2 tu. Habis 2rounds beraksi dalam furikura tu, kami releks kejap sementara bagi Rafiqh main games kat situ.
Rafiqh memandu train Thomas...
Rafiqh memandu bas...
Habis kat situ kami pusing2 lagi, masuk 1 kedai tu ternampak berus gigi ni, sangatlah comel dengan harga 315yen saja, tak fikir banyak terus belikan untuk Rafiqh, upah sebab dia sangat behave semalam, seronok laa dia, bukan selalu pun dia dapat 'habuan'.
Tak habis pun mall tu kami pusing sebenarnya, dah nak masuk maghrib so kami pun balik. Pukul 6lebih baru sampai rumah, myLove pun dah balik time tu hahaha, sakan sungguh kami meronggeng, sabar je laa... Bebenornya tak berjalan sangat pun, makan ja lebih, ish3... Next plan, isnin depan nak keluar lagi, kali ni pi meronda tempat lain pulak, hohoho...
We really had a great time! So much fun! Minna, otsukare...
9 comments:
315yen berapa RM ek k.fith??
syoknya ninja balik kul 6 lebih. Kalau abang farid, jangan mimpi la...kul 10 malam baru sampai rumah...
sakan mama 2R berjalan, bestkan kuar outing ramai2..
Nurul,
100yen=rm3.60 gitu,so dlm rm12 laa,berminat ker?hehe
Kak hanny,
aah kak,baru hbs projek so skrg blk awal,lastweek blk lmbt gak laa.tp abg farid taihen ne,tak pernah blk awal kan,kesian kak hanny,gambatte!
murni,
uish sangat best.ni pun dok plan byk lg projek ni,hahaha
dah tengok dah gambar purikura uolsss~
rafiqh raziqh cho0oo0o0o0o kawai~
akmal,
haha jakun jap budak2 ni masuk situ,rafiqh sampai masuk berkali2 masa nas n ain n oshn dok hias gambar tu sbb dia nak suh amik lg pic dia,haha,bankrap2!
alamak raziqh gaya dh macho dh dlm gmbr tp kasut sebelah lg mana? hihi. bestnya jalan2 ukur bgnan. xde chance la nk buat mcm ni kt sini sbb mall nyer xsempat nk ukur dh hbs pusing hoho. xsabar nk tggu sale nk sopping! :D
Ina,
hahaha perasan ek kasut takde?hehe,kasut tercabut,malas nak pakaikan sbb dia suka tanggalkn,tu yg tinggal sebelah je tu.
kat sini pun 1 mall tu ja yg besar pun,tu pun fith baru tau,haiya.
aah tak sabar nak shopping!bila laa nak sale nih :-?
Post a Comment